"Jika kamu bertawakal kepada Allah dgn sebenar² tawakal, maka Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung. Pagi-pagi burung keluar dalam keadaan lapar namun pada petangnya pulang dalam kekenyaangan".
Hadis Riwayat al-tarmizi... dari majalah solusi isu 56.
Mungkin ada sesiapa nak memberikan satu formula bagaimana kita sebagai rakyat biasa, orang kebanyakkan mampu berdikari tanpa mengharapkan belas ihsan (subsidi) kerajaan lagi?...
p/s: Taknak terikat dgn permasalahan politik maka acik bicarakan di BMM saja..
Nukilan dari sdr sawi from BDN
dalam satu sesi tazkirah ringkas kat ofis, seorang ustaz pernah menyebut :
-rezeki itu tidak semestinya dalam bentuk duit cash atau gaji bertambah atau seumpamanya.
-rezeki itu boleh jadi dalam perlbagai bentuk, seperti Allah permudahkan kita dalam pelbagai urusan.
Contoh kita mungkin bergaji kecil, tapi dgn izin Allah kereta kita jarang sekali rosak di tengah jalan, yg memerlukan kita keluarkan byk belanja, itu juga rezeki, Allah beri kita rezeki dlm bentuk duit cash yg tidak banyak, tp dalam masa sama Allah kurangkan jugak beban utk kita perlu keluarkan duit cash itu utk perkara tidak diduga, jadi duit cash kita ada cukup untuk keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat perlindungan dengan sekadar cukup. Sesuai dgn kadar pendapatan, kalau gaji rendah, pegi duduk menyewa rumah mewah atau beli kereta mewah, mmg sentiada tidak akan cukup.
-rezeki jugak mungkin jadi dalam bentuk ketenangan hati, walau duit cash tidak banyak, tp hidupan harian tenang, rumahtangga damai, keluarga bahagia, nafsu dapat dikawal dari menginginkan pelbagai aksesori dunia.
-rezeki juga boleh jadi dalam bentuk isteri/suami, anak2 yang soleh & solehah.
-rezeki hadir juga dalam bentuk balasan yg baik di akhirat. Mungkin didunia ini susah dalam sudut ekonomi, siang malam terpaksa mencari rezeki utk keluarga (tanpa lupa kewajipan pada Allah). Dengan hati ikhlas, dan sentiasa redha pada Allah, maka Allah pun redha pada kita, walau amalan hanya yg wajib, tidak sempat byk bersedekah, tp di akhirat Allah gantikan rezeki mewah didunia itu dengan pahala berganda di hari akhirat.
-sebab tu bila berdoa, jgn mintak Allah jadikan kita kaya, sebab takut, kaya itu yang akan membawa kita ke neraka, tapi mintalah pada Allah agar dipenuhi segala keperluan kita. Keperluan ni luas kan? kita nak kaya sebab apa? sebab nak beli macam2...so kalau kita minta Allah penuhi keperluan kita, maka Allah akan beri ia pada waktu kita perlu, anak bertambah, insyaAllah diberikan rezeki beli kereta lebih luas n selesa, rumah lebih luas dan sebagainya. Tapi kalau minta kaya sahaja, kekayaan blm tentu dapat memenuhi keperluan, sbb tu ramai yg makin kaya makin tamak, makin tidak cukup n puas dgn apa mereka ada.
-yang utama adalah redha pada Allah, moga Allah redha akan kita.
sebab tu cuba teliti ayat yg acik letak kat atas tu, "jika kamu bertawakal..."
kalau kita tawakal, kita redha menerima apa sahaja ketentuan, tapi setelah berusaha utk mendapatkan apa kita inginkan, seperti burung tadi, pagi2 terbang cari rezeki.
jadi kalau kita ada target, nak rumah/kenderaan/harta/etc, doa-usaha-tawakal... moga kalau dapat syukur Alhamdulillah, moga kita mewah didunia dah akhirat, dan kalau tak dapat capai pun, syukur kita tetap dapat ganjaran dari Allah, sama ada didunia dlm bentuk kejayaan yg lain, atau di akhirat.
sekian sedakar perkongsian.
Sama² berkongsi disini... :)
No comments:
Post a Comment