Thursday, June 30, 2011

Berbicara sebentar tentang sedekah...

Assalamu'alaikum wbt buat semua sahabat... Acik berkesempatan memberikan satu soalan buat rakan² di forum Bincang.net... mari sama² kiter saksikan...

Tidak akan berkurang harta seseorang disebabkan bersedekah.” Hadis Nabi SAW...

Acik sekadar nak bertanya kat sini... jikalau kiter hampir pasti (bukan 100% betullah) yg org selalu minta sedekah kat kiter tue bukanlah seorg yg layak kiter sedekahkan (maybe sebab dia bukanlah sakit atau hadapi kekurangan anggota badan) adakah salah kiter bersedekah lagi kpdnya??...

Kenkadang kat kawasan tempat acik dok makan tgh nie mesti ada org yg sama meminta sedekah... kenkadang tue dia berlegar dari satu tempat ke satu tempat sampaikan kiter dah amat mengetahui yg kerjanyer sekadar cari makan dengan meminta sedekah... Adakah kiter dikira bersalah jikalau memberi sedekah kpd golongan sebegini?...

Acik bertanya nie sebenarnyer sebab ada sahabat yg menarik tgn acik sewaktu nak sedekah kat sipolan nie "jgn kasi dia... bukannyer betul pun susah!"... Adakah salah kiter sekadar mahu bersedekah kpd golongan yg sebegini?... Mohon pencerahan...

p/s: Mungkin ada yg biasa menghadapi org yg seperti acik ceritakan..



Jawapan seorang pakar rujuk agama acik di BDN

Menarik jugak sebab 2 hari lepas saya baru bagi tazkirah tentang sedekah di opis saya.

Bercakap mengenai sedekah nie, kalau kita faham, dalam banyak2 amalan Islam, sedekah lah yang paling tidak banyak rutin dan tatacaranya tetapi antra yang paling besar ganjarannya. Bayangkan dengan Rm1 yang kita sedekah utk membina masjid, pahala kita akan terus mengalir selagi mana masjid itu di manfaatkan dan pahala tadi di kali dengan gandaan 7 (bermakna yang amat banyak).

Allah berfirman:

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.: Al baqarah : 216

Malah sedekah tersebut tidak dilimitkan dengan wang ringgit. Senyuman adalah sedekah, segala perbuatan baik adalah sedekah MALAH memberi hutang utk mengurangkan beban orang yang berhutang juga adalah sedekah.

Apabila saya kata tidak ada tatacara khusus utk sedekah ini, bermakna Allah meluaskan kaedah sedekah ini dengan cara kita tersendiri. Jadi Allah tidak hususkan siapa patut menerima sedekah (cacat? sihat? tua? muda? kanak2? etc etc). Allah juga tidak mengkhsuuskan kita bertanyakan adakah orang yang meminta tadi mampu atau tidak. Malah tidak salah utk kita memberi sedekah kepada orang yang mampu. Contohnya memberi sedekah kepada pelajar2 yang sedang belajar di IPT. Memberi sedekah dengan saudara mara kita yang kesempitan wang. Memberi sedekah dengan jiran tetangga.

Allah juga tidak mengkhususkan kita bertanya kepada orang yang disedekahkan itu sama ada dia layak atau tidak. Berbeza dengan zakat. Sedekah ini malah boleh di berikan kepada orang KAYA! Yes. Sedekah juga boleh diberikan kepada orang kaya, dikala dia tengah kesempitan dengan harapan dia mendapat rahmat dan kemurahan rezeki Allah.

Tujuan sedekah ini bukan sebenarnya utk yang disedekahkan. Tujuan sedekah ini adalah utk DIRI KITA. Kita bersedekah utk diri kita sendiri. Utk mendapat pahala, masuk syurga dan terhindar dari api neraka. Itu sebenarnya tujuan sedekah. Jadi kemana sedekah tersebut pergi, bukan urusan kita.

Sebenar-benarnya harta milik kita adalah yang cukup kita dan ahli keluaga kita pakai. Selebihnya adalah milik orang lain. sebab itu dalam zakat, setelah tolak diri, isteri-isteri anak-anak dan perbelanjaan harian, selebihnya 2.5% kita zakatkan. Inilah konsep Social justice dalam Islam.

Bagi saya, tidak ada orang yang mahu meminta-minta melainkan dia memang terdesak. Kalau pun dia nak menipu menjadi pengemis, itu kerana dia terdesak menjadi pengemis. Maka berikan la apa yang kita mampu, dan berdoa Allah bukakan pintu hatinya.

Allah tidak pernah menyuruh kita menyoal orang yang meminta. Sebaliknya Allah menyuruh kita menyoal niat kita memberi. Memberi kerana apa? utk riak atau benar2 ikhlas.

Persoalan lain:

Dilarang meminta sedekah utk ayat al quran. Apakah ia termasuk ustaz2 yang mengajar al quran, ceramah dan yang mengubat? jawapannya TIDAK.

Hadis ini khusus untuk pada zaman nabi saw dan selepasnya di mana ada di antara mereka yang mengetahui tentang al quran "menjual" ayat2 al quran bagi mereka yang tidak tahu. Walhal rasullulah saw menyuruh supaya ayat2 al quran disebarkan dan bukan utk disekat. Maka hadis ini di turunkan. Pada masa tersebut tidak ada internet. Tidak ada guru2 yang mursyid ramai dan orang yang tahu ttg ayat quran dan hadis juga terbatas. Maka HAdis ini melarang perbuatan tersebut bukan kerana haram mengambil upah tersebut, tetapi kerana ia menyekat penyebaran ayat2 suci al Quran. Jadi ust2 dan amalan perubatan tu tak termasukla sebab ia termasuk dalam service. Ust tu bukan menjual al quran. Tetai menjual service utk bacaan yang lebih baik dll.

wallahualam
tj

No comments: