Seorang sahabat Ustaz pesakit kanser meninggal dunia semalam lepas 3 hari Ustaz ziarah dia.
Kalau lihat FB banyak newsfeed mengenai kisah dia.
Sebak betul Ustaz.
Perjuangannya menghadapi kanser penuh dengan kekuatan.
Wajahnya sentiasa tersenyum.
Namanya Nassry Mardee IV atau ramai panggil dia Cikgu E.
Seorang pendidik, ayah kepada lima orang anak.
Tiga kanser menyerang tubuhnya kanser buah pinggang, kelenjar dan paru-paru stage 4.
Allahuakbar.
Orang lain mungkin dah menyerah.
Tapi dia tak.
“Saya hanya mahu terus bernafas…”
Itu katanya. Tenang saja.
Macam tak ada apa yang menimpa.
Walaupun sakit, dia masih sibuk buat baik.
Masih fikir orang lain.
Beliau bantu Madrasah Ashabus Suffah di Bandar Meru Raya Ipoh.
Pelajar asnaf datang belajar percuma dan boleh ambil barang dapur tanpa perlu bayar. Rak keperluan itu diisi hasil sumbangan yang dia salurkan sendiri.
Waktu PKP dulu, beliau buka kedai kecil untuk bantu masyarakat.
Orang susah datang ambil barang dapur tanpa perlu bayar apa-apa.
Dia juga bantu pelajar madrasah dengan ilmu dan peralatan,
guna kemahiran media dan fotografi yang dia ada,
supaya anak-anak itu boleh berdikari dan terus belajar.
Bila keadaan kesihatannya makin lemah, dia masih turun bantu program sedekah dan komuniti. Sakit bukan alasan untuk berhenti berbuat baik.
11 November, semalam dia meninggal dunia lepas setahun berjuang.
Orang datang dari jauh nak hadir pengebumian dia.
Ada yang hanya kenal di Facebook, ada yang tak pernah jumpa tapi pernah rasa bantuan dan kebaikannya.
Jemaah yang hadir seperti Solat Jumaat.
Bersesak-sesak nak beri khidmat terakhir kepada insan hebat ini.
Media Astro Awani, Berita Harian, The Sun, Harian Metro, Siakap Keli, infleuncer, pemimpin politik, rakyat biasa pun share perihal kematiannya.
Hati Ustaz terdetik beginilah Allah muliakan orang yang pemurah.
Dia hidup memberi maka Allah jadikan kematiannya juga memberi.
Memberi ibrah kepada kita semua.
Ustaz termenung lama.
Tak semua orang yang banyak duit boleh buat macam dia.
Tapi semua orang boleh jadi baik macam dia kalau hati kita masih lembut.
Ya Allah,
rahmatilah roh hamba-Mu ini.
Tempatkan dia bersama orang-orang yang Engkau cintai.
Lembutkan hati kami untuk mencontohi akhlaknya.
Jadikan setiap langkah hidup kami,
jalan menuju reda-Mu.
Amin.
Kadang-kadang orang yang paling banyak memberi ialah orang yang paling banyak diuji.
Ustaz tinggalkan petikan pesanan Cikgu E semasa di hospital untuk kita semua ambil jadikan panduan,
“Sahabat, kalau hari ini kamu masih boleh bernafas tanpa bantuan,
masih boleh berdiri solat dengan tenang,
masih boleh berjalan ke bilik air tanpa rasa sesak,
masih boleh bekerja, berlari dan ketawa, itu bukan perkara biasa.
Itu nikmat luar biasa!
Jangan tunggu Allah ambil nikmat baru nak sedar ia berharga.
Kerana hari ini, saya sedang belajar erti syukur yang sebenar, bahawa dapat bernafas pun sudah satu bentuk kemewahan yang sangat besar.
Semoga kisah kecil saya ini menyedarkan kita semua, bahawa hidup bukan tentang apa yang hilang, tapi tentang apa yang masih Allah tinggalkan untuk kita syukuri. Alhamdulillah."
MasyaAllah tabarakallah itu itu pesanan dia.
Cikgu E dah buktikan.
Dia pergi tapi amalnya masih "terus bernafas"!
#UstazHanafiMalek
No comments:
Post a Comment