Thursday, May 05, 2005

Tegakkan Islam di dalam dirimu nescaya akan tertegak Islam di watanmu

Para nabi dan rasul diturunkan untuk membawa satu mesej sahaja. Ya, satu mesej sahaja dan mesej ini tidak berubah-rubah sepanjang perubahan sejarah, masa dan geografi manusia. Tamadun boleh berubah. Masa boleh berubah. Tempat boleh berubah. Tetapi mesej ini tidak pernah berubah. Mesej ini di akhiri oleh Muhammad bin Abdullah yang mengambil masa 13 tahun menanam mesej tersebut ke dalam hati penduduk mekah dan para sahabat. Al-Quran mengulang-ulang mesej ini dalam kaedah bahasa yang berbeza tetapi berkisar pada persoalan yang sama. Mesej ini tidak lain adalah kalimah la illah haillah, hakikat mengenal Allah, menjawab persoalan dari mana kita datang, apa kita buat di dunia ini dan kemana kita akan pergi. Mesej ini adalah hakikat Islam yang membawa maksud ketundukan yang total kepada satu sahaja Al - Illah dan Ar Rab yakni Allah swt.

Tarbiyah

Setelah tarbiyah selama 13 tahun, mesej ini berakar utuh di dalam hati sanubari para sahabat. Kemudian, turun perintah Allah kepada nabi saw dan para sahabat untuk berhijrah ke tapak baru. Sebelum itu, tapak baru ini yang di kenali sebagai Yatrib juga telah di dakwahkan dengan kalimah ini. Dakwah oleh dua sahabat nabi saw, yakni Musab bin Umair dan Abdullah bin Umm Maktum yang berjaya mengumpukan dan mentarbiyah beberapa orang sahabat dari kalangan penduduk madinah yang kemudiannya di kenali sebagai golongan ansar. Setelah itu, Allah mengurniakan nabi saw dengan kemenangan pertama, yakni tertegaknya daulah Madinah Mukaramah. Setelah penghijarhan ini berlaku, maka di turunkan sistem-sistem bagi menjaga daulah yang baru ini dan diturunkan ayat-ayat mengenai hukum hakam. 10 tahun kemudian turunnya ayat-ayat mengenai pentadbiran, mengenai peperangan, mengenai undang-undang dan dilengkapkan Islam dengan turunnya ayat 3 surah al Maidah dan kewafatan nabi saw. Setelah 13 tahun usaha nabi menanam kalimah tayyibah (la illah haillalah) dan 10 tahun di jaga dengan syariatnya, nabi di wafatkan, dan kemenangan sebenar di berikan dan ini di ceritakan di dalam surah an nasr. Kemenangan mendapatkan Mekah dan manusia berbondong-bondong memeluk agama Islam.

Setelah 13 tahun dakwah nabi saw yang menyentuh soal keimanan, akidah dan hati ini menyerap masuk ke dalam pemikiran dan perilaku para sabahat, penerapan syariat tidak menjadi suatu yang masalah. Diceritakan bahawa dengan turunnya ayat pengharaman arak, seluruh madinah banjir dengan arak-arak yang di buang. Setelah turunnya ayat hijab, kaum-kaum wanita di ceritakan menarik langsir untuk menutup rambut mereka tanpa melenggah-lengahkan sebarang suruhan. Dengan kata lain, dengan kalimah ini tertegak di dalam hati mereka, tidak ada lain terpancar di bibir dan perbuatan mereka melainkan kalimah: Sami’na wa ata’na (Kami dengar dan kami patuh).



Pencapaian tingkat iman

Tingkat iman sebegini tidak boleh dicapai dengan hanya momokan kosong dan teori-teori. Ia tidak boleh di capai dengan ceramah-ceramah atau cakap-cakap sahaja. Ia tidak lain hanya dapat di capai bila dijelmakan di dalam bentuk praktik. Akidah ini seharusnya di ulang-ulang, di tanam, di jaga dan di didik di dalam setiap diri individu yang mahu dirinya di didik. Dan ia pada kebiasaanya akan mengambil masa yang lama dan panjang. Tidak ramai yang akan menerima dan beriman dengannya. Tetapi mereka yang berpegang dengannya akan mati dengannya dan tidak akan berganjak walau sedikitpun. Inilah tabiat atau nature dakwah yang telah di lukiskan di dalam sejarah para nabi dan manusia.

Kalau inilah caranya kenapa manusia menggunakan cara yang lain utk mengembalikan Islam?

Kini manusianya bagaimana? Umat Islamnya bagaimana? Kita mengetahui umat Islam kini berada di juang kehancuran. Adakah sejarah manusia telah berulang kembali? Adakah sakit umat Islam kini sama seperti sakit umat-umat terdahulu? Kalau sama kenapa ubat yang dicari dan di beri adalah ubat yang berbeza?

Adakah umat Islam kini sakit kerana kehilangan kuasa? Adakah umat Islam kini sakit kerana tidak melaksanakan syariat dan undang-undang Allah? Adakah Umat Islam kini sakit kerana tidak di laksanakan ekonomi Islam? Hukum hakam Islam?

Kalau kerana ketiadaan kuasa dan kita perlukan pengambilan kuasa, kenapa rasullulah saw dahulu tidak memilih kuasa apabila di tawarkan oleh kaum Quraisyh? Sebaliknya dengan wahyu Allah swt, nabi saw bersabda bahawa seandainya bulan dan matahari di letakkan di tangan baginda, baginda tidak akan meninggalkan dakwah yang sedang dilakukannya. Dakwah apa? Inilah dakwah menyeru kepada la illaha illalah. Dan kaum arab tahu dengan pengetahuan bahasa arab mereka bahawa kalimah ini bermakna pencabutan kuasa di tangan manusia dan mengembalikannya kepada Allah swt.

Ini kerana hukum hakam, kuasa, pangkat, ekonomi dan lain-lain cabang Islam bukannya menjadi sebab sebenar keIslamnya seseorang. Seharusnya keimanan dan sifat mengenal Allah yang sebenar adalah kaedah pertama penanaman Islam sebenar. Hanya dengan wujudnya kalimah ini di dalam hati sanubari umat Islam kembali maka mereka akan menyedari hakikat sebenarnya penghambaan diri kepada Allah. Kemudian mereka akan beruang di atas jalanNya untuk mengembalikan hak Hakimiyah Alah swt. Kemudian, pabila Allah telah redha, barulah Allah akan memuliakan mereka dengan kuasa dan perundangan yang adil. Hanya dengan termetrinya kalimah ini di dalam hati sanubari umat Islam, dantersebarnya kalimah ini di muka bumi, maka barulah ujud tunduk dan kepatuhan tanpa soal dan pertentangan. Dan akan wujudnya keadilan dan kuasa Allah di muka bumi.

Penjaga kepada Islam adalah syariat Islam. Penjaga kepada syariat adalah manusia dengan izin Allah, dan penjaga kepada manusia adalah roh keimanan dan kalimah tayyibah yang di terapkan di dalam pemikiran, hati sanubari sehingga membentuk masyarakat yang baik sehingga di redhai oleh Allah swt. Tanpa penerapan ini, kita tidak lain hanya akan melahirkan umat manusia yang mempunyai kuasa, tetapi ditakuti tidak mengenal Tuhannya yang sebenar dan akan melakukan pula penindasan kepada manusia lainnya. Inilah yang berlaku kepada sistem-sistem ciptaan manusia yang yang banyak melakukan kerosakan. Islam tabiatnya bukan begitu.

Inilah dakwah kita. Inilah tarbiyah kita. Inilah nature kepada dakwah para nabi dan tema Al-Quran. Sesiapa yang menyeru lain daripada kaedah ini yang mana telah terbukti berkesan, mereka sebenarnya belum mengenal tabiat Islam dan Al-Quran

Nukilan Saudara Tok Janggut - BDN.

No comments: