Buat sahabatku Farid wajidi... maafkan aku kiranya mengambil masamu sedikit untuk membaca nukilan ini... aku tahu... masamu sekarang ibarat emas dan terlalu bernilai untuk disia-siakan... setiap saat dan setiap detik nafas yang dikau sedut... tidak ternilai harganya berbanding kami yang masih lagi lalai dan alpa ini...
Sahabatku farid wajidi,masihkah kau ingat satu email yang pernah ko karangkan kepada kami rakan² kau di BPIMB dulu... disini izinkan aku mengimbasnya kembali...
From: Farid Wajidi Ariffin [mailto:wajidiconsultant@gmail.com]
Sent: Saturday, September 25, 2010 6:57 PM
To: shah-h@xxxx.com.my
Cc: siba@xxxx.com.my; ridzal ; asrul_@xxxx.com.my; Mohd Zinie Amin
Subject: Ampunkan dosa aku
Assalamualaikum,
Kawan2.... aku nak mintak ampun dan maaf atas segala dosa dan kesalahan aku selama ni kat korang semua.... tolong bagitau org lain semua yg mengenali aku kat situ, aku mohon ampun dan maaf ata segala dosa dan kesalahan aku selama ini. Ini mungkin email aku yg terakhir utk korang, so aku merayu agar korang semua maafkan dosa dan kesalahan aku selama ini. Semalam aku dikejarkan kehospital, doktor detect aku ada kanser darah yg kronik atau dgn nama lain, leukimia yg agak kritikal. So mulai isnin ni aku akan menjalani proses kimoterapi, chances of survival agak tipis, tapi aku tetap berdoa pada Allah agar sembuhkan penyakit aku. Asrul.... tolong sampaikan dekat semua budak finance, mintak diorang semua ampunkan dosa dan kesalahan aku selama ini. Aku sayang korang semua... terima kasih kerana menjadi kawan aku yg baik selama ini. Doakan lah perjuangan aku mengharungi ujian kasih sayang Allah pada aku ini. Salam terakhir dari aku buat korang semua sekiranya ditakdirkan aku pergi menemui Allah nanti.
Wassalam.
Apa yg hendak aku highlightkan disini ialah tarikh karangan itu diutuskan olehmu kepada kami semua... Saturday, September 25, 2010 6:57 PM... Yaa... dikala ini dah 4 tahun kamu masih lagi bernyawa... kamu masih lagi hidup dan kamu masih lagi normal dan selamat seperti kami semua... tidakkah kamu mahu memikirkan akan kekuasaan Tuhan???...