Tuesday, July 20, 2010

Hadiah Kerajaan 1 Malaysia Kepada Rakyat


RON 95 naik 5 sen

Diesel naik 5 Sen

Gas LPG naik 10 sen sekilo

Gula naik 25 sen sekilo


Tajuk topik adalah nukilan dari northern from Bincang.net Bilik Bincang Semasa.

Kenkadang pelik jugak acik dengan kerajaan Barisan Nasional nie... seakan tidak mahu belajar dari kesilapan lalu... bagaimana dizaman Pak Lah kerajaan telah menaikkan harga minyak yang jauh lebih tinggi dari harga yang dinaikkan sekarang... Namun sungguhpun tidak begitu banyak kenaikan yang dibuat (atau secara mendadak) namun perkataan "HARGA MINYAK NAIK" sememangnya menjadi fobia bagi masyarakat pertengahan atau berpendapatan sederhana di negara kita ini.

Acik seakan dapat rasakan disebabkan kenaikkan ini, di Buletin Utama berlumba² pulak kerajaan membuat liputan mengenai perihal kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang diambil alih oleh pihak pembangkang yang mana mengenai isu korek pasir (curi pasir), isu bekalan air akan habis, isu felda dan harakah daily yang hendak ditamatkan dan pelbagai lagi isu yang rata² membuatkan masyarakat merasakan bahawa kerajaan Pak Lah dan kerajaan yang diterajui oleh Najib seakan 2 x 5 sahaja.

Acik takmo nak mengupas lebih panjang lagi isu mengenai kenaikkan minyak ini, cuma satu yang acik nak seru kepada pembaca budiman semua agar dapatlah kiranya mengambil langkah berjaga² dengan keadaan ekonomi semasa ini. Disamping itu, acik juga menyeru kepada semua agar banyakkanlah membaca buku² panduan menguruskan wang gaji dan menguruskan kewangan peribadi anda agar tidak menyesal dikemudiaan hari.



Bagi pesara kerajaan, janganlah merasakan bahawa duit pencen semata² boleh menjadikan anda berada didalam keadaan senang dan selamat. Begitu juga dengan adanya duit KWSP. Pelbagai kajian telah dibuat yang mana menunjukkan bahawa mentaliti rakyat malaysia kursusnya orang melayu akan lebih suka menghabiskan duit mereka dari menyimpan dan melabur diusia 3-4 tahun selepas persaraan.

Wallahu a'lam bisshawab.

No comments: