Friday, November 14, 2025

Setiap ujian ada hikmah tersembunyi yang dirahsiakan nanti..

Assalamu'alaikum wbt shbt budiman yang masih mengikuti blogspot acik Fosilmitra ini.. Jika tiada yang ikuti lega juga rasanya 🤭

Acik terbaca banyak artikel menarik tak kurang juga YouTube dari Mat Despatch yang biasa acik ikuti selalu.. Kali ini kisah mengenai kehilangan CIKGU E..

Sebenarnya sepanjang acik terlibat dengan media sosial ini dari Facebook , YouTube , Tik Tok hinggalah apa jua platform X dan sebagainya acik kira nama Cikgu E ni seakan tak pernah muncul dalam wall atau #FYP acik tetapi itulah bila rata rata orang bercerita tentang beliau barulah acik memahami ..

Sesungguhnya kita bukanlah siapa siapa kecuali Allah SWT nak angkat darjat kita dengan sendirinya.. Memang betul kata kata Boss Kay yang kita di dunia media sosial ini sebenarnya bukan siapa siapa dan orang takkan mengenali pun kita kecuali dengan ilmu yang kita berikan dan dengan semua kandungan CONTENT yang memberikan manfaat kebaikan kepada semua netizen...

Disebabkan itulah jangan kita sekalipun menyangka yang kita boleh menutup aib kita jikalau Allah mengizinkan aib kita terbuka dan janganlah kita takut kerana sesungguhnya Allah dan kerajaan langitnya sebenarnya adalah kerajaan yang Maha Hebat dan Maha Mengatur segala sesuatu untuk kita..

Acik fikir sampai disini dulu nukilan acik ni .. Semoga ada sedikit kebaikan dan manfaat untuk anda semua.

Wallahu'alam Bisshawab 

Wednesday, November 12, 2025

Tenanglah kamu disana CIKGU E ..

Seorang sahabat Ustaz pesakit kanser meninggal dunia semalam lepas 3 hari Ustaz ziarah dia. 

Kalau lihat  FB banyak newsfeed mengenai kisah dia.

Sebak betul Ustaz.

Perjuangannya menghadapi kanser penuh dengan kekuatan.
Wajahnya sentiasa tersenyum.

Namanya Nassry Mardee  IV atau ramai panggil dia Cikgu E.
Seorang pendidik, ayah kepada lima orang anak.
Tiga kanser menyerang tubuhnya kanser buah pinggang, kelenjar dan paru-paru stage 4.

Allahuakbar.

Orang lain mungkin dah menyerah.
Tapi dia tak.

“Saya hanya mahu terus bernafas…”

Itu katanya. Tenang saja.
Macam tak ada apa yang menimpa.

Walaupun sakit, dia masih sibuk buat baik.
Masih fikir orang lain.

Beliau bantu Madrasah Ashabus Suffah di Bandar Meru Raya Ipoh.

Pelajar asnaf datang belajar percuma dan boleh ambil barang dapur tanpa perlu bayar. Rak keperluan itu diisi hasil sumbangan yang dia salurkan sendiri.

Waktu PKP dulu, beliau buka kedai kecil untuk bantu masyarakat.
Orang susah datang ambil barang dapur tanpa perlu bayar apa-apa.

Dia juga bantu pelajar madrasah dengan ilmu dan peralatan,
guna kemahiran media dan fotografi yang dia ada,
supaya anak-anak itu boleh berdikari dan terus belajar.

Bila keadaan kesihatannya makin lemah, dia masih turun bantu program sedekah dan komuniti. Sakit bukan alasan untuk berhenti berbuat baik.

11 November, semalam dia meninggal dunia lepas setahun berjuang. 

Orang datang dari jauh nak hadir pengebumian dia.
Ada yang hanya kenal di Facebook, ada yang tak pernah jumpa tapi pernah rasa bantuan dan kebaikannya.

Jemaah yang hadir seperti Solat Jumaat.
Bersesak-sesak nak beri khidmat terakhir kepada insan hebat ini.

Media Astro Awani, Berita Harian, The Sun, Harian Metro, Siakap Keli, infleuncer, pemimpin politik, rakyat biasa pun share perihal kematiannya.

Hati Ustaz terdetik beginilah Allah muliakan orang yang pemurah.

Dia hidup memberi maka Allah jadikan kematiannya juga memberi.
Memberi ibrah kepada kita semua.

Ustaz termenung lama.
Tak semua orang yang banyak duit boleh buat macam dia.
Tapi semua orang boleh jadi baik macam dia kalau hati kita masih lembut.

Ya Allah,
rahmatilah roh hamba-Mu ini.
Tempatkan dia bersama orang-orang yang Engkau cintai.
Lembutkan hati kami untuk mencontohi akhlaknya.
Jadikan setiap langkah hidup kami,
jalan menuju reda-Mu.

Amin.

Kadang-kadang orang yang paling banyak memberi ialah orang yang paling banyak diuji.

Ustaz tinggalkan petikan pesanan Cikgu E semasa di hospital untuk kita semua ambil jadikan panduan,

“Sahabat, kalau hari ini kamu masih boleh bernafas tanpa bantuan, 
masih boleh berdiri solat dengan tenang,
masih boleh berjalan ke bilik air tanpa rasa sesak,
masih boleh bekerja, berlari dan ketawa, itu bukan perkara biasa. 

Itu nikmat luar biasa!

Jangan tunggu Allah ambil nikmat baru nak sedar ia berharga.
Kerana hari ini, saya sedang belajar erti syukur yang sebenar, bahawa dapat bernafas pun sudah satu bentuk kemewahan yang sangat besar.
Semoga kisah kecil saya ini menyedarkan kita semua, bahawa hidup bukan tentang apa yang hilang, tapi tentang apa yang masih Allah tinggalkan untuk kita syukuri. Alhamdulillah."

MasyaAllah tabarakallah itu itu pesanan dia.

Cikgu E dah buktikan.

Dia pergi tapi amalnya masih "terus bernafas"!

#UstazHanafiMalek

Sunday, April 27, 2025

BERI AKU KEKUATAN

Hanya padamu aku memohon pertolongan Yaa Allah 😭 

Monday, April 21, 2025

Recharge 1/300 : Kuasai ilmu kewangan

Assalamu'alaikum wbt shbt sekelian, rasanya dah tiba masanya bagi acik untuk membuat suatu artikel mengenai hutang hutang yang acik hadapi dikala ini untuk sama-sama kita mengambil pengajaran penting terhadap hutang tersebut dan bagaimana acik perlu menyelesaikan semua hutang tersebut sebelum di isytiharkan muflis oleh pihak bank sekiranya gagal. 

Apapun mohon doa buat semua agar acik tidak dikenakan sebarang tindakan lagi dan akan acik cuba lakukan sebaik mungkin yang termampu acik buatkan untuk mengatasi masalah kewangan ini sehingga terhindar dari sebarang tindakan oleh pihak bank. 

Nukilan acik ini mungkin lambat akan acik post kan tetapi acik cuba untuk berikan segala urusan yang sedang acik hadapi untuk kita sama-sama belajar dari kesilapan acik yang dulunya seorang yang sangat sangat boros berbelanja. Hutang hutang lama ini adalah suatu hutang yang perlu acik segerakan untuk selesaikan..

Inilah perjalanannya acik .. Insya Allah 

Monday, January 13, 2025

Manchester United kalahkan Arsenal Piala FA

Lama acik tak mengupas parut pasal EPL ni .. Bukanlah dah malas nak mengupas sebabkan Manchester United asyik terkalah je keja dia .. Tapi sebab memang acik sibuk juga di kala ini .

Setiap manusia memang diberikan ujian dalam kehidupan yang pelbagai .. Ada yang tewas dalam ujian sehinggakan sanggup mengorbankan diri sendiri dan ada juga yang bercerai berai ..

Apapun jua ujian dalam hidup ini .. Sebenarnya dah banyak ujian yg kita tempuhi dan alhamdulillah sebenarnya banyak ujian Allah yang dapat kita atasi. Mungkin waktu ini kita tak nampak pun yang kita dah lalui pelbagai ujian kerana kita masih lagi dihimpit dengan ujian namun sebenarnya sedikit demi sedikit jika kita ingat kembali segala ujian yang Allah bagi kat kita tempuh hari semuanya telah kita tempuhi tanpa sukar sgt ..

Itulah sebabnya penting kita tanamkan dalam hati yang disebalik kesukaran pasti ada kemudahan yang Allah bagi pada kita.. Kita mungkin tak menyangka yang ujian itu hanyalah dibawah kemampuan diri kita sahaja dan bukannya lebih dari itu.

Insya Allah sebenarnya acik akan berdepan dengan banyak kes di mahkamah cuma buat masa ini biarlah rahsia ..

Sekian , terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca tulisan ini .. 

Wallahu'alam Bisshawab