Tuesday, February 22, 2011

Surat Kepada Diri Anda 5 Tahun Yang Akan Datang



acik... arini 22hb Februari 2011...

Masih takmo dedahkan identiti sendiri ke acik?... apparaa... sampai bila nak buat lagu nie?... Nama acik sebenar siapa?... Nama wife acik sebenar siapa?... nama anak acik sebenar siapa? kenapa perlu dirahsiakan kat forum nie?... tak paham laa... Acik nie siapa sebenarnya???

Oklah... rasanya bayaran duit kereta *tuttt* dah settlekan?... aik... takkan jenis keta pun nak dirahsiakan lagi acik oiii... kalau dah settle tu jgnlah berangan nak beli keta baru pulak... jaga duit yg acik bayar keta skrg ni... masukkan kat public mutual kalau boleh... en. fuad dah lama nakkan komisen lebih sikit dari acik...

Hmm... rumah lama kat bdr baru bangi tu dah refinancingkan ke?... kalau belum bolehlah mulakan operasinyer... boleh jugak dpt fulus sikit untuk besarkan rumah baru ni...

Hmm... anak acik dah masuk sekolah rendah dah... wife acik pun dah berhenti keja kan, so, takkan tak terniat lagi nak pergi haji... eh! acik dah daftar dgn Tabung Haji ke belum nie?

Oklah acik... mudah-mudahan 5 tahun lagi terjawab segala persoalan acik disini yer...

Wassalam.


jadi selepas 5 tahun nanti bakal terjawablah siapa diri acik sebenarnyer...
Nama sebenar acik?
Nama isteri acik?
Nama anak acik?
Cara nak contact acik? facebook? twitter? multiply? myspace? apa identiti yg acik pakai...

Insyaallah jikalau acik masih dipanjangkan usia akan acik dedahkan segalanya...

Tapi kenapa nak tunggu 5 tahun lagi? kenapa tak skrg???

Hmmmm.....

Thursday, February 10, 2011

Lama tidak menukil kata disini...

Assalamu'alaikum wbt

Buat shbt yg dimuliakan Allah, syukur kehadrat Illahi kerna dengan limpah kurnianya dapat kita semua sekali lagi berjumpa dan bermesra melalui blog yg masih lagi didalam pemulihan sedikit demi sedikit utk diupdate dan dikembangkan...

Bersempena dengan ketibaan hari keputeraan (ada juga ulama' yg mengatakan bahawa hari ini jugalah mangkatnya baginda nabi SAW) maka berhati² kita menyambut ketibaan hari yg dimuliakan ini...

Mungkin ramai yg terasa seakan seronok dengan kedatangan hari maulidur rasul ini... maklumlah jatuhnya hari selasa, kalau diambil hari isnin tue cuti, maka dapatlah kita 4 hari cuti.. ye dak?... hehe... atau mungkin cuti yg lalu bersempena Tahun Baru Cina masih belum puas lagi... aritu dekat 8-9 hari kita bercuti kalau tak silap gaya... erm alahai...

Baiklah, lupakan sekejap pasal cuti, kiter berbalik pada ketibaan hari maulidur rasul ini... berapa banyakkah dikalangan kita yang benar² syukur dan benar² merasai kehadiran kekasih Allah ini iaitu nabi SAW?...

Adakah tanda kita bersyukur dengan anugerah Allah menurunkan nabi SAW dengan hanya bermaulid dan berarak di Komplek Sukan Bukit Jalil sahaja?... Atau adakah tanda kesyukuran kita dengan kehadiran kekasih Allah ini iaitu nabi SAW dengan kita mengamalkan segala perintah dan menjauhkan segala larangan yg disampaikan oleh nabi SAW?

Acik doakan agar sama-samalah kita pastikan bahawa dengan ketibaan hari keputeraan atau kemangkatan baginda nabi SAW sebagai titik permulaan kita untuk kembali mengamalkan segala suruhan dan jauhkan segala larangan yg disuruhbuat oleh nabi SAW... Janganlah kiter jadikan hari cuti maulidurrasul itu hanya sebagai cuti utk release tension setelah sibuk dan penat bekerja tanpa mengambil sebarang iktibar dan manfaat terhadapnya...

Sekian, wallahu a'lam bisshawab...

p/s: Acik manusia biasa yg masih jahil, jika fikiran acik menepati al-qur'an dan as-sunnah maka terimalah, sekiranya tidak maka mintalah dijauhkan dan jgn diamalkan...