Saturday, June 14, 2014

Akhirnya... Acik bakal sambau kereta baru...

Alhamdulillah... Syukur atas nikmat Allah yang memberikan keupayaan buat acik menaip kembali didalam blog yg tak seberapa ini... Silap2 mmg tak pernah dilawati oleh sesiapa pun kecuali robot.. Huhuhu.

Baiklah... Sebelum nukilan ini acik teruskan.. Harap ada yg pernah mbaca beberapa post acik mengenai "pembelian kereta merupakan perkara paling BODOH dalam kehidupan manusia".. Anda semua boleh cari balik topik tersebut didalam blog acik ni...

Namun begitu tetiba acik kata nak beli kereta baru?!.. Aik?!.. Ni apa cite nie?!.. Cakap dah mcm muthu chettiar je ni... Kejap dok berpegang kepada tak bagus beli kereta.. Elok simpan duit dalam unit trust atau tabung haji saja dari beli kereta.. Dan paling bodoh sebab ini kereta kedua pulak tue... Sabau jelaa...

Namun ada beberapa perkara yang acik nak terangkan disini yang menyebabkan acik kira... Membeli kereta kedua untuk tujuan berjalan hujung minggu adalah perkara yang dibolehkan... Tak dikira bodoh jika acik pandai mengagihkan perkara yg dilakukan oleh kereta tersebut..

Yer... Acik dah booking kereta MPV baru bukan secondhand dan kategori kenderaan tersebut adalah sama level dengan Alza, Grand Livina, Exora dan juga Avanza... Antara 4 kenderaan yang acik tuliskan ini adalah salah satunya acik sambau... Yang mana satu? Kita sebut betul-betul... Tungguuuuu....

Berbalik kepada apa penyebab acik berkehendak untuk membeli kereta baru sedangkan pembelian kereta ni kalau nak diceritakan balik... Hamboihhh... Jenuh kita nak ulangkaji balik pelajarannya.. Memadailah acik menunjukkan 3 perkara penting yang menyebabkan acik berkehendakkan kereta kedua jenis MPV ini.

Sebenarnya salah satu sebabnya ialah mengenai keupayaan kelajuan kereta baru acik ni berbanding dengan kereta lama acik yang dah habis bayar tu.. Kereta baru ini berkuasa kuda melebihi dari 1.0cc yg mana ianya lebih laju.. Lebih cepat memecut dan lebih menjimatkan minyak jika kena dengan pemanduannya.

Kereta yg mempunyai cc yang terlalu besar ada orang kata lebih menjimatkan minyak.. Kesahihan orang kata ni masih belum teruji dan terbukti dimana2laman web seingat acik.. Tapi kalau ada dan benar2 terbukti maka tolonglah habaq mai link dia ek...

Keluasan kereta lama dengan kereta baru.. Dari segi ruang space nya mmg kereta kedua ni sebabkan ianya MPV maka pepaham jelah... Acik yakin dan percaya kita tentu suka bilamana dengan hanya menggunakan sebuah sahaja kereta kita mampu membahagiakan hati ibu dan bapa mertua kita.. Sebab ini akan menyebabkan mereka selalu nak berjalan bersama kita dan akan banyaklah cerita2 dan kisah2 lama yang bakal terbongkar nanti... Hihihi.

Dari segi kos pembayaran kereta ini.. Ya... Ini mmg perkara sensitif untuk diterangkan kat sini kerana ianya melibatkan status gaji seseorang tu.. Disebabkan acik tak suka mendedahkan gaji isi rumah keluarga acik yang tak layak mendapat BRIM 2.0 bebaru ini maka acik berhenti disini saja... Mmg nampak kelakarkan posting acik kali ni...tapi maafkan acik sebab tetiba rasa nak menaip plak cerita pasal ni kat blog tah hapahapantah ini... Hehehe.

Wassalam.


No comments: