Saya ingin menggariskan beberapa isi penting, mengapa wang elektronik (e-money) dan kapitalisma bahaya kepada manusia dan ummat Islam:
1) Asas kedua-dua perkara ini ialah riba. Kita sudah tahu riba itu haram. Namun ada banyak cabang riba. Salah satunya ialah matawang kertas yang sudah tidak dipeg dengan emas atau perak, sejak tahun 1960an. Malah, ianya dijadikan komoditi untuk dijual dan dibeli (FOREX). Walhal ianya hanyalah "kertas" yang tak bernilai (kalau terbakar - rugi, dibanding emas yg tak akan hilang walau terbakar. Paling tidak hanyalah lebur). Nilai wang kertas hanya bergantung kepada kesepakatan umum bahawa ianya bernilai. Jika umum bersepakat yang ianya tiada nilai (tiada demand), maka ia akan susut nilai.
2) Wang kertas yang tiada nilai ini, dinilai menggunakan konsep "supply and demand". Jika ianya dipeg menggunakan emas dan perak, maka nilai wang kertas 'constant' atau sekata dengan nilai emas dan perak. Namun ini sudah tidak berlaku. Ianya bergantung kepada pemintaan orang ramai. Jika orang tak mahu ringgit (atas sebab tak nak datang Malaysia sebab industri pelancongan merudum, atau sebab tak mahu beli barangan buatan Malaysia, sebab kualiti teruk, atau tak mahu trade barang2 melalui pelabuhan Malaysia, sebab banyak sangat port dan karenah birokrasi) maka nilai ringgit akan jatuh. Jika Amerika ada minyak dan gas sebab fenomena shale gas, maka nilai dollar akan mengukuh. Ini adalah asas "ekonomi baru" yg dipelopori barat menggunakan riba sehabis boleh untuk kepentingan mereka (segelintir pihak / for the benefit of the few up there).
3) Masalah ini semakin meruncing apabila matawang telah dianggap sebagai wang. Malah, menjadi lebih parah apabila matawang ditukar melalui alat elektronik seperti e-banking dan telegraphic transfer. Nilai atau jumlah wang berlipat ganda dalam bentuk digital. Kalau dahulu kita tanya, mana emas dan perak? Sekarang kita sudah lebih jauh dari nilai wang sebenar, dengan bertanya, mana kertas nya? Atau mana "pitih" nya?
4) Wang semakin tiada nilainya. Maka manusia berebut-rebut untuk membeli harta bagi disimpan untuk kebahagiaan anak cucu cicit serta untuk memuaskan nafsu bagi mereka yang cintakan dunia. Harta juga dapat dilihat dan dirasa. Berbanding wang yang hanya berbentuk digital atau nombor. Walau, rumah diperlukan hanya satu, tapi sanggup berhutang untuk memiliki lebih dari satu. Kereta, barang kemas dan sebagainya. Perkara perlu menjadi wajib, perkara mustahak menjadi terabai. Zakat dilupakan, derma disedikitkan, ibadat dilengahkan. Isu utama diabaikan, isu hiburan diutamakan. Melepaskan "stress" menjadi alasan utama masyarakat untuk berbelanja seperti bercuti, bershopping dan makan di luar. Dalam hal "pelanggan suka berbelanja" pula, maka ini pasti akan menggembirakan puak kapitalis. Kapitalis memang suka jika kita banyak berbelanja dan berhutang. Mengapa ya?
5) Kapitalis bermaksud mereka yang memiliki wang yang lebih dan mahukan wang lebih lagi, setiap saat, masa dan selama-lamanya. Sesiapa sahaja yang ada keinginan sedemikian (greed) bermakna, dia telah ada sifat pro-kapitalisma. Niat kita yang membezakan.
6) Kapitalisma tidak memerlukan wang, tetapi memerlukan pelanggan atau manusia yang cintakan wang. Wang atau kertas (atau nombor digit) hanyalah ilusi untuk menjadikan sistem kapitalisma itu terus hidup. Apakah ianya sistem kapitalisma? Iaitu sistem memberikan hutang kepada mereka yang mampu berhutang, dan menggalakkan mereka berbelanja dengan hutang yang semakin bertambah.
7) Mereka yang sanggup hidup sederhana semata-mata untuk tidak berhutang maksudnya, mereka bukan sahaja bijak, malah menentang kapitalisma. Pihak kapitalisma akan berusaha keras memastikan mereka yang menyokong kapitalisma kekal berkuasa. Dan berusaha keras bagi memastikan mereka yang anti-kapitalisma kekal "tidak berkuasa" atau kalah. Jika berkuasa sekalipun, mereka akan dicatat sebagai gagal atau bermasalah (seperti tiada pembanggunan atau tiada kemajuan).
Maka dengan ini kita hendaklah menilai diri kita sendiri. Adakah kita ke arah kapitalisma atau anti-kapitalisma.
- Admin Ekonomis.
No comments:
Post a Comment