CONNECTICUT — Bandar Newtown di Connecticut masih diselubungi kesedihan ekoran tragedi pembunuhan 20 kanak-kanak sekolah dan enam individu Jumaat lalu.
Hari ini, Penduduk berkumpul di Gereja Katholik St Rose of Lima bagi memberi penghormatan terhadap mangsa.
“Amat dahsyat, (mangsa) adalah kanak-kanak. Mereka belum memahami erti bahaya, mereka juga tidak faham istilah ‘jahat’,” kata penduduk Newtown, Al Cawthra.
Jumaat lalu, penjenayah yang dikenali sebagai Adam Lanza, 20 tahun, membunuh ibunya sebelum menyerang dan menembak mati 20 kanak-kanak Sekolah Elementari Sandy Hook.
Adam juga membunuh 6 mangsa lain di sekolah berkenaan sebelum membunuh diri.
“Kami telah menemui beberapa bukti. Ia kini sedang diproses dan dianalisis, kami sedang menjejak sejarah dan asal-usul senjata terbabit sehingga ke tahap dimana ia dipasang,” kata pegawai Polis Connecticut, Lt Paul Vance.
Sementara itu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Newtown bagi menziarahi keluarga mangsa.
“Saya ingin awak semua tahu yang anda semua tidak keseorangan dalam menempuh situasi sedih ini, dunia turun meratapi kejadian ini, seluruh rakyat negara ini turut merasai kesedihan anda,” kata Obama.
Obama turut berikrar menggunakan kuasanya selaku Presiden bagi memastikan semua pihak bertanggungjawab meningkatkan usaha mengelak kejadian seperti ini berulang.
Sememangnya kita semua sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras dan mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi akan mengutuk dan menolak tindakan-tindakan yang tidak berperi kemanusiaan ini...
Tindakan remaja 20 thn bernama Adam Lanza tersebut sememangnya tidak masuk dek akal dan tidak dapat diterima oleh ketamadunan manusia yg dikatakan bertamadun ini... Berita ini cukup mengemparkan dan mendapat liputan meluas didada² akhbar dan berita media massa di Amerika Syarikat dan beberapa negara eropah diluar sana...
Namun pernahkah kita mendengar pesanan daripada Prof Muhaya..."Apa yang kita dapat... adalah apa yang pernah kita beri/buat pada orang lain... baik yang kita bagi, baik jugalah yang kita perolehi... manakala jahat yang kita bagi, maka jahat jugaklah yang kita bakal perolehi"....
Jika kita lihat keadaan dan situasi yang berlaku di semenanjung GAZA... ibaratnya kejadian sepertimana 20 org kanak-kanak yang terbunuh dan dibunuh kejam ini saban hari berlaku... Kanak-kanak yang tidak mengenal pun erti ganas sebagaimana kenyataan dari berita yang dipetik dilaman ABN-Newtown diselubungi kesedihan“Amat dahsyat, (mangsa) adalah kanak-kanak. Mereka belum memahami erti bahaya, mereka juga tidak faham istilah ‘jahat’,” kata penduduk Newtown, Al Cawthra. sebenarnya sudah kerap berlaku dan terjadi cuma tidak mendapat liputan yang meluas didada-dada akhbar...
Lihat saja kejadian yang menimpa seorang kanak-kanak yang ternampak tembusan peluru didadanya... 7 Warga Palestin, Termasuk Kanak-kanak Terbunuh, 24 Cedera dan banyak lagi kisah yang lebih menyayat hati seumpama pembunuhan 20 kanak-kanak di Newtown ini sentiasa menyelubungi Penduduk Palestin di semenanjung GAZA...
Apalagi yang kita nak sedihkan lagi???
No comments:
Post a Comment