Baru-baru ini kita ditangiskan oleh media massa dengan berita mengenai kematian dua lelaki yang amat hebat kedudukannya dimuka bumi Allah SWT ini iaitu Pak Yus Raja Lawak atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus sahaja, Disamping itu kemangkatan anak ke-4 sultan Johor... TunkuAbdul Jalil memberikan kita satu petanda... mati itu tidak mengenal siapa... mati itu tidak mengenal usia... mati itu tidak mengenal kita hamba atau raja... dan mati itu pada bila-bila masa sahaja..
Bila memperkatakan tentang kematian ini... acik yang menaipkan kata-kata ini sudah barang tentu orang yang paling takut sekiranya setelah habis menulis tetiba acik dijemput oleh malaikat maut untuk ke sana... Maha Suci Allah SWT... adakah cukup perbekalanku nanti...
Dikala ini sememangnya bekalan yang ada pada diri acik amatlah sedikit... amatlah tiada langsung sebenarnya... Acik hanya mampu meninggalkan sedekah jariah itu pun sedikit cuma... anak lelaki dua orang yang acik tak pasti adakah akan membacakan dan menyedekahkan selalu doa pada diriku ini serta seorang balu... Mudah-mudahan kehidupan mereka akan lebih baik tanpa acik disisi kiranya telah tiba masaku nanti...
Wallahu a'lam bisshawab.
No comments:
Post a Comment