Assalamu'alaikum wbt.
Terlebih dahulu acik ingin mengucapkan terima kasih atas sapaan saudara Aslam yg memberikan penjelasan dan cadangan mengenai Unifi yg masih belum bertandang lagi di kawasan Semenyih nie...
Untuk pengetahuan saudara, acik dahulu menetap di Bandar Baru Bangi... disebabkan ianya sebuah rumah pangsapuri maka acik bertukar kawasan ke semenyih berhampiran tol lekas dikenali yang mana kawasan ini masih lagi baru dan biasalah disebabkan itu service Unifi pun masih belum boleh disalurkan lagi oleh pihak TM Point ke kawasan ini.
Berbalik kpd hajat acik untuk menulis dan menukil kata pada hari ini... sebenarnya acik baru saja dikejutkan dengan ungkapan dari anak acik yang mana membuatkan acik terharu sangat dikala ini dengan statement mautnyer... Sungguhpun anak acik nie baru berusia 6 tahun, namun kepetahannya bercakap dah sama baya dengan kanak² yang berusia sekitar 7-8 thn...
"Ayah, kenapa ayah tengak rancangan nie... ayah bukannya baik sangat pun"... rancangan yg dimaksudkan itu ialah rancangan di TV Al-hijrah "30 minit bersama Ustaz Don"... Acik tergerak pulak membuka channel 114 ASTRO ini dimalam yg turunynya hujan renyai² namun petir dan kilat sabung-menyabung... tetapi masih boleh melihat channel di ASTRO ini dan tidak pulak Out of Service...
Sebenarnya sebelum ini acik tak pernah melanggan ASTRO kerana kosnya yang agak mahal... pada acik, TV biasa pun acik jarang nak tengok, inikan berpuluh² channel... manalah ada kesempatan untuk menontonnya... Namun disebabkan bila melihat siaran tanpa ASTRO ini... dah berbalau² dan sakit pulak mata memandang disebabkan kejap terang, kejap tak terang serta pelbagai lagi kesulitannya maka acik bersama isteri pun tekadlah melanggan ASTRO...
Malam ini tah mcm mana.. biasanya acik sekadar menonton Buletin Utama di TV3 ataupun Bernama TV dan ASTRO Awani sahaja... tetapi tergerak pulak melayan channel 114 TV Al-Hijrah nie maka terjadi pulak perbualan dan percakapan yang menyentuh jiwa acik...
Acik yakin dan percaya sekiranya ada diantara kita terkena suatu bedilan peluru SCUD Iraq yang mana menyentuh keharmonian perasaan kita dikala sedang makan malam... semestinya kita akan melenting tambah² lagi dengan melihat anak kita yang hanya baru berusia 6 tahun nie... Kalau tak melenting pun mungkin jugak dah "pap!" tangan singgah ke muka anak... (atau mungkin tak kot... acik je yg mcm tue.. hehehe)
Tapi kenyataan yang dikeluarkan oleh anak acik ini "Ayah, kenapa ayah tengak rancangan nie... ayah bukannya baik sangat pun"...disapa oleh acik "Kenapa cakap mcm tue syazwan?!"... dengan nada suara yg seakan nak marah.. tetapi tidak terlalu kuat dan agak perlahan... "Dah ayah tue selalu tengok internet jer... asyik asyik internet..." habis percakapan anakku setakat itu bilamana isteriku dan juga mamanya menyuruh dia senyap dan jgn byk bercakap didepan rezeki (tengah makan nasi dikala itu)...
Hmm... itu sebab rupanya anakku berkata demikian... sebab dia selalu tengok ayahnya dok mengadap PC dan melihat facebook agaknya tue... Hmm... barulah acik faham dan terperasan... Baru beberapa minggu acik melanggan pulak streamyx dan disebabkan itu terlalu teruja agaknya sampaikan keraplah acik berada didepan PC saban malam...
Anak acik selalu jugak mengganggu namun pantas acik menyuruhnya masuk tidur atau membuat kerja rumahnya...
Tersentak dan tersedar dari lamunan yang panjang... acik kira... ada sesuatu perkara yang acik hendak ceritakan namun kita bersambung minggu depan... huhuhuu...
No comments:
Post a Comment