Friday, July 30, 2021

Fikrah Besi Karat.

FIKRAH BESI KARAT 
*Awas, artikel panjang dan berduri.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Ada orang kata, saya tembak PAS sebab koyak digelar "hantu jepun". Tak ada maknanya nak koyak, sebab saya sendiri pernah anggap Page FB saya sebagai page hantu. Koman lah kalau kena label hantu Jepun boleh koyak. Orang lain kena label kapir dan munafik, tak koyak pun.

2) Besi, kalau duduk terbiar saja, lama-lama akan berkarat. Tetapi, kalau kita ambil besi tu, kita ketuk, kita bakar, kita canai - ia akan jadi pedang yang tajam dan berguna. Kena pula teknik polishing yang betul, berkilat besi tu.

3) Semasa kena ketuk - sakit. Kena bakar - panas. Kena canai - pening. Itu semua umpama tarbiyah kepada besi, untuk besi itu menjadi pedang yang tajam dan berkilat. Berguna untuk berperang, berguna untuk sembelih unta, berguna untuk potong kayu. 

4) Kalau besi itu menolak untuk diketuk, dibakar dan dicanai - dengan alasan itu kerja hantu yang akan merosakkan kualiti besi, maka besi itu akan lama-kelamaan berkarat dek tindakbalas pengoksidaan. Besi akan berkarat. 

5) Samalah kita dalam berjuang, terutama dalam era media sosial. Kita tak boleh duduk main dalam lingkungan pemikiran kita sahaja, jika perjuangan kita adalah untuk berdakwah kepada masyarakat umum, dan juga nak memerintah negara. 

6) Masyarakat umum dan rakyat keseluruhannya mempunyai pelbagai fikrah dan ideologi yang berbeza. Kita takkan boleh jadi pendakwah yang baik atau pemimpin negara yang baik jika kita dengan kaedah memaksa orang menuruti fikrah kita.

7) Memandangkan followers saya ramai jenis berfikrah PAS, saya cuba lontarkan idea (baca: provok) yang mengetuk dan membakar idea-idea besi para penyokong PAS. Dah nak ketuk, ketuk betul-betul. Kena pula isu yang boleh boost ketukan. Bahkan penyokong-penyokong PH dan BN juga pakat masuk join membelasah PAS dalam komen-komen, ia adalah kesengajaan yang saya bawa untuk follower PAS baca idea dan fikrah orang lain.

8 ) Saya faham, abam-abam yang selalu follow usrah - hanya dapat feed daripada naqib-naqib PAS yang membawa fikrah satu hala, membentuk satu doktrin bahkan menjadi kultus pun ada. Bukan semua, tetapi secara umumnya begitu. Tanpa mengetahui idea dan fikrah mad'u, tentu sekali method dakwah yang betul tidak dapat dilaksanakan untuk mendepani mad'u yang pelbagai.

9) Apatah lagi rakyat Malaysia yang bermacam-macam cara berfikir. Kalau 10 orang ahli usrah pun sudah berbeza cara fikir, ini 30 juta rakyat yang PAS impikan untuk mengurus tadbir semuanya. Jika PAS memerintah dengan idea besi karat, PAS akan mudah patah dengan serangan-serangan yang mahu menjatuhkannya, kerana PAS tak pernah ajar ahli dan pimpinan untuk adapt dan mengolah startegi mengadap kepelbagaian fikrah.

10) Dalam usrah PAS, hanya membawa fikrah Islamis berfahaman Ikhwan secara umumnya. Sedangkan aim besarnya nak tadbir 30 juta rakyat yang ada pelbagai fikrah Islamis, pelbagai spektrum ideologi politik, pelbagai keperchayaan etc. Secara teknikalnya, ahli-ahli usrah tak nampak. Hanya terbayang dengan melaksana Islam serta menurut al-Quran dan sunnah, umat negara kita akan aman damai seperti zaman Khalifah. Tapi tak nampak bagaimana secara teknikalnya ia akan dilaksana.

11) Bahkan orang-orang diluar sana, dah berlambak orang bongkar dark side dalam pemerintahan khalifah, sejak Empayar Umayyah, Abbasiyah hingga Turki Ottoman. Banyak buruk daripada yang baik yang fakta sejarah catat. Kita hanya baca dalam usrah tentang satu dua zaman khalifah yang baik dan bertaqwa. Bagaimana kita nak hadap mad'u yang ada idea yang bertentangan dengan kita? Kita kata zaman khalifah terbaik, depa kata zaman khalifah teruk.

12) Banyak lagi isu yang sangat kontra dengan idea tarbiyah PAS, yang menyukarkan PAS untuk hadap jika sekarang pun masih rigid tidak mahu buka minda, atau masih mahu idea besi itu dibiar berkarat. Idea fikrah perjuangan Islam yang diambil daripada Ikhawan adalah berjuang untuk menggantikan sistem khalifah yang hilang. Tak salah, tapi ia hanya sesuai dalam masa 10-20 tahun selepas tumbangnya Khalifah Ottoman.

13) Sedangkan Freemason dan Illuminati pun sudah jauh berevolusi depa punya startegi untuk menguasai dunia, kita masih duk mengharapkan method lama zaman Tunku Abdul Rahman untuk mengibar bendera pemerintahan Islam. Method usrah yang pengisiannya tak pernah berubah, nak hadap dunia realiti umat serta warga media sosial yang penuh dengan influencer, netizen, dan sebagainya?

14) Corak pemerintahan zaman Khalifah Abu Bakr selama dua tahun, berubah secara major semasa pemerintahan Umar al-Khattab. Kemudian berubah lagi pada zaman Usman. Berubah dalam masa dua tahun, dua tahun. Kerana apa? Kerana mereka cepat adapt dengan wilayah Islam yang semakin luas - semakin ramai umat Islam dari pelbagai kaum, negara, budaya dan cara fikir. 

15) Sedangkan cara tarbiyah kita masih sama walau sudah 50-60 tahun merdeka. Malah apabila ditegur, melenting pula. Apabila di bawa idea yang tak pernah dibaca dan didengar, terus di chop dengan pelbagai label. Bahkan berbisik semasa ahli WhatsApp group, jangan follow orang itu dan orang ini - kerana tidak mahu proses pengaratan besi terganggu.

16) Dalam isu yang kita hadap hari ini, ia bukanlah isu yang besar secara umumnya. Tak perlu pun saya nak join membahan PAS sampai suruh Dato Takiyuddin letak jawatan. Cukuplah geng PH sahaja buat kerja tu. Tapi saya heret masuk dalam page ini dengan tujuan lain. Kamikaze - untuk hentikan proses pengaratan. Biar follower PAS buka mata lihat komen-komen orang luar duk kondem PAS. 

17) Ya, kalau baca komen saja sudah melenting, tentu saja sebelum ini tak pernah jumpa komen orang hentam PAS. Ataupun pernah jumpa, tapi tak pernah muhasabah. Ini bukan cherita pasal makian orang. Makian takyah ambil pot kerana pemaki memang low-class. Kelabu asap. Kita ambil komen rasional, tapi discredit kepada PAS. Kalau kita panas, bermakna kita tak biasa hadap. Sebab kita rigid duduk bermain dalam kepompong kita sendiri sahaja, bawa cherita yang mengasyikkan sahaja.

18 ) Maafkan saya, tulis panjang-panjang begini pun mungkin hanya 10-20% sahaja pembaca yang boleh faham, kerana ramai yang akan membaca dengan emosi, bukan dengan fikiran untuk fahami perkara yang nak disampaikan.

19) Habis kenapa suruh Dato Takiyuddin letak jawatan? Simple, letak jawatan bukan bererti kalah. Saya tak kisah pun dia nak letak atau tak letak jawatan. Itu atas kebijaksanaan beliau, kerajaan dan parti beliau lah. Apa perlu saya nak ambil pusing. Saya sengaja suruh letak jawatan atas sebab yang telah saya sebut.

20) Habis, apa nak jadi dengan isu PN penipu, derhaka raja, kerajaan gagal semua-semua tu? Aduh. Kita bukan boleh buat apa pun. Kerja kita tengok saja laa drama tu. Yang boleh buat keputusan atau perubahan, hanya MP-MP, Speaker dan YDPA sahaja. Tunggu tengok saja laa. Nak susahkan diri fikir buat apa. Trust them.

21) Kita ada masalah lain yang lebih banyak nak diselesaikan. Jika kes Covid19 ni masih mencanak, ia sudah luar kawalan kita sebagai rakyat. Tetapi kita masih ada ruang untuk membantu rakyat yang kesusahan dari sudut ekonomi. Bantu lah secara individu, atau from satu kumpulan, atau sertai NGO yang bekerja menghulur bantuan kepada orang yang memerlukan. Permainan politik, biarlah orang politik yang main. Kalau kome pun turut main politik, siapa nak buat kerja kebajikan?

22) Saya lihat, kumpulan-kumpulan yang aktif dalam kebajikan, perbincangan mereka lebih tenang dan positif berbanding kumpulan yang duk sembang pasal politik. Nadanya siapa lagi belum dapat, kawasan mana lagi yang tak sampai, apa lagi yang tak cukup. Kita akan bantu. 

23) So, artikel ini secara umumnya untuk follower PAS lah yang baca. Follower lain kalau baca pun, tak payah nak panas. Fokus laaa suruh PM letak jawatan. Mana tau kali ni ada sinar di hujung terowong.

Sekian

p/s: Ketua Cybertrooper PAS? Hantu Jepun? Munafik? Hangpa punya pasal. Tak ada kena mengena dengan saya. :)

No comments: