Tuesday, September 06, 2011

Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam???

Komen bernas dari saudara TJ terhadap isu ini...

salam

Saya lebih selesa utk menunggu keputusan dari yang berwajib. Walaupun saya tidak menafikan bahawa kristian memang ada agenda seperti yang telah dinyatakan di atas, tetapi kita sebagai umat Islam, dalam kebencian kita kepada sesuatu kaum itu, kita mesti berlaku adil.

Pagi tadi saya bercerita dengan seorang yang pernah murtad sebelum ini dan alhamdullilah kembali kepada Islam kembali setelah didakwahkan oleh kami. Dia bercerita mula2 pihak kristian ini akan bagi kita duit, bagi bantuan dll. Dia tak ajak pun masuk agama dia. Lepas tu bila dah jadi kawan, dia tanya kita, free tak ahad? Jom tolong masak2 kat gereja. Lepas tolong masak2, dengar pulak bible reading. Lepas tu ada pulak program utk anak2 kita. Lepas tu sedar tak sedar 5 tahun dia mengikut agama kristian.



Allah menyebut di dalam al quran

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka (al baqarah ayat 120)

Maksud di sini, dakyah orang Kristian ini akan berterusan. It is part of their nature and job. Should we blame them? NO. Why, sebab dari zaman sebelum nabi muhammad saw sehingga kiamat, orang kristian akan terus berdakwah. Mereka tidak akan berhenti. Tetapi, apa sebenarnya lawan kepada dakyah mereka ini? Jawapannya HUJAH.

Firman Allah:

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berbantahlah dengan mereka dengan yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalanNya dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (16:125)

Ayat ini disebut selepas Allah menyebut mengenai orang yahudi agar kita menjadi lebih fasih dan hebat dalam memahami agama kita kerana agama kita lah kebenaran.

To be honest, sebelum saya mendalami ilmu Islam, saya terlebih dahulu mendalami ilmu agama kristian. Saya ada menyimpan bible bahasa Inggeris dan Melayu sehingga sekarang. Setelah saya meneliti hujjah (saya jenis tak suka terima hujah tanpa mengkaji) saya dapati tidak ada hujah terbaik melainkan hujah Islam.

Bagi saya, perkasakan diri kita dan umat kita dengan akidah dan kefahaman Islam. Bentengkan diri kita dengan kekuatan rohani kemudian material. Kalau macam yang saya sebut sblm ini kemiskinan ini pertama kita kena akui. Mereka yang bergaji bawah RM2000 duduk di KL sebenarnya MISKIN. Ini yang bekerja. Kalau yang tak bekerja? Macam mana pulak? Apa usaha kita? Pemerintah kita? Jangan bila dah sakit baru nak makan ubat. sepatutnya sebelum sakit kita dah jaga kesihatan - mencegah dan mengambil sikap Saduz zarie - ie menutup pintu2 keburukan.

Inilah yang sebenarnya dalam Isu ini

saya akhiri dengan firman Allah swt

Wahai orang-orang yang beriman,

hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;

dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.

Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.

Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

[al-Maidah 5:08]

wallahualam
tj

Sumber: Bincang Muslimin & Muslimah BDN

1 comment:

Ckin Kembaq said...

Betu,. Merka tidak akan senang.. Sehingga kiamat. banyak agenda tersembunyi, tapi ramai yang masih tak nampak.. =_= smga kita dijauhkan dr terjath ke dlm perangkap mereka.insyaAllah..