Monday, October 01, 2012

Bajet 2013 kerajaan = Bajet diri sendiri???

Assalamu'alaikum wbt dan salam hormat buat para pembaca "Bicara Acik Fosilmitra"...

Untuk pengetahuan semua, bermula 25hb Sept yg lalu, acik telah pun melanggan TMnet Streamyx di rumah acik ini... memandangkan UNIFI masih belum wujud (nampak sangat kawasan umah acik nie masih kelaut jauhnya.. hehehe) maka terpaksalah memakai TM net streamyx buat semantara waktu... Dikhabarkan kemungkinan hujung tahun ini baru mereka cuba utk memasang streamyx di kawasan sekitar semenyih ini... Dulu waktu acik dok Bdr Baru Bangi takdelah masalah sgt dgn internet nie...

Jadi, dikesempatan ini acik ingin bertanya kepada hadirin dan hadirat sekelian, bagaimana dengan Bajet Kerajaan yang telah diumumkan baru² ini dikaca televisyen dan dikebanyakkan media massa... Adakah anda mendapat sedikit sebanyak manfaatnya?...



Acik yakin dan percaya, bagi yang dapat menikmati duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)... syukur Alhamdulillah kerana siapalah nak kasi RM500 ye dak?.. Bagi golongan pertengahan dan kaya... anda pulak bagaimana?... Disamping itu ada jugak kedengaran yang bajet 2013 ini mesra pekerja gomen saja dan tidak pekerja swasta... apa pulak kisahnya tue?...

Apa pun yg terjadi, apapun yg berlaku... hidup perlu diteruskan.. jgn bersedih hati dan janganlah pula kamu merasa gundah gulana... Ingat bahawa Allah sentiasa bersama dengan org yg sabar... Acik doakan agar seluruh rakyat Malaysia dapat cuba utk membuat sedikit perubahan ke dalam kerajaan kita agar dapat kita rasai sedikit perbaikan didalam kehidupan kita seharian...

Mulakan niat dan tekad anda untuk Pilihanraya Umum yang ke-13 nanti...

Wassalam.

1 comment:

Mohd Aslam said...

kawasan mana tu acik? mungkin boleh anta internal report ke TM utk dorang masuk line UNIFI