Friday, August 14, 2015

Suatu artikel menarik dari seorang ahli forum Bincang.net (Al-Imran)

Setiap Nabi dihantarkan ke dunia ini dengan 1 mesej: submit oneself to the Will of God (His decree and His Commands) atau dalam Bahasa Arab: Islam.


ءامَنَ الرَّسُولُ بِمَا اُنزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ ءامَنَ بِاللَّهِ وَمَلَْئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ احَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَاطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيرُ

The messenger believeth in that which hath been revealed unto him from his Lord and (so do) believers. Each one believeth in Allah and His angels and His scriptures and His messengers - We make no distinction between any of His messengers - and they say: We hear, and we obey. (Grant us) Thy forgiveness, our Lord. Unto Thee is the journeying. [2:285]


وَقَالُوا كُونُوا هُودًا اوْ نَصَرَى تَهْتَدُوا قُلْ بَلْ مِلَّةَ اِبْرَهِمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنْ الْمُشْرِكِينَ

Say ye: "We believe in Allah, and the revelation given to us, and to Abraham, Isma'il, Isaac, Jacob, and the Tribes, and that given to Moses and Jesus, and that given to (all) prophets from their Lord: We make no difference between one and another of them: And we bow to Allah (in Islam)." [2:136]

Kita dapati yang Allah (swt) have made no distiction between any of His messengers

Allah (swt) juga nyatakan tentang orang2 yang menolak mesej yang dihantarkan oleh Nabi2:

وَتِلكَ عَادٌ جَحَدُوا بِءايَتِ ربِّهِمْ وَعَصَوْا رسُلهُ وَاتَّبَعُوا امْر كُل جَبَّار عَنِيدٍ

Such were the 'Ad People: they rejected the Signs of their Lord and Cherisher; disobeyed His messengers; And followed the command of every powerful, obstinate transgressor. [11:59]

dan:

كَذَّبَتْ قَوْمُ نُوحٍ الْمُرْسَلِينَ

The people of Noah rejected the messengers. [26:105]

dan:

كَذَّبَتْ ثَمُودُ الْمُرْسَلِينَ

The Thamud (people) rejected the messengers. [26:141]


وَقَوْمَ نُوحٍ لَمَّا كَذَّبُوا الرُّسُلَ أَغْرَقْنَهُمْ وَجَعَلْنَهُمْ لِلنَّاسِ ءايَةً وَأَعْتَدْنَا لِلظَّلِمِينَ عَذَابًا أَلِيمًا

And to the people of Noah, when they rejected the messengers, we drowned them, and we made them as a sign for mankind [25:37]

Kenapa agaknya Allah (swt) refer "messengers" dalam plural form?
Sedangkan kita tau hanya 1 Nabi yang di hantarkan pada kaum Aad, Thamud, dan Noh?
Ini menunjukkan bahawa menolak mesej 1 Nabi adalah sama dengan menolak mesej kesemua Nabi2, sebab Nabi2 semua dihantarkan dengan mesej yang sama.

Kita di didik dari kecil dengan cerita2 para Nabi dari Quran. Setiap orang Islam tau serba sedikit tentang cerita2 Nabi2 dan Rasul2.

Insya' Allah serba sedikit saya akan cuba ceritakan balik supaya kita dapat menjadikan panduan.
Dalam Sahih Muslim buku 34, hadith nombor 6448, Abu Sa'id Al-Khudri meriwayatkan:
Allah's Messenger (may peace be
upon him) as saying: You would tread the same path as was trodden by those before you inch by inch and step by step so much so that if they had entered into the hole of the lizard, you would follow them in this also. We said: Allah's Messenger, do you mean Jews and Christians (by your words)" those before you"? He said: Who else (than those two religious groups)?


Cuba banding kan kaum Yahudi dan Nasara yang dalam kitab mereka sekarang jelas cuba memburukkan Nabi2 dan Rasul. Inna lillah, sanggup mereka menuduh, Nabi2 dan Rasul2 yang dipilih oleh Allah.

Contohnya:
Abraham (Ibrahim) used his wife Sarah as a bargaining chip as he negotiated for food with the Egyptians (Genesis 12 10-12). Astghfirallah

Also mention the same happened with Isaac (Ishaq) (Genesis 26 1-). Astghfirallah

David (Daud) had adulterous relationship with Bathsheba, wife of his general and have the general killed to cover-up (2 Samuel 11:1-). Astghfirallah

Jacob (Yaakob) stole livestocks from his father-in-law (Genesis 31:1-). Astghfirallah

Solomon (Sulaiman) becomes an idolator before he died (1 Kings 11:1-). Astghfirallah

Lot (Lut) had incestous relationship with his 2 daughters (Genesis 19 30-38). Astghfirallah

Insya' Allah, jika diizinkah Allah kita bersambung di lain kali.

Wallah hu 'alam,

Nota: Kalau ayat Quran tak keluar pada browser anda, sila pasang fon yang sesuai atau, jika tak dapat, rujukkan pada Quran.

mencelah sikit... percaya kepada rasul itu adalah rukun iman dan daripada semua rasul-2 Allah itu ada 25 yang disebut didalam al-quran yang perlu kita ingati yang sebahagiannya tidak disebutkan didalm kitab-2 yg terdahulu, dan diantara 25 itu ada 5 yg digelar ulul azmi kerana kekuatan hati mereka, dan terdapat banyak lagi nabi-2 yang yg tidak disebutkan didalam al-quran. setiap nabi diutusakan khas utk kaumnya sahaja tetapi muhamad saw diutuskan sebagai rahmat semesta alam [al-anbiaa' :107] yakni tidak khusus utk orang arab sahaja tetapi utk setiap manusia sejagat, makhluk dibumi dan dilangit, hatta kalau alien sekalipun merangkumi. wallahualam.

Tafsir Ibn `Abbas mengenai Surat al-`Araf, Allah telah menghantar 124,000 Nabi, dan diantara Nabi2 tersebut, 313 Rasul. Apakah bezanya Nabi dan Rasul? Jawapan pendek: Rasul adalah Nabi yang di beri Syari'at (Divine Law) dan kitab. Nabi pula hanya mengikut Syari'at Rasul yang sebelumnya.

Terima kasih sunyi kerana memberi penerangan tentang 5 ulu-al-Azm minal Rusul (messengers with power or resolve). 1) Nuh (AlayhI Salaam), juga dikenali sebagai najiyullah, the confidant of Allah, dan bapa kepada manusia selepas banjir besar. 2) Ibrahim (AlayhI Salaam), khalilullah, kawan karib Allah (Qur'an An-Nisaa 4:125).
3) Musa (AlayhI Salaam), kaleemullah, berkata2 dengan Allah (Qur'an An-Nisaa 4:164). 4) Isa (AlayhI Salaam), ruhullah, ruh yang dicipta Allah. 5) Muhammad (saw) habibullah, kekasih Allah.

Just nak clarify point yang saya nyatakan diatas yang Allah tidak discriminate between Nabi2 dan Rasul2 dari segi mesej yang di hantar, tapi Nabi2 dan Rasul2 ada perbezaan antara darjah nya:
تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ مِنْهُمْ مَنْ كَلَّمَ اللَّهُ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَتٍ وَءاتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَتِ وَايَّدْنَهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا اقْتَتَلَ الَّذِينَ مِنْ بَعْدِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمْ الْبَيِّنَتُ وَلَكِنْ اخْتَلَفُوا فَمِنْهُمْ مَنْ ءامَنَ وَمِنْهُمْ مَنْ كَفَرَ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا اقْتَتَلُوا وَلَكِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ

Those messengers!
We preferred some to others; to some of them Allah spoke (directly); others He raised to degrees (of honor). (2:253)

Sebab2 kenapa kita perlu dengar cerita2 anbia' (plural of Nabi):
1) Allah (swt) menyuruh Rasulullah (saw) menceritakan kisah2, dan mendengarnya menjadi ibadat.
2) supaya kita dapat yatafakkarun (takafur, contemplate, deep reflection):
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَا الَّذِي ءاتَيْنَهُ ءايَتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَاتْبَعَهُ الشَّيْطَنُ فَكَانَ مِنْ الْغَاوِينَ

وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ اخْلَدَ الَى الْارْضِ وَاتَّبَعَ هَوَهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ انْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ اوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِءايَتِنَا فَاقْصُصْ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

And recite (O Muhammad SAW) to them the story of him to whom We gave Our Ayât (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.), but he threw them away, so Shaitân (Satan) followed him up, and he became of those who went astray.
And had We willed, We would surely have elevated him therewith but he clung to the earth and followed his own vain desire. So his description is the description of a dog: if you drive him away, he lolls his tongue out, or if you leave him alone, he (still) lolls his tongue out. Such is the description of the people who reject Our Ayât (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.). So relate the stories, perhaps they may reflect. (7:175-176).

Insya Allah bila kita membaca Quran setiap hari, cuba fikirkan dalam2 cerita2 anbia'. Cerita2 dalam Quran tiada tandingan berbanding dengan kitab2 orang nasrani dan yahud sekarang. Apabila Jaafar bin Abi Talib membaca surat Mariam kepada Raja Najashi, bercucuran airmata baginda dan padri2 mendengarnya sehinggakan janggut mereka basah. Subhanallah, begitulah efek Quran apabila ia menusuk di dalam hati kita.

3) Anbia' telah mendapat petunjuk dari Allah:
أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمْ اقْتَدِهِ قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرَى لِلْعَالَمِينَ
They are those whom Allâh
had guided. So follow their guidance. Say: "No reward I ask of you for this (the Qur'ân). It is only a reminder for the 'Alamîn (mankind and jinns)." (6:90)

Setiap manusia perlukan "role model". Sedih nya sekarang ni kita nampak ramai yang menjadikan filem star, pemain bola, penyanyi dan kekadang katun character sebagai role model. Insya allah dengan mendengar cerita2 Nabi2 ni kita dapat menjadikan mereka sebagai role model kita.

4) To know them is to love them. Kita selalu kata kita kasihkan Nabi2, tanpa mengenali mereka, tau kah kita nilai sebenar kasih kita?

Bersambung lagi... InsyaAllah.

Saya nak pesankan diri saya dan pembaca sekalian, dalam mencari ilmu, kita mistilah berhati2 dengan sumbernya. Di zaman internet ni, senang sangat kita terpesung bila terbaca artikel2 yang berlambak2 di web, chatroom, buletin board dsb. Sebaiknya kita sentiasa berdasarkan dengan Quran dan Hadith dan jika tak berapa clear, sila rujuk kepada mu'alim yang lebih faham. Ramai musuh2 Islam suka memecah-belahkan ummat Islam dan mempermainkan Islam. Selalu nya tektik yang mereka gunakan adalah memdustakan mesej Nabi2 dan menyerang peribadi Nabi2. Bila mereka dapat discredit Nabi2, mereka fikir mereka akan berjaya memperkecilkan mesej tersebut. Begitu juga berlaku dengan perawi2 hadith, betapa banyak serangan diarahkan terhadap Abu Hurairah (rad), dan Abu Hurairah lah yang paling banyak meriwayatkan hadith2 sahih.

Balik kita pada kisah Anbia'. Dalam Sahih Bukhari Jilid 3, kitab 36, No 463:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
Rasulullah berkata, "Tidak ada Nabi yang dihantar Allah tidak pernah mengembala kambing (bebiri)." Sahabah bertanya, "Kamu juga begitu ya Rasulullah?" Rasulullah (saw) menjawab, "Ya, saya pernah mengembala kambing2 penduduk Mekah selama beberapa qirat."

Ibn Hajar Asqalani dalam komen nya tentang hadith ni dalam buku komentar Bukhari nya yang terkenal Fath Albari (beh kuang terjemahan):
Quote:
"Sebab2 kenapa Nabi2 adalah gembala kambing sebelum menjadi Nabi adalah supaya mereka menjadi pakar dalam mengembala dan mereka akan bertanggungjawab atas umat2nya yang akan datang. Dalam mengembala, seseorang akan beroleh kesabaran, pengasih. Jika pengembala cuba menyatukan sekawan bebiri sekali gus, dia melindunginya dari musuh dari dalam dan luar dengan ini memperolehi skil yang diperlukan untuk mengetuai ummah. Dia juga belajar fitrah manusia, tunjukkan kelembutan kepada yang lemah dan mengatasi yang kasar. Sebab2 Allah (swt) memilih kambing, sebab kambing adalah lemah dan mereka perlukan lebih pertunjuk dan attention dari binatang lain macam lembu atau unta. Kambing lebih susah nak disatukan dan ia senang terpesung dan terkeluar dari kumpulan. Naluri manusia juga sama dalam kumpulan dan Allah mahu didik Anbia sebaiknya."


Sebab2 kenapa setiap Nabi adalah suatu ketika gembala kambing:
1) Tanggung jawab
Diriwayatkan oleh Ibn Umar (Bukhari 20:4496), Rasulullah (saw) berkata: Awas, setiap orang adalah gembala dan setiap orang akan disoal mengenai kambing mereka. Kalifah akan disoal tentang rakyat nya bagaimana dia menguruskan urusan mereka. Lelaki adalah penjaga keluarga dan akan di soal mengenai ahli keluarganya. Perempuan adalah penjaga urusan rumahtangga, suami dan anak2 dan akan di soal mengenai mereka.
Seorang hamba adalah penjaga hartabenda tuannya dan akan disoal mengenainya. Awas, setiap kamu adalah penjaga dan kamu akan disoal mengenai tanggungjawab tersebut.
Kalau kambing tu, mana boleh gembala senang2 paksa dia makan. Bebiri makan ikut hati, kekadang kambing suka bermain2 lebih dan tak nak makan, terutama yang kekecik tu. Kekandang pulak gembala terpaksa pukul bebiri sebab tak ikut perintah. Sama la jugak dengan manusia.

2) Kesabaran
Nabi Musa (alaihi salam) mengembala selama 10 tahun (Jibril memberitau ini kepada Rasulullah), kita akan tengok bagaimana pengalaman Nabi Musa lalui dalam menjaga umatnya. Nabi Noh pulak dia berdakwah selama 960 tahun, sampaikan umatnya tak tahan mendengar dakwahnya dan dengan sendiri meminta Nabi Noh turunkan bala Allah yang disebutkan oleh Nabi Noh.

3) Perlindungan
Ibn Umar meriwayat (Bukhari Jilid 4, kitab 55, no 553):
Suatu ketika Rasulullah berdiri di antara kita, selepas memberi puji2 kepada Allah (swt) memberitau tentang Dajal, "Saya memberi amaran tentang ia (Dajal) dan tiada nabi sebelum ini yang tidak memberi amaran umatnya tentang ia (Dajal). Nabi Noh juga memberi amaran kepada umatnya tentang ia (dajal), tapi saya akan memberitau sesuatau yang tiada nabi sebelum ini. Kamu perlu tau ia (Dajal) adalah bermata satu dan Allah tidak bermata satu.

4) Dapat melihat dengan jelas bahaya dan ancaman
Gembala dapat melihat dengan jelas. Bebiri cuma mempunyai pandangan dekat.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah (Bukhari 30:5670) Rasulullah (saw) bersabda: Perumpamaan diriku dan ummatku adalah seperti nyalaan api, anai2 dan kupu2 tertarik padanya. Saya cuba menahan kamu tapi kamu terus cuba menjunam kearahnya.

Jika kita nampak orang buta yang menghampiri lubang, apa kita patut buat? Misti kita menjerit padanya, supaya dia tak masuk kelubang tersebut. Begitu juga Nabi2, mereka dihantar dengan mesej yang jelas dan terang dan memberi amaran tentang ancaman yang sedia ada dan juga ancaman yang akan datang.

5) Hidup yang simple dan bersederhana
Hidup pengembala simple, tak der ipod boleh dengau lagu, tak der satellite TV boleh tengok movie. Hidup yang simple tidak mengkorupkan minda.

6) Dekat dengan ciptaan Allah
Didalam Quran penuh yang ayat2 menceritakan tentang langit, bumi, gunung, laut. Semua mencerminkan keagungan Allah. Sebagai pengembala, Nabi2 dapat memikir (contemplate, reflect) secara mendalam tentang kebesaran Allah.

7) Bebiri adalah binatang lemah
Seperti yang dikatakan oleh Ibn Hajar. Dalam menjalankan tugas mengembala, Nabi2 dididik oleh Allah (swt) bagaimana nak menjaga insan yang lemah.

8) Kareer kita membentuk pemikiran kita
Kita patut berjaga2 dalam memilih kareer sebab ianya akan membentuk pemikiran dan peribadi kita.
Contohnya, seorang komputer programmer akan hilang skil dalam pergaulan sosial. Dalam politik pula banyak corruption dan tipuhelah. Ini bukan bererti seorang muslim tak boleh terlibat dalam politik atau komputer tapi kita sebagai Muslim patut mengubah sterotype tersebut, Insya' Allah

Wallahhu 'alam

Masyaallah
Saya nak mulakan cerita Al-Kaleem Nabi Musa. Cerita Nabi Musa adalah cerita yang paling panjang sekali dalam Quran. Nama Nabi Musa adalah nama nabi yang paling kerap sekali muncul dalam Al-Quran berbandingkan dengan nabi2 lain. Kenapa agaknya?

Membaca berita2 dalam perbagai media kita masa kini mungkin terfikir kita pasal orang yahudi sebab Nabi Musa adalah salah satu Nabi yang di hantarkan pada bani Israel. Memang pun benar salah satu dari sebabnya. Allah dengan sifat Maha mengetahui dan Maha bijaksana (Al-Aleem-ul-Hakeem), memberitahu kita yang ada satu masa nanti sekumpulan manusia yang akan menjadi musuh dari awal umat Islam (contoh: Al-Ahzab) sehingga ke akhir zaman nanti bila orang yahudi akan menjadi penyokong ad-dajjal.

Dalam hadith Rasulullah dari Adi bin Haatim berkata, “Saya bertanya Rasulullah (saw) tentang “mereka yang dimurkai” (“maghdu-bi-alaihim” Al-Fatihah ayah 7), dan baginda menjawab, “mereka adalah orang yahudi.” Kemudian saya bertanya, “mereka yang sesat” (“dhal-leen”) dan baginda menjawab, “orang nasara adalah mereka yang telah sesat” (at-Tirmidhi, Ahmad dan saheeh). Musuh Islam mengunakan ini untuk menunjukkan yang Islam adalah racist. Jangan kita menyalah ertikan maksud Rasulullah (saw), kita perlu fahamkan perbuatan apa yang telah orang yahudi dan nasara lakukan yang banyak dinyatakan dalam Quran, dan setiap manusia yang melakukan perbuatan yang sama mereka adalah tergolong pada golongan yang disebut dalam surat Al-Fatihah diatas.

Itukah saja pengajaran yang bakal kita dapat dari cerita Nabi Musa? Tidak, diatas hanya sebab minor kenapa cerita Nabi Musa banyak sekali kita jumpa dalam Quran. Saya tak susun kan mengikut priority. Kita dah tau yang sejarah manusia terbahagi kepada umat2. Umat bani Israel adalah umat terakhir sekali sebelum umat Nabi Muhammad (saw), jadi itu salah satu lagi sebab kenapa kita perlu mengambil pengajaran dari cerita2 umat sebelum kita.

Umat bani Israel adalah umat yang kaya dengan sejarah. Umat bani Israel bermula dengan 12 orang anak2 Nabi Yaakub dan nabi terakhir mereka adalah nabi Isa. Allah (swt) mahu umat nabi Muhammad supaya mengambil pengajaran dari sejarah umat ini. Bani Israel telah melalui cabaran-cabaran dan liku-liku yang kita umat Islam akan juga menempuhi. Dalam Sahih Muslim buku 34, hadith nombor 6448, Abu Sa'id Al-Khudri meriwayatkan: Rasulullah (saw) bersabda: “Kamu akan mengikuti jalan yang diikuti oleh umat sebelum mu inci demi inci, langkah demi langkah, sehinggakan jika mereka masuk kelubang cicak, kamu akan turut mengikuti mereka.” Kami bertanya: “Ya, Rasulullah, adakah kaum Yahudi dan Nasrani yang kamu maksudkan?” Baginda menjawab: “Siapa lagi?”
Allah (swt) ingin mempermudahkan umat nabi Muhammad dengan cerita-cerita umat bani Israel untuk kita membuat pengajaran. Umat bani Israel ini juga umat yang tertindas. Firaun adalah simbol kezaliman dalam Quran. Kalau kita bandingkan keaadan umat Islam sekarang, kita dapati bahawa umat Islam ini tak jauh beza. Kita ditindas dari semua arah. Kalau kita gunakan konsep saikology moden menganalisikan sifat2 orang2 yang tertindas, kita akan dapati umat Islam mempunyai semua sifat2 tersebut. Dari segi attitude, pemikiran, dan tindak-tanduk. Saya serahkan analysis ini kepada yang lebih arif dalam bidang saikology.

Satu lagi yang saya nak kaitkan cerita Nabi Musa ni adalah jihad. Kalaulah nak ikutkan minda kita yang lemah ini, kita inginkan semua orang faham pasal Islam, semua orang patuh pada ajaran Islam, jika ada yang tak berbuat demikian kita harapkan supaya mereka dihukum, dimusnahkan Allah (swt) di muka bumi ini. Al-Aleem-ul-Hakeem (swt), mengajar manusia secara berperingkat, mengikut kapasiti minda manusia. Ingat tak macam mana cerita Nabi Noh? Bagaimana umatnya dimusnahkan oleh Allah? Ingat tak kita bagaimana umat 'Aad dimusnahkan, sampaikan tak der bekas2 (ruins) tinggal?
Umat Thamud? Kalau tak ingat saya akan ceritakan dilain kali, Insya'Allah. Allah sering mengingatkan kita tentang umat2 yang dimusnahkan sebelum kita, sebab kita selalu lupa. Kenapa agaknya pada umat Nabi Rasulullah tak berlaku demikian? Pernah dikatakan oleh scholar Islam yang “setelah Taurat diturunkan, jihad bermula”. Kebenaran yang tersibar dengan jihad umat Islam dan bukan lagi dengan Allah memusnahkan musuh Islam. Ada juga sekali-sekala Allah akan menolong orang2 mukmin untuk meneguhkan iman kita, tapi kejayaan akan dicapai melalui jihad, dari perang bani Israel memasuki Jerusalem dengan Nabi Usha' bin Noon, peperangan pertama sahabah di Badr, sehingga akhir zaman nanti kita akan bertempur dengan ad-dajjal.

Saya nak ingatkan diri saya yang cerita2 ini bukan untuk dibuat sebagai hiburan.
Jangan kita ikut macam cerita2 movie, ada hero, heroine, kemudian they live happily ever after. Mengkagumi civilization yang Allah telah laknati, gi melawat pyramid kegemilangan architecture amek gambar architecture umat yang Allah musnahkan. Cerita2 ni untuk kita “yatafakkarun” (takafur, contemplate), yang saya nyatakan dulu. Pembuka mata kita yang semua yang berlaku sekarang ini didepan mata kita pernah berlaku dan diceritakan dalam Quran yet, sering kali kita gagal untuk menjadikan iktibar.

Wallah hu 'alam


Monday, July 27, 2015

Berubat dengan Solat

Alhamdulillah..  Ramadhan terus berjalan dengan penuh kemesraan dihati sanubari manusia yang cintakan keampunan dari TuhanNya..

Acik akui,  proses menetaskan idea untuk mengarang sepatah dua kata di dalam blogspot ini perlu mengambil masa yang lama disamping memastikan kualiti berbanding kuantiti semata-mata.

InsyaAllah,  jika diberikan keizinan oleh Allah SWT serta dengan keberkatan ilmu yang diperolehi acik akan cuba berikan kata kata semangat jua nasihat nasihat yang acik dengari dari kuliah agama yang sempat acik gapai di waktu kerja..

Mudah mudahan dengan berkongsi ilmu InsyaAllah kita mampu menjadi umat yang berwibawa dan bertakwa..

Wallahu a'lam bishawab.

Dunia Sementara Akhirat Selama-lamanya..

https://youtu.be/GUJuJ87lCDA

Monday, June 22, 2015

Doa selepas terawikh..

Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam B ahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….
Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Aamiin3x Ya Robb.

Friday, June 19, 2015

Thursday, June 04, 2015

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Acik Fosilmitra

Alhamdulillah.. 

Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat Nya maka esok atau 5.6.2015 maka tibalah semula hari kelahiran di dunia yang fana ini..

Pelbagai cabaran dan dugaan melanda diri ini sejak akhir akhir ini tidak ketinggalan juga beberapa perkara yang menggembirakan turut berlaku antaranya pembelian kereta baru,  kelahiran bakal cahayamata baru,  bergiat aktif dalam Kelab Bolasepak yang baru dan pelbagai peristiwa lagi yang menunjukkan bahawa di dalam kehidupan ini suka duka saling silih berganti..

Disamping itu juga ada juga perkara perkara yang membuatkan kita tidak begitu gembira dan ada juga perkara yang menyedihkan hati kita.. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan dlm kehidupan ku dan semoga aku benar benar kembali menjadi seorang mukmin yang dicintai oleh Allah dan Rasulullullah..  InsyaAllah.

Tuesday, May 05, 2015

Suatu nukilan menyentuh jiwa..

Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.
.....
Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
......
Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
.....
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.
.....
Kadang - kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.
......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...
......
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"
.....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."

Tuesday, April 28, 2015

Wednesday, April 22, 2015

Whatsapp, Facebook, Blogspot & Twitter...

Adakalanya terlalu banyak group whatsap, terlalu banyak berfacebook, terlalu banyak berblogspot dan bertwitter maka akan terlalu banyakkan kita berbohong dan berbuat kesalahan... Mudah-mudahan acik mampu memperbaiki semula kepincangan didalam jiwa acik... InsyaAllah..

Wassalam.

Jenazah Yang Mulia...


Ini merupakam kisah zaman Sultan Murad ke-4 Abbasid Empayar Iraq..
Sultan Murad terasa pada 1 mlm, perasaan tidak senang hati.. Maka dia buat keputusan utk keluar dgn kawalan pengetua pasukan guard round masyarakat bandar Baghdad..
Jadi mereka merayau sembunyi2 mcm org awam & sampai di kwsn tepi hjg kota.. Mereka terlihat seorg terbaring atas jalan raya..
Mereka pegi dekat & sedari yg org tu dah mati !!!
Tetapi org tempatan yg lalu, buat tak peduli pun !!!
Sultan Murad pun berteriak..
'Hey apa nie..?
Mengapa awak semua tak pedulikan si Mayat nie..?
Mana keluarga atau rumah nya..?
Kemudian ada seorg menjawab..
Si Mayat nie org ZANDIQ (fasiq jahat), peminum arak & penzina yg pergi kpd pelacur !!!
Tegur si Sultan Murad..
'Bukan kah dia drpd Ummat Nabi Muhammed SAW..?
Sila tlg angkat jenazahnya kembali ke rumahnya !!!'
Bila sampai di rumah nya, isterinya mula menangis & org awam pun tinggalkan si Mayat & balik..
Tinggal lah Sultan Murad dgn teman ketua pengawal nya..
(Yg ajaib) Si isteri semasa menangis, berdoa..
'YA ALLAH, kasihani lah WALI ALLAH..
Sesungguhnya ana saksi dia drpd kaum SALEHEEN !!!
Sultan Murad pun tegur si isteri..
'Macam mana awak blh panggil arwah sebagai Wali, tetapi org ramai kutuk nya hingga tak sudi pedulikan mayat nya.??'
Jawab si isteri..
'Saya sudah sangka akan berlaku sedemikian !!!
Si suami selalu kaluar waktu mlm pegi ke kedai bar & beli sebyk mungkin botol arak dan kemudian membawanya balik ke rumah..
Kemudian dia menuang & membuang ke dlm tandas rumah kami!
Dia berdoa.. 'Aku telah kurangkan bala arak yg ada utk org Islam..
Dan dia pergi ke wanita pelacur & bayar duit suruh pelacur tutup pintu jgn ambil pelanggan lain mlm nie !!!
Balik ke rumah, dia akan bersyukur, alhamdulillah kpd ALLAH yg beri tawfiq ringankan dosa si pelacur & pemuda org Islam mlm nie..
Tetapi malang nya, org awam nampak dia beli arak & masuk rumah pelacuran..
Jadi mereka sangka dia buat jahat !!!
Kata isterinya, saya dah kata kpdnya..
'Jikalau awak mati, tak akan jumpa sesiapa yg akan mandikan kamu & solatkan jenazah serta kebumikan kamu !!!
Tetapi dia gelak & jawab balik..
'Jangan takut !!!
Jenazah aku akan disolatkn oleh Sultan Negara Islam nie dgn ulama & wali-wali ALLAH !!!'
Jadi menangislah Sultan Murad..
Beliau berkata..
'Benar lah kata si arwah !!!
Aku ialah Sultan Murad !!!
Esok kami akan mandikan arwah & solat jenazah serta kebumikan nya..
Jadi pada ke esokan harinya, solat jenazah bersamanya si Sultan dgn ulama dan pembesar negara..
Ramai org awam dtg dan uruskan pengebumiannya..
Maha Suci ALLAH !!!
Kita hukum org ikut yg kita nampak & dgr saja apa percakapan org lain..
Jikalau kita tahu yg tersirat d dlm hati, nescaya kita akan lebih waspada kawal lidah kita..
Nescaya kita akan tambah taqwa kpd ALLAH..
Ya Allah !!!
Mohon ihsankan dan sempurnakan DHOMIR zat intipati diri kita & buatlah dgnnya tiang teguh utk lindungi kita di dunia dan juga di akhirat..
Dan kurniakan kita sangkaan baik terhadap setiap hamba Allah...

Tuesday, April 21, 2015

Perbanyakkanlah mengingati akan kematian..

Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang menyebabkan kita hilang rasa lazat pada duniawi iaitu kematian...

Takziah buat seorang sahabat kepada sahabat karibku yang telah pergi menemui Illahi..  Semoga keluarga beliau tabah menghadapi ketentuan dari Illahi..

Monday, April 20, 2015

Tazkirah malam Isnin dibln Rejab

Hari ini kita telah memasuki bulan Rejab..  Dan hari ini,  di Facebook,  di Twitter,  di group whatsap dan dimana mana lagilah media sosial yang ada di Malaysia ini rata rata menyentuh mengenai soal hadis Kelebihan berpuasa dibln Rejab.. 

Bila ada sipolan bagi message pasal Kelebihan bln Rejab maka ketika itu jugalah akan tiba satu message yang mengatakan bahawasanya perkara itu palsu belaka..

Kenapa setiap tahun rakyat kita ni dok ulangi benda yang sama??.. Kadang naik malas dah kita nak mengingatkan mereka mengenai hadis palsu pasal bulan Rejab ni namun atas sebab takut kelak kita akan dipersoalkan maka kita mulalah memberi maklum balas..

Panjang sebenarnya nak ditaipkan lagi tapi almaklumlah org umah dah suruh bubum maka apa yang baik itu dtgnya dari Allah SWT dan yg lemah dan silap itu dtgnya dari kelemahan diri saya sendiri..

Wassalam.

Tuesday, March 17, 2015

Tazkirah malam selasa..

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.

Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

_________________________
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.

Sunday, February 22, 2015

Masa untuk berforum sudah berakhir..

Acik rasa masa memisahkan semangat untuk menyertai semula forum Bincang.Net atau xbincang.net.. 

Maka dengan ini diumumkan persaraan terus acik dari dunia perforuman..  Jika ada kelapangan contact2 ler guna medium whatsap ek..

Wassalam.

Friday, February 13, 2015

Kenali Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau myang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

fosilmitra-alangkah baiknya jika acik dapat mengikuti jejak langkah allahyarham walaupun sedikit..

Bincang.net vs XBincang.net

Dua hari lepas dapat tau pasal adanya forum serpihan dari forum Bincang.net dikenalah sebagai Xbincang.net...

Suatu pembaharuan namun masa tidak sesuai lagi buat acik untuk "mencapub" disana.. Nak menunjukkan begitu fananya dunia ini sebenarnya setiap yang bermula pasti akan berakhir... Selaku ahli forum Senior kini menjadi ahli forum biasa balik maka dengan jelas menunjukkan kepada kita selaku manusia biasa.. sama sahaja didunia ini kecuali keimanan dan ketaqwaan kita sahaja yang bakal membedakan darjat kita dikemudian hari..

Salam kasih dari acik fosilmitra...

Wallahu a'lam bisshawab.

Friday, February 06, 2015

Eh?! Forum Bincang.Net kembali dengan nama ... XBINCANG.NET

Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat sekali lagi acik menulis sepatah dua kata di blog yg sudah lama ditinggalkan..  Mungkin sebab dah ada Facebook kot..  Huhuhu..

Dikesempatan ini acik ingin memaklumkan bahawa telah wujud gagasan baru perjuangan IS di forum Bincang.Net bilamana difahamkan seorang moderator bincang. Ne yg dulu iaitu dikenali sebagai "manjacat" telah melahirkan forum baru iaitu xbincang.net..  Terima kasih kerna mengembalikan nostalgia ini..

Tuesday, January 27, 2015

Isteri acik kembali berbadan 2...

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang memberikan nikmat dan rezeki buat acik untuk menimang cahaya mata sekali lagi setelah 8 tahun menanti..

Mudah mudahan dipermudahkan segala urusan buat acik sekeluarga dan mohon kenkwn yang masih mengikuti blog acik ini untuk mendoakan agar isteri acik selamat untuk mendapatkan baby lagi sekali..

Wassalam.

Friday, December 12, 2014

Selamat tinggal 2014, Selamat datang 2015.

Tahun 2014 ini menyaksikan banyak perihal kehilangan bagi rakan rakan acik yang karib dengan acik..

Salah seorangnya adalah sahabat teragung iaitu arwah Farid Wajidi Ariffin yang telah kembali ke rahmatullah akibat barah.

Kehilangan beliau sememangnya teramat acik rasai kerana beliau merupakan seorang rakan yang amat baik dan konsisten didalam memberikan bantuan dan sumbangan kepada rakan rakan yang lain ketika diperlukan.

Acik yakin dan percaya dikala ini bahawa Allah SWT lebih menyayangi beliau berbanding diri acik dan kenkwn yang lain.  Kepada beliau acik doakan mendapatkan mati syahid dan mudah mudahan beliau mampu memberikan syafaat kepada kita semua InsyaAllah.

Sekian dahulu,  apa yang baik itu datang nya dari Allah dan yang buruk dan sering khilaf adalah kelemahan diri acik sendiri.. 

Wallahu'alam bisshawab.