Friday, January 28, 2022

Usia kian meningkat.. Renungan buat diriku sendiri.

Astagfirullah hal'azim..baru saya fhm😔

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. 

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

 You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. 
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. 
Masa inilah diuji dengan mslah kwangan
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. 

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan. 
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
               
- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan. 

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal. 

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian! 

Baik kan Allah

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you. Betul x bmf 😊

-Unknown writer-

Thursday, January 20, 2022

Nowseeheart 9 tahun lalu..

Bismillah. Mencari  untuk ditinggalkan, meninggalkan bekalan yang patut di bawa. Teringat kepada nasihat seorang sifu saya beberapa tahun yang lalu.

Sebahagian manusia mengejar dan mencari harta-harta, status dan pujian yang sudah pasti akan ditinggal  di dunia ini apabila tiba masa mereka meninggalkan dunia. Walaupun mereka mati sewaktu dalam process mencari harta untuk ditinggalkan.

Pada masa yang sama, mereka meninggalkan bekalan yang patut di bawa bersama di liang lahad.

Pesan beliau lagi "Banyak manusia mencari benda-benda yang akan ditinggalkan kelak, sedangkan bekalan yang patut dibawa ditinggalkan." Bekalan di sini bermaksud amal ibadah terutama yang Fardhu.

Apabila kita sentiasa merasakan cukup, itu antara bekalan yang kita bawa bersama ke liang lahad, iaitu bersyukur.

Ini kerana susah untuk kita merasakan cukup apbila kita membeli rumah dengan mengambil bebanan maksimum, pinjaman peribadi, skim ansuran mudah, kad hutang dan tempoh pinjaman kereta yang maksimum. Semua itu akan ditinggalkan. 

Secara puratanya rumah yang kita tinggalkan nanti walaupun semahal mana nilainya  ketika itu, anak-anak yang makan gaji terpaksa menjualkannya ini kerana tiada anak-anak yang sanggup membelinya dengan harga pasaran bagi membahagikan duit dari hasil jualan itu dengan anak-anak kita yang lain. 

Kejadian anak-anak menjual rumah peninggalan ibu bapanya dapat dilihat berlaku secara berleluasa hari ini.

Pinggan mangkuk yang berjenama pada hari ini, sudah menjadi model lama (fesyen lama) apabila kita sudah mati. Secara puratanya anak-anak tidak sanggup bagi menggunakan lagi pinggan tersebut. Mereka akan meneruskan adat mencari untuk ditinggalkan, sekiranya kita tidak menjadi contoh yang lebih baik untuk mereka ikuti. 

Kita di sini adalah bermaksud sebahagian daripada kita.

Lain sekolah kehidupan, lain pula ajarannya. Hormati perbezaan seperti mana perbezaan antara Mazhab.

Malaysia | Shamsuddin Kadir