Assalamu'alaikum wbt.
Bagus nukilan dari saudara Al-Imran BDN nie... Sila baca sama2...
Maaf pada semua, posting saya mengenai aqeedah tak bersambung2. Insya' Allah saya akan sambungkan dalam masa terdekat.
En. buildtem tak bagikan statistics jadi saya tak tau sama ada posting tu bersandarkan pengalaman peribadi ataupun apa yang dibaca dalam media. Dalam pandangan saya agama yang paling pesat berkembang adalah agama Islam dari segi kualiti dan juga kuantiti. Apakah yang saya maksudkan dengan kualiti? Kualiti adalah apabila seseorang itu menganuti Islam setelah mengkaji agama2 lain, bukan kerana terikut2 atau terpaksa.
Dalam posting yang pendek ini saya nak membawa sekalian pembaca supaya menganalisikan fakta2 yang saya berikan. Mari kita bandingkan konsep2 ketuhanan dalam Al-Quran dan dalam bible.
Dalam Islam konsep Rabb, Illah, KeEsaan Allah, sifat2 dan nama2 Allah, perhubungan Allah dengan makhlukNya di terangkan dengan jelas dalam Al-Quran. Makna linguistik perkataan Al-Rabb dari buku Lisan-al-Arab (Ibn Mandhur 711H) yang memberi makna kepada semua istilah di dalam Al-Quran.
Al-Rabb: pemilik mutlak, pencipta segala sesuatu, pentadbir, pemelihara, pemberi rezeki, pelindung, pengatur.
Kebanyakan agama terpesong dan tersangkut oleh sebab tidak dapat menjelaskan satu konsep yang penting: “Tuhan berupaya berkuasa melakukan segala apa jua pun.”, “Inna Allah ha ala kulli syai in qadir”. Apakah maksud sebenar “Allah berkuasa melakukan segala sesuatu?” Bolehkah Tuhan bertukar menjadi makhlukNya? Agama2 lain tidak dapat menjawap soalan ini yang boleh diterima akal. Satu ayat dalam Al-Quran yang ada dijiwa setiap umat Islam yang dididik dengan agama Islam yang sempurna: "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya" [Surah Al-Ikhlas ayat 4]
Surah Al-Ikhas amat pendek namun membacanya adalah seperti membaca 1/3 Al-Quran [Bukhari], menjelaskan semua sifat kesempurnaan Allah Ta'ala. Tiada satupun yang menyerupai Allah dalam segala hal, kerena andaikan ada sesuatu yang menyerupai Allah, maka Dia bukan lagi Maha Esa. Dia amat jauh berbeza dengan makhluk-Nya. Dan juga dalam ayat lain: “Tiada sesuatupun yang sebanding denganNya dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. [Surah As-Syura ayat 11]
“Allah berkuasa melakukan segala sesuatu” juga tidak bermaksud Allah boleh menjadi sesuatu yang membuat Allah itu bukan lagi bertaraf Tuhan dan menjadi makhluk. Kebanyakan agama mempunyai konsep dimana tuhan menjadi makhluk, termasuk agama Kristian. Zat2 Allah berbeza dari makhlukNya. Manusia mencipta dengan memanipulasi benda2 yang sedia ada, manakala Allah tidak perlu benda untuk mencipta, jika Allah berkata “jadi” maka jadilah, “kun faya kun”.
Jika Al-Quran kata “Allah tiada permulaan” [Surah Hadid ayat 3], bolehkah kita tanya “bolehkah tuhan dilahirkan?” Itu adalah soalan yang tidak boleh diterima akal. Jika Al-Quran kata “Allah tiada penghujung” [Surah Hadid ayat 3], bolehkah kita tanya “bolehkah tuhan mati?” Semua ini diterangkan dalam Al-Quran dengan jelas. Agama buatan manusia tidak akan dapat menjawab soalan2 tersebut.
Orang kristian mengaku mereka percaya pada 1 tuhan tapi dalam 3. Macam mana boleh 1+1+1 = 1? Mereka akan memberi banyak perumpamaan pokok la (dahan, cabang, akar), perumpamaan air la (cecair, wap, ais), perumpamaan telur la (kulit, putih telur, kuning telur), dll. Kita jawab itu pokok, air, atau telur yang kamu perkatakan itu bukan tuhan. Apa yang dinyatakan dalam Al-Quran? “Tiada sesuatupun yang sebanding denganNya”, amat jelas sekali.
Cuba kita bandingkan apa tertulis dalam bible. Ada seorang raja (Melchizedek) tidak berbapa, tidak beribu, tidak bersilsilah, harinya tidak berawal dan hidupnya tidak berkesudahan. (Hebrews 7:3) Tidak berawal, tidak berkesudahan – hmmm, itu bukan lagi manusia namanya, itu sifat2 Tuhan. Ini satu contoh bagaimana bible memberikan sifat2 tuhan kepada makhluk. Ada juga dalam bible yang memberi sifat2 manusia kepada tuhan, contohnya, dalam Genesis 2:2, “Dan pada hari ketujuh setelah menghabiskan ciptaannya; dia berehat pada hari ketujuh dari segala kerja yang telah dibuat.”, memberi sifat kepenatan kepada tuhan. Juga dalam bible tuhan meminta maaf dan keampunan (Genesis 6:6) memberi sifat membuat kesilapan kepada tuhan, dalam bible juga tuhan berjalan dengan tapak kakinya yang berbunyi dan mencari Adam lalu bertanya, “Adam dimana kah engkau?” (Genesis 3:8-9). Tanya pada orang kristian “itu kah ciri2 wahyu yang tulin?”
Kita perlu membaca Al-Quran dan memahami apa yang Allah beritahu tentang diriNya, contohnya dalam Ayatul Kursi yang ada dihati sanubari setiap muslim:
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)” [Al-Baqarah 255]
Dalam Islam KeEsaan Allah adalah unik, tidak seperti makhluk. KeEsaan Allah tidak boleh dipecah2kan menjadi dua, tiga atau pun lebih. Atom yang dulunya saintis kata tidak boleh dipecah2kan lagi, sekarang ada elektron, proton, neutron. Lepas tu, eh boleh pecah lagi, leptons, quarks. Kemudian pecah lagi matter, anti-matter dsb. Insya' Allah kita sambungi lagi sifat2 Allah (swt) dalam forum yang lain.
Jadi apa kesimpulannya? Tanggung jawab siapakah untuk menyampaikan risalah ini? Tak perlu tunjuk jari tu kearah mana2, tak perlu tengok jauh2, lihat di dalam cermin. Rasulullah (saw) adalah nabi terakhir dan tugas memyebarkan risalah ini adalah di atas bahu setiap umat Islam! Ada yang berkata, “aku tak cukup ilmu untuk menyebarkan Islam.” Tanya pada mereka, “kamu tau surah Al-Fatihah?”, “kamu tau surah Al-Ikhlas?”. Bersabda Rasulullah (saw): “Ballighu anni walau ayah” - Sampaikan apa yang kau dapat dariku walaupun satu ayat.
Wallah hu alam
No comments:
Post a Comment