Sunday, December 15, 2013

Tahap Kritikal Terkait Buang Bayi – Satu Nafas Satu Zina



Seorang Warga Prihatin mengutarakan isu kelahiran anak luar nikah melalui perbincangan tertutup semalam. Beliau menyatakan kebimbangan setelah mendengar butiran ceramah menyentuh isu berkenaan di masjid. Menurut ustaz itu statistik menunjukkan sekitar 33,000 orang bayi dilahirkan setahun, 2,784 bayi sebulan, 93 sehari atau 4 bayi setiap jam.

Kami menyorot statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk kelahiran ‘bayi tidak sah taraf’ dan cuba membuat unjuran. Berdasarkan lapuran sehingga tahun 2009, kami dapati angka rasmi menunjukkan jumlah yang lebih mengejutkan apabila didapati purata 42,807 orang bayi didaftarkan dalam setahun, 3,567 sebulan, 119 sehari. Ini bermakna 5 orang telah dilahirkan setiap jam.

Berdasarkan gariskasar bentuk unjuran kenaikan dari statistik tahun-tahun berikutnya boleh kita anggarkan saat ini kita sedang melihat sekitar 60,000 kelahiran sebulan, atau 7 orang setiap jam.

Sementara itu kes buang bayi pula sudah tidak terhitung statistiknya. TV3 pagi ini menyatakan rasa sugul yang belum hilang akibat berita bayi yang dibuang di jalan dan digilis hancur oleh lori sejurus selepas dicampak ke jalan. Pagi ini kita dikejutkan lagi dengan lapuran akhbar seorang bayi yang dicampak di tepi jalan. Bayi perempuan yang masih bertali pusat ini didapati tersangkut secara meniarap di besi gril longkang seperti dalam gambar. Ia didengar menangis oleh seorang kontraktor. Sila baca di link berikut.

http://prihatin.net.my/v3/2013/12/10/tangisan-bayi-yang-dibuang-tepi-longkang/