Thursday, July 21, 2011

Mengenali Musuh: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?


Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memestikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh.

Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut:

1. Israel
Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman.
Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud ‘kamu mengalahkan Tuhan’, dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya’qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa.

Thursday, July 14, 2011

Menangani fenomena literalis agama — Dr Mohd Asri Zainul Abidin


July 13, 2011

13 JULAI — Rentetan dari isu demonstrasi aman di seluruh dunia Islam, telah terbit pelbagai fatwa yang kadang-kala bersifat partial ataupun berpihak. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga berlaku di negara-negara Arab pasca kebangkitan rakyat. Dalam mempertahankan kuasa para pemerintah Arab semasa — yang sebahagian besar pemerintah itu korupsi dan zalim- muncullah kelompok agamawan yang membela mereka.

Malangnya, pembelaan itu datang dari mereka yang kelihatan ‘kuat beragama’. Dalam kalangan mereka itu ramai pula dari aliran salafi zahiri atau kelompok salafis literalist. Mereka ini memahami nas-nas al-Quran dan hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siyasah sama macam ibadah khusus yang tidak boleh dilakukan sebarang pembaharuan dan tokok tambah.

Lantaran dari pemikiran ini, mereka membidaahkan perkara-perkara yang membabit urusan harian yang dilakukan atas kemaslahahan manusia. Maka, mereka membidaah kewujudan persatuan, parti politik, demonstrasi, nasyid, seni rekaan dan pelbagai lagi. Jika fatwa-fatwa mereka ini diterima, maka dunia Islam pasti akan jumud dan kehidupan manusia menjadi sempit di bawah lembayung Islam.

Sunday, July 03, 2011

Harta itu milik kita?

Assalamu'alaikum wbt. Mari muhasabah diri kiter...

Ramai manusia berfikir bahawa duit yg diperolehi dari gaji dan disimpankan ke dlm dompet adalah kepunyanya… atau lihat buku akaun simpanan bank, penyata simpanan unit trust, unit amanah saham bumiputera adalah harta miliknya. Bermakna kat sini, segala yang tertera nama kiter dlm penyata akaun itu adalah hakmilik kiter yg mutlak.

Namun sedarkah kita bahawa kiter tidak permah memiliki apa² kerana semua itu milik Allah yg dipinjamkan sementara dan kiter hanyalah pentadbirnyer… Buktinyer semua harta itu tidak mampu dibawa bersama saat kita meninggalkan dunia ini, apatah lagi utk dimanfaatkan.

Pernahkah anda melihat sekujur mayat tetiba bangkit mengatakan “siapa yg berani mengambil harta benda aku nih!!”… Dan adakah kiter pernah melihat kubur yg didalamnyer bersemadi sekali semua harta benda yg pernah dimilikinyer?,,, Jadi apa harta yg menjadi milik kita sebenarnyer?