Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan...
1. Mesti tahu; faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.
2. Sentiasa berdoa supaya kita; pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.
3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kpd pasangan psswrd hp, email, myeg; pin no kad2 ATM dll. Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit2 yang ada. Sebaik shj kita daftar utk dptkan sijil kematian, semua acc akan dibekukan.
P/S: Bila dah tahu pswrd hp, jgn plk skodeng. Kita mesti hormati privacy pasangan kita.
P/S: Bila dah tahu pswrd hp, jgn plk skodeng. Kita mesti hormati privacy pasangan kita.
4. Buat salinan ic pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak & ic anak2. Dokumen2 ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila mbuat semua urusan bkaitan.
5. Maklumkan kpd pasangan semua tanggungan (bil2 bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang2 etc) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan byk urusan utk uruskan hutang2 & harta2 yg ditinggalkan.
“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yg meninggal akan lebih susah jika hutang2 & harta2 tidak diurus dengan segera”
Jika kita betul2 sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.
6. Hubungi bank2 yang berkaitan supaya outstanding bil tdk dikira faedahnya. Kita juga blh claim khairat kematian drpd bank/tabung haji/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. Bnk Rakyat dlm masa 3 bln shj. Klu lewat, hangussss)
Pastikan jg semua acc diatas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir.
*SOCSO ada pencen bulanan utk waris
Pastikan jg semua acc diatas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir.
*SOCSO ada pencen bulanan utk waris
7. Kepada isteri2, belajar mengenai IDDAH.
8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yg berhak ke atas harta yang ditinggalkan & brp byk yg perlu diagih2kan. PENAMA bknlah bmakna harta ditinggalkan seratus peratus kpd mereka. Penama WAJIB menguruskan pbahagian harta mengikut syariat yg tlh ditetapkan. Jgn sampai termakan harta ANAK YATIM!
9. Jika berkemampuan, mcarumlah dgn mana2 takaful utk semua pinjaman bank, diri sendiri & keluarga. Wang tuntutan takaful blh mbantu mlangsaikan hutang2, meneruskan kelangsungan hidup serta blh disedeqahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.
*Money is not everything, but everything needs money*
*Money is not everything, but everything needs money*
10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga & sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan & tidak berdaya.
11. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu2 lagi sbb malaikat maut mjenguk kita 70kali sehari! Panggil pasangan & bincangkan perkara ini.
Dengan sdkt pkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri2) tidak akan hilang punca.
Allahualam.
Received from other group
No comments:
Post a Comment