Petikan kenyataan saudara TJ-Moderator BMM-BDN a.k.a. pakar rujuk agama acik.
Assalamualaikum
Insya-Allah kita akan melihat serba sedikit kaedah melihat hadis. Diharap ia akan dapat dijadikan panduan dalam menyebarkan hadis. Ini kerana hukum menyebarkan hadis palsu ialah haram dan mengetahui ia palsu akan membawa dosa besar.
Ketetapan hadis
Ada beberapa perkara yang perlu diletakkan di hadapan bagi menilai kedudukan hadis yang didakwa atas nama Rasulullah s.a.w.
Pertama, kandungan matan mesti diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan ia selaras dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih yang lain serta prinsip-prinsip Islam.
Kedua, jika kandungannya bercanggah maka ia harus diketepikan dan tidak mempunyai sebarang nilai.
Ketiga, jika ia menepati atau termasuk di bawah prinsip-prinsip Islam maka para perawinya perlu dinilai untuk menentukan kesahihannya. Kaedah ini lebih dikenali sebagai Usul Dirayah dan Usul Riwayah.
Tanda-tanda hadis maudhu (palsu) ialah:
Pertama, bercanggah dengan ayat al-Quran. Maksud hadis mestilah sesuatu yang tidak bercanggah dengan al-quran dan maksudnya sama ada secara tersurat atau tersirat. Kerana adalah mustahil al quran itu bercanggah dengan hadis dan sebaliknya.
Kedua, bercanggah dengan prinsip dalam Islam. Maksud hadis juga tidak boleh bercanggah dengan prinsip Islam. Umapanya hadis yang mengatakan bersalam sambil mengucapkan sesautu perkataan boleh membawa masuk syurga adalah bercanggah dengan prisnsip Islam yang memerlukan seseorang itu mempunyai akidah dan amal Islam utk syarat ke syurga.
Ciri hadis maudhu` ketiga ialah menjanjikan ganjaran yang besar-besar kerana perbuatan yang tidak seberapa. Umpamanya mendapat 1000 pahala dan masyuk syurga hanya kerana menuang air kepada suami dll.
wallahualam
TJ
No comments:
Post a Comment