Wednesday, June 21, 2017

Kembali mencapub setelah sekian lama...

5.6.... maka tahun ini genaplah acik berumur 40 tahun... Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat acik sekali lagi menikmati kehidupan alam maya ini...

Sememangnya dengan usia yang telah mencapai umur 40 tahun ini acik telahpun memiliki segala-galanya pada acik iaitu rumah... kenderaan... anak... dan pelbagai perkara lagi yang kadangkala susah untuk orang yang berusia 40 tahun untuk mencapainya...

Acik bukanlah ingin membangga diri namun itulah hakikatnya dimana segala apa yang ingin dinikmati oleh seorang hamba Allah didalam hidupnya telah berjaya acik perolehi sunggguhpun tidaklah sekaya mana...

Semoga segala rezeki yang dicurahkan oleh Allah SWT ini bukanlah menjadi "istidraj" buat acik dan acik memohon ampun dan maaf kiranya selama ini acik ada berbuat kesalahan kepada sesiapa sahaja didunia yang fana ini...

Wassalam.

No comments: