"Mereka berkata bahwa jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." Ingatlah firman Allah yang artinya, “Janganlah kamu merasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika sekiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” (Ali Imran: 139).
Sunday, March 09, 2014
Misteri kehilangan Pesawat MH 370
Sabtu 2.40 pagi dilaporkan sebuah pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.
Peristiwa ini dah masuk hari yang ke-2 ketika nukilan acik dituliskan disini.. Kemana hilangnya kapal terbang tersebut?... Pelbagai spekulasi yang diterima dialam maya seperti di twitter, facebook dan WhatsApp setakat ini memaklumkan bahawa kapal terbang tersebut telah terhempas di kawasan Vietnam berikutan penemuan tumpahan minyak dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam. Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas. Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur.
Namun sehingga jam 10.30 malam ini, semua press conference oleh Media seperti Astro Awani dan Berita TV3 masih belum mengesahkan lagi maklumat yang diperolehi... Jadinya, semua ahli keluarga yang telah kehilangan anggota keluarga mereka di dalam pesawat tersebut bolehlah menarik nafas lega seketika disamping berharap agar ahli keluarga mereka akan kembali dengan selamatnya.
Namun begitu, kejadian kehilangan sebuah kapal terbang yang dikatakan mempunyai keupayaan dan kredibiliti sebagai pesawat yang termaju dan paling selamat didunia telah ditidakkan dengan serta merta oleh suatu kuasa yang lebih hebat dari kekuatan dan kemampuan manusia untuk menciptanya...
Sekiranya kita lihat bagaimana besarnya pesawat tersebut dicipta... bagaimana kuatnya pesawat tersebut direka... bagaimana canggihnya sistem yang ada pada pesawat tersebut, namun tetap tidak boleh merungkai segala kekuatan dan kehendak dari Allah SWT pencipta segala keajaiban didunia ini.
Disini sebenarnya kita semua boleh menilai... bahawa begitu lemah dan serba kurangnya kita sebagai manusia untuk membongkar rahsia dan misteri yang dikatakan paling pelik dan mustahil diabad ke-21 ini. Mungkin juga Allah SWT seakan mahu seluruh rakyat Malaysia memikirkan bahawa sekiranya Allah SWT menghendaki maka sesungguhnya akan terjadilah ia walaupun tanpa sebab dan musabab yang boleh diterima akal fikiran yang waras.
Memang banyak pendapat dan teori yang diberikan setakat ini, namun kerja-kerja ghaib yang begitu mudah sebenarnya bagi Allah SWT melakukannya didalam menunjukkan kekuasaannya kepada kita semua... menunjukkan bahawa manusia ini sebenarnya lagi begitu lemah..masih lagi begitu jahil... dan masih lagi serba kekurangan didalam segala aspek kehidupan....
Mudah-mudahan, apa yang penting dikala ini kita sebagai manusia dapat kembali ke jalanNya yang lurus... ke jalan Islam sebagai agama yang diredhai oleh Allah SWT dan tiada lagi agama lain yang patut dianuti melainkan islam semata-mata.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan segala yang lemah dan buruk serta serba kekurangan itu datangnya dari diri acik sendiri.
Wabillahi taufik walhidayah wassalamu'alaikum wbt.
Wallahu a'lam bisshawab.
)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment