Wednesday, November 16, 2016

Thursday, July 14, 2016

Syawal yang cukup bererti dan penuh dengan kejutan...

Alhamdulillah... syukur nikmat Allah SWT... Tahun 2016 ini merupakan syawal yang cukup mulia dan cukup membuatkan acik teruja disebabkan pada tahun ini, semua hutang piutang acik daripada akak dan abg acik telahpun dilangsaikan dengan cara yang cukup hebat dan bagus iaitu sedekah...

Adakalanya acik terfikir jugak... bukan sedikit punya hutang yang pernah acik pinjam dari akak dan abg acik... maklumlah diorg nie antara org yg bijak... seorg doktor dan seorang engineer namun itulah suatu kejutan dan suatu kenikmatan yang hanya Allah SWT boleh menggambarkan...

Disamping itu perjalanan kebahagiaan acik dibulan syawal diteruskan lagi dengan kehadiran seorang insan yang cukup lama terpisah dari pandangan mata acik selama ini... Rupanya beliau sebenarnya terlalu dekat dan saban hari acik bersua muka dengannya...

Allahuakbar... itulah dia seorang shabat sepermainan ketika setiap kali acik bercuti sekolah atau bercuti raya... Jika semua nak tahu, keluarga acik bukanlah keluarga yang berada sgt... Nak kata miskin tegar pun bukan... Namun setiap kali nak balik ke kampung untuk beraya atau menghabiskan cuti sekolah acik pasti akan dihantar oleh seorang shbt arwah acik dengan kereta proton dia...

Bayangkanlah sekitar zaman 80an nak memasuki tahun 90an... sesiapa yang memiliki kereta nasional dikala itu sudah tentu digelar Orang Kaya Baru (OKB)... Jiran atau kawan arwah ayah acik nie pasti akan menumpangkan acik sekeluarga ke kampung halaman acik di Kuala Pilah Seri Menanti Kampung Merual...

Dan setiap kali cuti itulah acik akan bersua dengan sahabat acik nie untuk bermain terup (yg kecik tue), bermain congkak dengan buah getah, bermain getah, main guli dan sebagainya... Memang cukup mengasyikkan ketika di usia belasan tahun... Itulah kuasa ALlah... acik berjumpa dengannya di level dimana tempat acik bekerja skrg dan beliau memasuki pejabat acik sebagai seorang yang bergelar pengurus... jawatan yang cukup hebat kalau nak dikirakan berbanding acik...

Bersambung....

Wednesday, July 13, 2016

12.7.2016... Pertemuan kembali seorang sahabat/saudara yang lama terpisah...

Pada hari ini 12 Julai 2016, buat pertama kali dalam hidup acik... Acik bertemu kembali dengan seorang rakan sepermainan diwaktu kecil dahulu... seorang teman yg begitu baik... seorang sahabat ketika acik masih dialam persekolahan lagi yang mana bersama sahabat inilah acik menghabiskan sisan usia muda acik bermain bersama...

Antara permainan yang mahsyur suatu ketika dahulu ialah tikam nombor... Seperti manila berisi sup bunjut kita perlu memilih nombor apa yg kita mahu. Disetiap pilihan kita akan ada ungkapan "Anda menang dot dot dot..." "Anda tak dapat apa-apa" "Kami pulangkan wang anda kembali" dan sebagainya...

Masa dulu shbt saya ini mmg kira taukey tikam nombor laa... dia beli manila tue pastu minta kitorg tikam nombor yang ada... hehehe... sabau jelaa...

Yang menjadikan acik pelik ialah sahabat acik ini sebenarnya baru masuk ke dalam level yang sama acik bekerja... setelah 4 bulan bersama langsung acik tak perasan rupanya beliaulah shbt yg selama ini terdetik difikiran acik untuk bertanya khabar tentangnya... Allahuakbar...

Begitulah kekuasaan Allah... sahabat ini sebenarnya begitu hampir dengan acik namun Allah tidak memberikan petunjuk sehinggalah abg sulung dan abg kedua acik bertemu dengannya disebabkan dia datang beraya ke rumah makcik acik di Senaling...

Katanya memang saban tahun dia sentiasa ke rumah acik tersebut namun mungkin sebab ketika itu acik dan juga keluarga adik beradik acik tidak tersua atau bertemu muka dengan beliau... Syukur alhamdulillah akhirnya Allah berikan petunjuk agar acik dapat juga bertemu dengannya walaupun sebenarnya beliau telah begitu lama acik kenali sebab baru bekerja di pejabat acik bekerja sekarang...

InsyaAllah akan menyusul cerita tentang beliau akan datang....

Wassalam

Monday, June 20, 2016

Ramadhan itu... ada yang tidak kena dengan diriku...

Ramadhan itu...

Datangnya saban tahun selama 30 hari dari 365 hari...

Ramadhan itu...

Ketibaannya dinanti bagi yang benar-benar menghayati sebab musabab diturunkan Al-Qur'an di bulan yang mulia ini...

Ramadhan itu...

Kehadirannya kadangkala membawa seribu erti bagi mereka yang dah muak makan sampai muntah setiap hari...

Ramadhan itu...

Kedatangannya adakalanya dibenci bagi mereka yang tidak tahar lapar dan dahaga begitu juga masih alpa dengan dosa sendiri...

Ramadhan itu...

Keberangkatannya membawa seribu rahmat dan inilah masanya untuk memberikan sedekah walau hanya sebalang bubur lambuk Pak Hassan Kg Baru kepada jiran tetangga...

Ramadhan itu...

Kehilanggannya pasti dirindu oleh mereka yang benar-benar beriman dan benar-benar yakin akan adanya Malam Yang Lebih Baik Dari Seribu bulan iaitu Malam Lailatur Qadar...

Ramadhan itu...

Menjelang syawal dihiasi dengan berpuasa selama 6 hari selepas itu... adakah kita mampu???...

Wallahu a'alam bisshawab.

Saturday, June 04, 2016

Setahun sebelum umurku mencecah 40...

InsyaAllah... jika dipanjangkan umur maka esok merupakan hari ulang tahun kelahiran acik yang ke-39 tahun 1977...

Mati itu pasti namun kita tak pasti bila itu nak mati... Dikesempatan ini acik ingin mengucapkan Happy Birthday buat Achique (salah seorang netter di Forum Bincang.net) yang jatuh pada hari ini, 4.6.2016 yang masih acik berhubungan melalui facebook...

Sekian, wassalam.

Thursday, June 02, 2016

Semoga penunggang motosikal tersebut sejahtera...

Malam ini sekitar jam 8 - 9 mlm telah berlaku suatu kemalangan yang melibatkan dua buah motosikal yang ditunggang oleh dua orang penunggang... Kejadian ini disaksikan sendiri oleh mata kepala acik sendiri di jalan tol sg besi selepas stesen petronas sebelum simpang nak ke Tol Serdang...

Firasat acik berat mengatakan bahawa penunggang motosikal tersebut mungkin hilang kawalan lalu terbabas dipersimpangan jalan nak ke tol serdang tersebut dan kereta acik betul-betul berada di belakang motosikal tersebut... Dan nak jadi cerita pula ada pulak sebuah motosikal lagi yang mungkin tak sempat nak mengelak terlanggar motosikal yang terbabas tadi dan turut terjatuh juga disitu...

Disebabkan keadaan ketika itu hujan renyai-renyai kemungkinan jalan licin menyebabkan motosikal pertama tadi terjatuh dan mungkin jugak ketika itu motosikal tersebut nak mengelak kenderaan acik disebabkan sebenarnya ada jugak motosikal telah terjatuh depan sedikit di jalan persimpangan ke tol serdang tersebut... aiyaa... apa punya celita laa acik nie.. waa tarak paham loo... (Tapi ini kisah benar).

Sekian, semoga Allah SWT mempermudahkan urusan mangsa nahas tadi...

Sunday, May 15, 2016

Melayan Youtube Dr Zakir Naik tanpa kesulitan...

Alhamdulillah... setelah memasuki Unifi 30Mbps maka dapatlah acik hayati beberapa perbincangan dan youtube dari Dr Zakir Naik yang mempunyai subtitle melayu... bukanlah sebab acik tak pandai English.. cumanya loghat dan percakapan dr Zakir Naik ni kenkadang sukar difahami.. huhuhu..

Dikesempatan ini acik terasa ingin pula membukukan beberapa penulisan berkenaan apa yang diilhamkan oleh Dr Zakir Naik ini didalam pementasannya... Rasanya sayang pula apabila ada kata-kata beliau yang cukup sempurna ketika menjawab pertanyaan dari pendengar setia bicara beliau tidak dituliskan sebagai satu wadah perjuangan islam...

Islam adalah agama yang agung dan tiada agama yang tertinggi selain islam.. Setiap apa yang berlaku didunia ini bukanlah atas sebab ajaran islam tetapi atau sebab "kambing hitam" kepada penganut ajaran islam itu sendiri... Jika kita tidak mahu menjadi penyebar islam, janganlah jadi penganut yang mencalitkan kekotoran terhadapnya"..

Wallahu a'lam bisshawab.

Tuesday, May 03, 2016

Iktibar dari Suatu Kematian...

Baru-baru ini kita ditangiskan oleh media massa dengan berita mengenai kematian dua lelaki yang amat hebat kedudukannya dimuka bumi Allah SWT ini iaitu Pak Yus Raja Lawak atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus sahaja, Disamping itu kemangkatan anak ke-4 sultan Johor... TunkuAbdul Jalil memberikan kita satu petanda... mati itu tidak mengenal siapa... mati itu tidak mengenal usia... mati itu tidak mengenal kita hamba atau raja... dan mati itu pada bila-bila masa sahaja..

Bila memperkatakan tentang kematian ini... acik yang menaipkan kata-kata ini sudah barang tentu orang yang paling takut sekiranya setelah habis menulis tetiba acik dijemput oleh malaikat maut untuk ke sana... Maha Suci Allah SWT... adakah cukup perbekalanku nanti...

Dikala ini sememangnya bekalan yang ada pada diri acik amatlah sedikit... amatlah tiada langsung sebenarnya... Acik hanya mampu meninggalkan sedekah jariah itu pun sedikit cuma... anak lelaki dua orang yang acik tak pasti adakah akan membacakan dan menyedekahkan selalu doa pada diriku ini serta seorang balu... Mudah-mudahan kehidupan mereka akan lebih baik tanpa acik disisi kiranya telah tiba masaku nanti... 

Wallahu a'lam bisshawab.

Friday, April 22, 2016

"Bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"

"Bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"... itulah sedikit kata-kata hikmah yang diucapkan oleh sahabat Acik sdr Tok Janggut ketika acik berkesempatan bertemu beliau di Bandar Baru Bangi berhampiran masjid Al-Hasanah berdekatan Pusat Rawatan Islam Az-zahrah sewaktu ketika dahulu...

Sememangnya perbanyakkanlah "Mengeteh" dengan kenkawan anda semua kerana Allah SWT...

Wallahu a'lam bisshawab.

Sunday, April 10, 2016

APA YANG SEPATUTNYA KITA TULIS JIKA BERLAKU KEMATIAN?

Adalah menjadi satu fenomena sejak sekian lama yg mana apabila setiap kali berita2 kematian dikhabarkan, maka kita akan melihat ruang2 komen di fb dipenuhi dgn tulisan Al-Fatihah atau meletakkan banner2 yg tertulis ukiran Al Fatihah.

Sahabat sekalian, apakah ILMU yang kita imani/sandarkan selama ini di dalam mendorong kita untuk mengambil Surah Al- Fatihah sebagai satu penetapan ibadah apabila mendengar berita kematian?

Apakah ia dari saranan Imam Kampung?
Atau dari Imam2 Mazhab?
Atau dari Hadis2 Rasulullah?
Atau rasa baik?

Kalau kita rujuk seluruh kitab2 imam2 mazhab, confirmed 100% kita tak kan jumpa adanya nukilan dari imam2 mazhab yg menyebut tentang membaca Al Fatihah ketika mendengar kematian.

Kalau kita rujuk kpd kitab2 hadis, confirmed 100% tidak akan jumpa dalil yg meletakkan Al Fatihah sebagai surah yg pernah dibaca oleh Nabi s.a.w utk disedekahkan untuk orang telah meninggal.
Jadi apakah kata2 imam kampung itu boleh dijadikan dalil? Jawapannya TIDAK, kerana imam masjid itu ia tidak menerima wahyu jesteru ia tidak berhak menentukan cara beribadah melainkan ia perlu menyatakan dalil dari hadis.

Jadi apakah "benda baik" boleh dijadikan sandaran amal? Sahabat, sekiranya akal dijadikan medium utk menentukan cara beramal maka apabila berjuta orang menggunakan akal masing2, maka akan terciptalah berjuta cara beramal mengikut fikiran orang yg bebeza2 cara pemikirannya. Maka akan tenggelam piawaian/standard asal ibadah.

Justeru, kita perlu rujuk kepada standard Agama iaitu Al Quran & Hadis untuk memastikan amalan kita diterima.

Berhijrahlah dari kejahilan ilmu kerana selama ini kita tidak pernah didedahkan dengan sumber ilmu yang jelas.

2 UCAPAN YG TERKAIT DARI SANDARAN DALIL YANG MENJADI PERBUATAN RASULULLAH S.A.W APABILA BAGINDA S.A.W MENDENGAR BERITA KEMATIAN, IAITU DGN MENGUCAPKAN :-
1) إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
2) اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
“"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."

HAKIKATNYA...BETAPA RAMAI MEREKA2 DI LUAR SANA MASIH TIDAK TAHU TENTANG SUNNAH YG ASAS INI, TATKALA ADA JUGA INSAN YG TAHU TAPI TAK MAMPU NAK YAKINKAN DIRI SENDIRI.
TIDAK WUJUD DALIL DI DALAM SELURUH KITAB2 HADIS YG ADA MENYEBUT BAHAWA NABI S.A.W @PARA SAHABAT @ TABIIN @ TABI' TABIIN PERNAH MEMBACAKAN AL-FATIHAH UNTUK ORANG YG TELAH MENINGGAL.

Tuesday, February 09, 2016

Sahabat Ku dimana?

CARILAH MEREKA DINERAKA

Menziarahi seorang teman yang telah tenat sakitnya,dia menggenggam erat tangan saya lalu menariknya ke mukanya untuk membisikkan sesuatu ketika saya ingin meminta diri untuk balik.Air matanya tergenang.Dalam lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata,"Jika hang tidak nampak aku di syurga,tanyalah Allah di mana aku,tolonglah aku ketika itu..."Dia langsung teresak menangis lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya.

Saya membisikkan,"Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon kpd hang jika sebaliknya hang tidak nampak aku disyurga."Kami menangis bersama,entah berapa lama.

Bila saya meninggalkan wad hospital,saya terkenang pesanannya.Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis,"Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu,maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku,"Wahai tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah ia bersama kami di syurga."Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis "Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia.Maka mereka pun bertanya kepada Allah,"Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami,berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."maka Allah berfirman, "Pergilah ke neraka,lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walau hanya sebesar zarrah (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka pilihlah untuk bersahabat yg boleh membantu bukan setakat dunia tetapi hingga akhirat dgn sifat utamanya berbuat ibadat berjamaah bersolat,berpuasa dan sentiasa berpesan kearah keimanan,berjuang untuk tegakkan agama.Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu,mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan,selalu berpesan dg kebenaran.

Teman yg dicari kerana urusan niaga,pekerjaan,teman tengok bola,teman memancing,teman berkonvoi tayang motor dan kereta hebat,teman fb utk bercerita makan apa hari ni,teman whatsapp utk bersembang hal dunia akan berpisah pada garis mati dan membawa diri sendiri.Tetapi teman yg bertakwa,akan mencari kita disyurga.Semaklah pada diri kita,apakah ada teman yg sebegini pada keliling kita,atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita.

Ayuh bertindak,kurangkan masa dg teman yg pada garis dunia,carilah teman dan kawan dg mereka yg akan mencari kita disyurga,kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah,pelbagaikanlah usaha dan harapan,moga satu darinya akan tersangkut ke pintu syurga. Al-Hasan Al-Bashri berkata “Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.Pejam mata,carilah siapa agaknya yg akan mencari kita disyurga,jika tiada,mulakan hari ini mencari teman kesyurga sebagai suatu misi peribadi.

Ambillah iktibar dari kawan saya ini yg berpesan mencarinya di syurga,memang kebiasaan mereka yg kuat iman suka merendah diri,bahkan sepatutnya saya yg berpesan kepadanya untuk mencari saya.Agaknya kepada siapa anda nak berpesan begini?

Wallahu a'lam

p/s: Bila terbaca artikel ini teringat daku arwah shbtku Farid Wajidi Ariffin..  Moga dikau ketemu aku disana..