Alhamdulillah..
Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat Nya maka esok atau 5.6.2015 maka tibalah semula hari kelahiran di dunia yang fana ini..
Pelbagai cabaran dan dugaan melanda diri ini sejak akhir akhir ini tidak ketinggalan juga beberapa perkara yang menggembirakan turut berlaku antaranya pembelian kereta baru, kelahiran bakal cahayamata baru, bergiat aktif dalam Kelab Bolasepak yang baru dan pelbagai peristiwa lagi yang menunjukkan bahawa di dalam kehidupan ini suka duka saling silih berganti..
Disamping itu juga ada juga perkara perkara yang membuatkan kita tidak begitu gembira dan ada juga perkara yang menyedihkan hati kita.. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan dlm kehidupan ku dan semoga aku benar benar kembali menjadi seorang mukmin yang dicintai oleh Allah dan Rasulullullah.. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment