Assalamu'alaikum wbt
Buat shbt yg dimuliakan Allah, syukur kehadrat Illahi kerna dengan limpah kurnianya dapat kita semua sekali lagi berjumpa dan bermesra melalui blog yg masih lagi didalam pemulihan sedikit demi sedikit utk diupdate dan dikembangkan...
Bersempena dengan ketibaan hari keputeraan (ada juga ulama' yg mengatakan bahawa hari ini jugalah mangkatnya baginda nabi SAW) maka berhati² kita menyambut ketibaan hari yg dimuliakan ini...
Mungkin ramai yg terasa seakan seronok dengan kedatangan hari maulidur rasul ini... maklumlah jatuhnya hari selasa, kalau diambil hari isnin tue cuti, maka dapatlah kita 4 hari cuti.. ye dak?... hehe... atau mungkin cuti yg lalu bersempena Tahun Baru Cina masih belum puas lagi... aritu dekat 8-9 hari kita bercuti kalau tak silap gaya... erm alahai...
Baiklah, lupakan sekejap pasal cuti, kiter berbalik pada ketibaan hari maulidur rasul ini... berapa banyakkah dikalangan kita yang benar² syukur dan benar² merasai kehadiran kekasih Allah ini iaitu nabi SAW?...
Adakah tanda kita bersyukur dengan anugerah Allah menurunkan nabi SAW dengan hanya bermaulid dan berarak di Komplek Sukan Bukit Jalil sahaja?... Atau adakah tanda kesyukuran kita dengan kehadiran kekasih Allah ini iaitu nabi SAW dengan kita mengamalkan segala perintah dan menjauhkan segala larangan yg disampaikan oleh nabi SAW?
Acik doakan agar sama-samalah kita pastikan bahawa dengan ketibaan hari keputeraan atau kemangkatan baginda nabi SAW sebagai titik permulaan kita untuk kembali mengamalkan segala suruhan dan jauhkan segala larangan yg disuruhbuat oleh nabi SAW... Janganlah kiter jadikan hari cuti maulidurrasul itu hanya sebagai cuti utk release tension setelah sibuk dan penat bekerja tanpa mengambil sebarang iktibar dan manfaat terhadapnya...
Sekian, wallahu a'lam bisshawab...
p/s: Acik manusia biasa yg masih jahil, jika fikiran acik menepati al-qur'an dan as-sunnah maka terimalah, sekiranya tidak maka mintalah dijauhkan dan jgn diamalkan...
No comments:
Post a Comment