Baru2 ini, acik telah dianugerahkan dgn long service award diofis acik...
Dgn penganugerahan tersebut maka genaplah sudah 10 thn acik bekerja di bank ini...
Sungguh cepat masa berlalu... Seingat acik baru je acik memulakan tugas dan tiadalah byk sgt pengalaman yg acik telah perolehi disini namun begitulah cepatnya masa berlalu.. Tanpa sedar umur pun dah lanjut...
Acik amat bersyukur bila menerima wang anugerah 10 thn yg boleh dikatakan banyak jugaklah kalau nak dibandingkan dgn wang BR1M yang diberikan baru2 ini oleh kerajaan...
Namun, suatu perkara telah berlaku dan wang yg hampir semua telah dikeluarkan dari mesin ATM telah keciciran!
Rasa nak pitam jugak acik dibuatnya tatkala menyedari wang yg diletakkan didlm kocek telah tiada dipercayai telah tercicir sewaktu samada acik mengambil anak acik dari tadika atau ketika acik menjalani rawatan pergigian dihari yg sama.
Namun acik pasrah dan redha dgn ketentuan dari Illahi.. Dah bukan duit dan rezeki acik... Mudah2an sesiapa yg menjumpai wang tersebut dpt menggunakan wang tersebut sebaik mungkin... Acik doakan agar wang tersebut tidak digunakan ke jalan yg salah... InsyaAllah...
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment