Bismillah. Mencari untuk ditinggalkan, meninggalkan bekalan yang patut di bawa. Teringat kepada nasihat seorang sifu saya beberapa tahun yang lalu.
Sebahagian manusia mengejar dan mencari harta-harta, status dan pujian yang sudah pasti akan ditinggal di dunia ini apabila tiba masa mereka meninggalkan dunia. Walaupun mereka mati sewaktu dalam process mencari harta untuk ditinggalkan.
Pada masa yang sama, mereka meninggalkan bekalan yang patut di bawa bersama di liang lahad.
Pesan beliau lagi "Banyak manusia mencari benda-benda yang akan ditinggalkan kelak, sedangkan bekalan yang patut dibawa ditinggalkan." Bekalan di sini bermaksud amal ibadah terutama yang Fardhu.
Apabila kita sentiasa merasakan cukup, itu antara bekalan yang kita bawa bersama ke liang lahad, iaitu bersyukur.
Ini kerana susah untuk kita merasakan cukup apbila kita membeli rumah dengan mengambil bebanan maksimum, pinjaman peribadi, skim ansuran mudah, kad hutang dan tempoh pinjaman kereta yang maksimum. Semua itu akan ditinggalkan.
Secara puratanya rumah yang kita tinggalkan nanti walaupun semahal mana nilainya ketika itu, anak-anak yang makan gaji terpaksa menjualkannya ini kerana tiada anak-anak yang sanggup membelinya dengan harga pasaran bagi membahagikan duit dari hasil jualan itu dengan anak-anak kita yang lain.
Kejadian anak-anak menjual rumah peninggalan ibu bapanya dapat dilihat berlaku secara berleluasa hari ini.
Pinggan mangkuk yang berjenama pada hari ini, sudah menjadi model lama (fesyen lama) apabila kita sudah mati. Secara puratanya anak-anak tidak sanggup bagi menggunakan lagi pinggan tersebut. Mereka akan meneruskan adat mencari untuk ditinggalkan, sekiranya kita tidak menjadi contoh yang lebih baik untuk mereka ikuti.
Kita di sini adalah bermaksud sebahagian daripada kita.
Lain sekolah kehidupan, lain pula ajarannya. Hormati perbezaan seperti mana perbezaan antara Mazhab.
Malaysia | Shamsuddin Kadir
No comments:
Post a Comment