Kerja kat bank
--------------------------------------------------------------------------------
assalamualaikum
There are times where we can apply all the normal rules of Islam in all situations. Ini masanya bila Islam memegang tampuk kuasa dan prevail di atas semua kuasa. Islamlah Amerika dan PBB dan Islam seluruh sistem dan penganutnya. Tapi ada masa dalam Islam yang dipanggil darurat dan darurat tidak sekadar berlaku bila masa makan khinzir tak de makanan sahaja. Penggunaan perkataan darurat amat luas. Kita berada dalam zaman darurat. Darurat ini kerana kita sekarang ketinggalan dalam intelektual dan kekuatan. Kalau kita terus menerus menafikan kepentingan teknologi moden dan ilmu mereka, maka kita akan terus ketinggalan.
Rasullulah s.a.w tidak pernah merobohkan berhala semasa 13 tahun di mekah. Tetapi baginda membina manusia dan meroboh berhala dalam diri mereka. Rasullulah saw tidak membawa org ini lari sehinggalah benar-benar tidak ada jalan penyelesaian lagi. Baginda sepanjang 13 tahun tersebut bergelumang dengan segala jenis berhala, sama ada secara fizikal atau dalam bentuk sistem. Malah baginda salah seorang yang berada di dalam sistem perniagaan arab jahiliyah. Tujuannya, utk belajar sistem ini dan memperbaikinya.
Kita secara asasnya telah kembali ke zaman ini. Zaman berhala riba' berhala judi, penipuan materialisme sedang naik dan memuncak Islam pula berada di bawah. Kita boleh lari dari perkara ini dengan memberikan alternativ kepada sistem ini. Tetapi kalau kita tidak tahu bagaimana sistem ini berjalan kerana kita tidak ada pendidikan, bagaimana kita hendak memberikan alternatif?
wallahualam
TJ
No comments:
Post a Comment