Acik telah membaca buku ini seperti tajuk diatas dan isi kandungannya telah acik hadam sungguhpun tertera dalam tajuk buku tersebut "Simpan dan Labur Gaya Orang Muda".. acik taklah muda sangat skrg ni... umur pun dah lebih 41 tahun... cuma apa yang perlu kita ingat dan faham... umur bukanlah penghalang untuk kita buat apa saja kebaikan didunia ini... selagi ada waktu.. selagi ada hayat dikandung badan maka buatlah sebanyak mungkin kebajikan dan kebaikan yang kita mampu laksanakan... InsyaAllah..
Berbalik dengan buku tadi... acik nak berkongsi sedikit kepada pembaca blogspot yang dimuliakan semua... pencapaian yang telah acik lalui sepanjang berkerja dan bersama keluarga acik dikala ini... Sungguhpun tak banyak yang hendak acik ceritakan namun acik doakan sedikit sebanyak
"Mereka berkata bahwa jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." Ingatlah firman Allah yang artinya, “Janganlah kamu merasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika sekiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” (Ali Imran: 139).
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Monday, December 31, 2018
Buku Bajet Power - Harith Faisal
Sunday, February 09, 2014
Bila Masa Sesuai Untuk Mendapat Anak Kedua?

Semenjak balik dari kursus keibubapaan yang diadakan baru-baru ini, saya berasa berkobar-kobar untuk berkongsi input-input yang boleh memperkasakan kita sebagai ibubapa.
Sebelum ini saya mendengar frasa “membesarkan keluarga, meramaikan umat, memperbanyakkan zuriat”…dan pelbagai retorik lagi yang disebut-sebut oleh penceramah lelaki.
Apabila saya memandang pada realiti masyarakat, saya mendapati bahawa ianya suatu yang ‘indah khabar dari rupa’. Terlalu ramai anak-anak Islam yang tidak dibentuk menjadi tunjang kekuatan Islam malahan ramai pula yang menjadi sampah masyarakat. Saya tidak pasti sama ada semua ini adalah laungan keegoaan lelaki untuk membuktikan ‘kejantanan’ mereka atau mengikuti sunnah?
Thursday, November 07, 2013
Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta.
Biasa dengar org gaji 5k, tapi pandu kereta yg installment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan....? gaji baru 4k dah berani beli kereta 1k per month. pun biasa dengar kan??
biasalah darah muda. darah muda akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling pjg. janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama.
dlm fikiran graduan yg baru dpt kerja ni cepat jer ternampak kereta2 spt honda civic, elantra, forte, cerato, golf, accord, sonata, jetta dll kereta yg nampak ada 'standard' supaya imej bertambah di mata org sekeliling.
tapi apa yg ramai tak nampak bhw 1.5k instalment tu tak abis di situ saja. angka yg sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month. iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan utk kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg dtg dgn kereta tu. instalment mmg la 1.3k. tapi petrol?
Wednesday, July 31, 2013
Umur semakin hampiri 40 tahun... Kemana arahmu?...
Al-Qur'an Menyebut Umur 40 Tahun
Allah memberi perhatian khusus tentang angka 40 ini:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya akutetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; danjadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu/berserah diri).”
(Al-Ahqaf [ 46 ] : 15)
Ayat ini menyatakan umur 40, iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Syaratnya dia mulai daripada sejak dia baligh lagi. Kebanyakkan ulama’ bersungguh-sungguh dalam beribadah mengurangi tidurnya, ketika mencecah usia ini.
Monday, May 20, 2013
Mendamba Hidayah Allah...
Kepada semua kawan yg ada kat Forum Bincang Muslimin dan Muslimat yg ambil berat perkembangan David...
slmt tgh malam dan slmt sejahtera kepada kawan yg ambil berat tentang perkembangan david selama ni....
terima kasih sbb masih ingat lg david....
sini ada pengumuman....
klo x ada halangan akan david terus memeluk sebelom bulan Ramadhan.....
klo ada sesiapa yg ingin tau perkembangan david blh hubungi david di 013-4426363....
Friday, July 02, 2010
Rancang wang Dari Sekarang...
:salam:
Mungkin blog ini hanyalah blog kewangan peribadi, namun segala isu dan hal ehwal kewangan yang diutarakan mempunyai komentar dari segi islam… Wajar ditonton untuk semua.
Mengenai buku ini, acik telah membelinya, bukanlah nak promosikan buku ini disini, namun ianya amat sesuai untuk mereka² yang mempunyai masalah kewangan yang tengah serius sekarang nie disamping isu² yang dibawakan mempunyai unsur² keislaman sekali. Wajar beli!
Wassalam.
http://www.pakdi.net/
http://www.pakdi.net/bagaimana-untuk-beli-buku-pakdi/

Friday, July 31, 2009
Bagaimana mengurus duit bonus anda?
Dari website terbaik berkenaan pengurusan kewangan...
Pakdi.My
Acik akan update pendapat dari sahabat yang lain didlm forum Al-Fikrah.net dan Bincang.net...
Update
thtl :
Pakdi.My
Bila sebut masalah duit, ia sebenarnya ada 2 masalah.
1. Masalah kurang duit.
2. Masalah terlebih duit.
Mendapat bonus tahunan dari syarikat tempat anda bekerja merupakan satu masalah terlebih duit.
Berikut adalah cadangan untuk anda memperhabiskan dan mempergunakan duit bonus tersebut:
1. Bagi mereka yang sudah sekian lama mengamalkan konsep pay yourself first, masukkan je la duit bonus tu dalam akaun yang sama.
2. Bagi mereka yang masih tidak dapat simpan 30% dari keseluruhan pendapatan bulanan, maka cuba selesaikan apa-apa yang patut dengan duit bonus tersebut, khususnya hutang yang berkaitan kad kredit.
3. Sekiranya anda sudah membuat 2 perkara di atas, dan duit bonus masih banyak berbaki, la… itu pun nak saya bagitahu ke? Saya fikir isteri / suami dan anak-anak anda lebih mahir bab tersebut. Hehehe…
Acik akan update pendapat dari sahabat yang lain didlm forum Al-Fikrah.net dan Bincang.net...
Update
thtl :
orang dapat bonus ni kita tak risau sangat, yg kita dok kesihan ialah orang yg tak ada gaji dan tak ada bonus...hehehe
yg dapat durian runtuh tu...
1. reward diri sendiri
2. langsai hutang tertunggak
3. hak anak bini, vacation dan makan besar
4. hak kum kerabat, ibubapa yg utama
5. Pastikan kenderaan anda tip-top balik: tayar baru, tukar timing belt, ke
6. hak simpanan anda...jgn habiskan semua...saving utk investment
Wednesday, July 01, 2009
Mengapa perlu memakai Kredit Kad berbanding Debit Kad?
Arini nak jadi pakar motivasi kewangan pulak acik nie... ehemm... almaklum didalam kehidupan kita seharian kita mesti merancang dengan baik, jikalau kita gagal merancang maka sebenarnya kita merancang untuk gagal...
Rata² dari kita beranggapan bahawa dengan mempunyai kredit kad menunjukkan seseorang itu berada didalam kemewahan atau kelompok orang yang kaya dan senang hidupnya... Acik selalu perhatikan dikaunter² pembayaran waktu membeli belah di Warta atau di Komplek PKNS atau di Alamanda dan juga di Tesco Kajang (ini antara tempat² acik membeli belah ebelum ini)... cuma kat Tesco tue acik dah berhenti berbelanja sebab nak boikot israel jahanam!!
Ramai yang acik tengok seakan berbangga memiliki kad kredit berbanding acik yang hanya memakai kad debit sahaja... Antara kedua kad ini, debit dan kredit, takdelah banyak bezanya... keduanya jugak adalah sekeping plastik yang mudah dibawa kemana saja dan dimasukkan ke dalam dompet... Silap haribulan, mungkin kalau ada yang tak sedar, tiada bezanya orang yang memakai kad debit dengan kad kredit ini disebabkan ianya sama saja bentuknya... Tapi memanglah berbeza isi kandungannya...

Monday, June 29, 2009
Tips untuk berjimat cermat edisi tah keberapa tah...
Tips dari acik buat anda semua (hasil pembacaan dan pemahaman)
1. Selepas dapat gaji, janganlah kita terus-menerus menyediakan wang kita untuk diserahkan kepada semua pemiutang seperti ASTRO, TNB, SYABAS, KERETA dan lain-lain... Ini merupakan kebiasaan kita buat iaitu berbelanja dahulu baru menyimpan... Waktu itu kadangkala kita memikirkan dan mengharapkan agar ada lagi baki dari wang gaji kita untuk disimpan... Yang pastinya, selagi ada duit ditangan selagi itulah maka kita akan habiskan duit tersebut sampailah kehujung bulan...
Bukanlah lebih baik kita sediakan dulu duit untuk disimpan?... Duit untuk disimpan ini pun perlu kita bahagi²kan yang mana satu untuk simpanan tetap, dan satu untuk tujuan awasan. Kalau boleh masukkan 30% dari gaji bersih anda ke dalam 2 tabung simpanan ini... Jikalau tidak selama²nyalah anda tidak akan menyimpan. Ingat, selepas dapat gaji yang perlu kita fokuskan ialah dahulu ialah wang untuk diri kita dahulu (pay urself first!)...
Mungkin ada yang mengatakan "mana mungkin aku nak terlewat bayar duit ansuran kereta... kena late payment charge nanti!" untuk ansuran yang ini anda kalau boleh mulakan dengan membuat pembayaran awal selama sebulan (bermakna kenalah top up duit anda dengan duit bonus atau duit overtime anda terlebih dahulu)...
2. Mulakan menyimpan dalam tabung "Mr. Potato" alahhh keropok kentang yg biasa korang dok bedal tue... jadikan ianya sebagai tabung anda... dan simpan saja setiap kali ada duit syiling di dalam dompet anda ke dalam tabung tue... Jikalau takda duit syiling aritu, anda pura² beli barang dengan harga seposen atau 20sen dengan menggunakan sekeping wang seringgit kertas... dapat baki dia untuk hari itu maka simpankan dalam tabung... Paling bagus kalau dibuat secara berjamaah (suami + isteri dan anak masuk satu tabung)... Walaupun nampak sikit namun besar hasilnya kalau dibuat secara istiqamah...
3. Jgn lagi berhutang... lebih² lagi kalau pakai kad kredit... jgn bawak dah kad plastik tak berharga satu sen tue dalam dompet... simpan elok² dirumah buat pekasam... Mulai skrg pakai duit saja nak beli barang... Tak kisahlah sampai nak koyak rabak dompet tue pun takpa nak masukkan duit dlmnya... Janji takdak kad lagi dalam dompet anda...
Percayalah... bila anda dah gunakan kad, samada anda perasan setiap kali orang disekeliling anda terkejut melihat anda gunakan kad, atau anda rasa andalah orang paling kaya dengan menggunakan kad tersebut... tapi kalau pakai kad debit ini baru betul... kad yg anda tahu kedudukan kewangan anda dalam bank... Fungsi kad Debit nie lebih kurang sama saja dengan kad kredit dari segi pembayaran nak kena tandatangan slip pembayaran dan hanya perlu masukkan kod pin untuk membayar sesuatu barangan... yang beza, anda bukan berhutang, anda menggunakan duit anda sahaja dengan bank... Jadi sekarang nie cepatlah tukar kad kredit jadi kat debit!!
4. Jangan beli Astro, kalau disebabkan arieal TV tak ok atau tak jelas kalau tak pasang ASTRO maka bolehlah dibeli... namun dengan pakej yang paling murah iaitu RM37 sahaja... Jangan beli pakej yang ada bola (walaupun anda kaki bola) dan pakej yang ada movie etc tue... TV yang percuma sampai 6 channel pun kadangkala anda tak sempat nak layan, inikan pulak yang banyak channel... Percayalah... kalau boleh nak berhibur pakailah channel free lagi percuma tak perlu bayar sesen pun seperti menggunakan internet atau TV3,8TV, NTV7, TV9, RTM1,2 dan pelbagai lagi...
5. Kalau anda takda kereta lagi, maka pakailah kereta yang baru tapi dengan harga tak lebih dari RM25 ribu... makna kata kat sini, pakailah kancil atau viva saja... Janganlah nak beli kereta yang mahal dengan niat nak menunjuk pada orang sini sana... walhal depa tak heran pun anda pakai kereta apa... kecualilah kalau anda pakai kereta lembu, yang itu lain cerita!... Bayangkanlah, dengan membeli sebuah kereta dahlah harga dia ada susut nilai, arini bayar esok dah susut dah nilai dia, kena pulak servis kereta tersebut... 3 bulan sekali... 6 bulan sekali... lama² habis duit dok nak bayar kereta saja... Nak bayar insurans dan roadtax lagi... erm alahai... tak payahlah beli kereta yang mahal² sangat... simpan dalam tabung haji ada faedahnya!
6. Banyak lagi nak bagitau nie... tapi nanti²lah acik update...

Wednesday, June 10, 2009
Tips Berjimat Cermat : Jgn cakap jer pandai...
Assalamu'alaikum wbt.
Hatta arakian, kita sambung balik pasal tips² berjimat cermat yang acik utaraselatankan tempoh hari... Adapun apa yang acik tuliskan disini, kemungkinan juga tidak acik laksanakan... memandangkan kaedah yang digunapakai tidak berapa relevan dengan kehidupan acik... Namun, pepandailah kalian untuk cuba mengapplikasikan dalam kehidupan kalian semua... Semoga berjaya!
Antara lain cara nak berjimat ialah jikalau kita suka sgt membeli makanan segera@fastfood (walaupun dah disuruh boikot beberapa kali... jgn dok kasi rakyat Palestin menderita) namun kiter pi beli jugak KFC... pi bedal McD... pi balun Pizza Hut dan segala macam makanan segera yang ada di pasaran sekarang ini maka satu tips yang acik rasa perlu anda semua dalami ialah begini...
Jikalau sewaktu berbelanja makan fastfood tersebut dalam RM30 sekali makan... maka sewaktu berbelanja harian utk makan minum kat ofis atau di waktu malam (disebabkan orang umah tak masak) kenalah kiter kurangkan atau terus diet... Kalau boleh jgn makan langsung pada hari itu utk "qada'" balik duit yg telah kiter perabihkan utk beli fastfood tersebut...
Disamping itu, jikalau nak beli barangan elektrik yang mahal² yang memang keperluan bagi kiter mcm TV... Mesin Basuh... Peti Sejuk... atau apa saja (yg nie bagi yg baru kawen dan baru beli rumah baru acik tujukan) belilah secara cash... Jgn beli secara hutang... Kalau tak mampu sangat maka simpanlah dulu duit gaji kiter ikut berapa monthly installment produk² yg hendak kiter beli itu... Jadi takdelah kita berabih dok bayar interest dan hutang sajer seumur hidup kita...
Lagi satu yang hendak acik ingatkan disini... Kalau boleh jangan pakai kad kredit tapi pakailah kad debit jika suka sangat nak pakai plastik waktu membeli belah... Bukannya apa, kad kredit ni maknanya kita membuat hutang, tetapi jikalau memakai kad debit, jika membeli ikut berapa banyak wang yang kita ada didalam account... Kalau rasa dah tak cukup duit tue... maka janganlah nak boros sangat berbelanja... tak elok... alamat syaitan tue nak oiii...
Sekian dulu, selamat beramal..

Tuesday, June 09, 2009
Ten Tips on How To Be A Successful Husband.
By Muhammad Al Shareef
1. Dress up for your wife, look clean and smell good.When was the last time us men went shopping for designer pajamas? Just like the husband wants his wife to look nice for him, she also wants her husband to dress up for her too. Remember that Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - would always start with Miswak when returning home and always loved the sweetest smells.
2. Use the cutest names for your wife. Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - had nicknames for his wives, ones that they loved. Call your wife by the most beloved names to her, and avoid using names that hurt their feelings.
3. Dont treat her like a fly. We never think about a fly in our daily lives until it 'bugs' us. Similarly, a wife will do well all day - which brings no attention from the husband - until she does something to 'bug' him. Dont treat her like this; recognize all the good that she does and focus on that.
4. If you see wrong from your wife, try being silent and do not comment! This is one of the ways Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - used when he would see something inappropriate from his wives - radi Allahu anhunn. Its a technique that few Muslim men have mastered.
5. Smile at your wife whenever you see her and embrace her often. Smiling is Sadaqah and your wife is not exempt from the Muslim Ummah. Imagine life with her constantly seeing you smiling. Remember also those Ahadith when Rasul Allah - sal Allahu alayhi wa sallam - would kiss his wife before leaving for Salah, even if he was fasting.

Tips Berjimat Cermat : Disiplin Diri Yang Mantoppp...
Assalamu'alaikum wbt.
Hari ini acik nak terangkan serba sedikit berkenaan tips² untuk kita berjimat cermat. Untuk kali ini dan seterusnya, acik akan menggunakan bahasa melayu normal dan tidak ada lagi perkataan nyer, arini, camnie, tue etc yg merupakan bahasa pasar malam minggu semata. Justeru itu, jangan terkejut pulak dengan perubahan yang berlaku ini.. hehe.
Tips ini bukanlah dari acik sendiri... tetapi dari pembacaan acik dimana² laman web yang mengandungi tips² untuk berjimat cermat. Rata² dari kita memandang sepi dengan perkataan berjimat cermat ini disebabkan terikut² dengan trend masakini yang mewah dengan pelbagai aplikasi seperti iphone, camera digital, kereta baru dipasaran dan pelbagai lagi perkara yang menggiurkan kita dan duit poket kita.
Disebabkan itu, kita ibarat katak dibawah gelas yang nampak segala keindahan harta benda untuk hidup dengan mewah walhal sebenarnya keperluan yang perlu bagi manusia hanyalah pakaian, tempat tinggal dan makanan semata². Zaman kita dah berubah... dahulu kalau handphone adalah suatu kehendak semata², kini handphone merupakan keperluan semasa.
Acik mempunyai seorang sahabat, dari dulu sampai sekarang hanya memakai handphone yang masih lagi menggunakan ring tones biasa... bukan ring tones lagu original serta handphone yang dah takde stok lagi dipasaran... Hari itu pernah sekali handphone dia rosak, maka jenuhlah dia mencari kedai yang ada spare part untuk jenama handphonenya yang dah berkurun tak diupdate... hehe. Walaupun kelakar melihatnya, tapi sebenarnya inilah contoh orang yg seeloknya diikuti...
Kadangkala manusia mempunyai sikap suka menunjuk² kepada seseorang... Acik masih ingat lagi sewaktu acik mula bekerja dan mempunyai gaji bulanan. Hampir setiap 3 bulan handphone acik akan bertukar tangan dengan pekedai telefon kerana nak mengikut peredaran zaman kononnya... pirah!... Memula beli handphone yang takde warna, so, acik tukar handphone yang ada warna... selepas itu ada handphone yang ada camera maka acik tukarkan pulak handphone tersebut dengan yang ada camera... Selepas itu ada pulak handphone yang ada radio maka itupun acik nak tukar jugak... Akhirnya kesemua sekali ada dalam satu handphone iaitu warna, camera dan radio maka acik pun beralih arah mendapatkan handphone yang sebgitu rupa...
Bayangkanlah berapa banyak duit acik dah dihabiskan pada masa itu hanya disebabkan mengikut rentak marketing plan syarikat² handphone ini... Walhal sebenarnya kalau kita tahu, handphone yang terhebat seperti iphone dah lama dicipta... cuma mereka menggunakan strategi marketing untuk mengeluarkan satu-satu jenis handphone itu agar tidak kerugian... Kalau kita lihat trend komputer pun sama... dulu Intel Pentium Processor I, selepas itu keluar intel pentium processor II... dan seterusnya dan sampailah ke Intel pentium IV dan terkini intel celeron...
Takat ini komputer dirumah acik hanyalah intel pentium IV sahaja dan acik pun dah maleh nak tukar komputer tersebut. Disebabkan itu, kita lihat disini, kita harus menyedari dari sekarang... jangan terikut² akan rentak strategi marketing plan semua syarikat tak kiralah yang jual handphone, TV LCD Full HD etc...
Mereka bijak untuk menarik pelanggan membeli barangan mereka dan kita sebagai pengguna yang tak berapa bijak (maka kenalah jadi pengguna bijak selepas ini) perlulah berhati² dengan strategi mereka. Jikalau hendak membeli sesuatu barangan, belilah selepas 2-3 tahun barang tersebut berada dipasaran. Jangan terikut² dengan trend nak beli yang baru dan canggih. Walhal jenis yang lama ini sebenarnya masih boleh digunakan dengan sebaik mungkin.
Acik teringat pasal abang sulung acik... Bukanlah nak mengata pasal beliau tetapi baru² ini beliau dah beli DVD player yang ada thumdrive USB katanya... Acik masa melihat DVD player tersebut dirumah beliau agak terkejut jugak... DVD player yang acik ada kat rumah memang takde mempunyai slot USB thumdrive untuk dimasuki. Kira jenama DVD Player beliau yang tercanggihlah dimasa ini. Cuma masalahnya, bila acik kata berapa harga DVD tersebut?...
Dengan pantas abang sulung acik mengeluh... dia cakap menyesal dia beli awal DVD player ini sebab kat Tesco (dia duduk kat Rinching) katanya tengah ada jualan murah dan DVD yang dia beli pun hanyalah RM150 saja berbanding waktu dia beli dahulu iaitu RM350... Terkedu acik mendengar rungutannya... Jadi kalau ikutkan, acik berpeluang untuk beli DVD player tersebut yang sama jenis cuma nilainya berbeza... Tapi seperti yang acik cakap, acik dah ada 2 DVD player kat rumah, satu acik beli jenama JVC dan satu lagi jenama samsung yang orang umah acik perolehi menerusi cabutan bertuah di Majlis Makan Malam pejabatnya...
Haa... kan jimat kalau kita boleh menahan diri kita dari terus membeli sesuatu barang yang baru dipasaran. Satu lagi contoh terbaik acik nak berikan ialah seperti abang kedua acik yang membeli kereta Persona High Line... Baru² ini dah keluar pulak kereta MPV pertama Proton iaitu Proton Exora... Dia pun menyesal sebab kalau nak balik kampung mertua dia di Johor Baru, mesti bermasalah sebab anaknya ada 2 orang, seorang nak tidur maka yang seorang lagi kenalah pangku dengan maknya... Kan elok kalau bersabar dan membeli MPV... beliau berkerja sebagai Jurutera di JKR Malaysia...
Sebab itu saudara saudari sekelian, kita perlu menjadi pengguna bijak dan kalau boleh jangan membeli sesuatu yang baru sangat berada dipasaran... Acik sambung kemudianlah yer... ada kerja pulak...

Tuesday, June 02, 2009
MUHASABAH DIRI kita
MUHASABAH DIRI kita
ياأيها الذين آمنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا وقودها النا س والحجارة عليها الملائكة غلاظ شداد
Firman ALLAH SWT:
“ Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar dan keras..”
(Surah Tahrim ayat 6)
Ulasan Ayat :
Kepada lelaki, adakah kita sudah selesai dalam melaksanakan tugas sebagai ketua keluarga, suami kepada isteri dan ayah kepada anak2 perempuan kita.. Kepada wanita, adakah kita sedar jika kita telah menyalahi perintah ALLAH dan Rasul...atau kita menuruti KEDUA-DUANYA..
NABI SAW bersabda yang bermaksud:-
4 jenis perempuan yang berada di neraka ialah:
1. Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya;suaminya tiada dirumah ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya.
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami.
3. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur, dan ia enggan berbakti kepada Allah swt. dan enggan berbakti kepada suaminya (seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt. kecuali bertaubat).
4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya untuk menarik kaum lelaki).

Tuesday, March 24, 2009
Dunia itu sementara... Akhirat yg kekal abadi...
Assalamu'alaikum wbt.
Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dpt acik sekali lagi menaip di bloggers acik yg serba kekurangan ini... Terima kpd mereka yg sudi membaca apa sajer nukilan acik disini... Acik manusia biasa... boleh jadi salah boleh jadi betul... sekiranyer fikiran acik menepati as-sunnah maka terimalah... sekiranyer tidak maka tinggalkan sajer... as simple as that.
Baru² nie acik sempat membaca artikel karangan Ustaz Zaharuddin.net mengenai "Kisah Uptrend & Hai-O" dilaman web beliau... Acik cukup teruja(boleh jugak dikatakan terkejut) dgn penerangan beliau mengenai apa itu MultiLevelMarketing yg biasa acik sebutkan sebagai Membantu Lebih Menjayakan... Menerusi artikel beliau, acik akan memberikan beberapa hujah mengenai apa itu Score A Programme dan seterusnyer menerangkan dari pengalaman acik sendiri yg telah menceburkan diri ke dlm sistem MLM ini menggunakan produk Superb Score A Programme ini.
Walau bagaimanapun, acik tetap berpendapat bahawa produk Score A Programme atau output learning ini sememangnyer superb utk digunakan oleh orang ramai... produk ini juga mmg benar² diperakui boleh membuatkan anak kiter menjadi pandai dan disebabkan itu acik takkan menyentuh segala aspek mengenai produk... memadai acik hanya menyentuh segala aspek mengenai sistem jualan dan sistem pemasaran yg diguna pakai oleh Score A Programme ini dan bukannyer pasal produk...
Sebenarnyer hukum mengenai sistem pemasaran MLM nie byk menimbulkan percanggahan pendapat dikalangan org awam dan org alim... Ada yg kata boleh dan ada yg kata tak boleh menjalankan perniagaan melibatkan MLM. Jadi kalau kiter bepegang pada hukum mengatakan bahawa tak boleh, maka kenalah kiter tinggalkan perkara tersebut... dan inilah yg sedang acik lakukan...
bersambung...

Subscribe to:
Posts (Atom)