Sunday, September 04, 2011

Salam kemenangan buat semua perajurit ramadhan...

Assalamu'alaikum wbt... Syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat acik sekali lagi menulis sebaris kata di blog yg semakin hilang taringnya sejak dua tiga menjak kebelakangan ini atau mmg dari dulu lagi? hehe..

Alhamdulillah... dpt lagi kita bersua muka dipaparan kisah acik kali ini... kisah kemenangan yg termampu acik lakukan diwaktu getir menyusuri medan pertempuran nafsu lapar dan dahaga tempoh hari... Alangkah getirnyer ramadhan tahun ini bilamana acik dijangkiti chicken pox sehingga menyebabkan acik bercuti sakit dari melakukan tugas seharian ditempat kerja...

Apapun, acik tetap bersyukur kerana Allah masih mengasihi acik dengan memberikan sedikit dari penyakit yg pada acik jika dibandingkan dengan seorang rakan acik yg mengidap penyakit leukimia dikala ini dan setiap waktu melakukan kimoterapinya maka apalah sangat dibandingkan dengan serangan chicken pox tersebut... tidak terbanding langsung!!...



Rasanya ramadhan kali ini banyak mengajar acik erti kesabaran dan erti perlunya menyegerakan dan mempercepatkan lagi proses penambahan bekalan untuk dibawa menuju Tuhan kelak... Perbekalan yg ada sekarang masih terlalu sedikit dan terlalu kecil jika dibandingkan dgn perbekalan yg dibawa oleh nabi SAW bahkan jika nak dibandingkan dgn sahabat atau salafussoleh pun ianya teramat ciput sekali... erm alahai...

Mudah-mudahan ada yg sudi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan acik disini dan acik turut jua mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat semua para sahabat yang mengenali acik ataupun mengenali acik secara cyber... Mudah-mudahan anda semua sentiasa bersedia untuk menghadapi saatnya...

Akhirulkalam, acik ingin mengucapkan selamat berhari raya dengan penuh berjimat cermat dan semoga selamat menunaikan puasa 6 dan juga semoga selamat didunia akhirat buat semua...

Sekian, wabilllahi taufik walhidayah wassalamu'alaikum wbt.

Acik fosilmitra sekeluarga.

No comments: