Wednesday, July 31, 2013

Maafkanlah... bila hati.. tak sempurna menyintaiMu..




dosa org yg kita marah sebab buat video atau gambar atau statement yg mungkin dibuat ketika beliau jahil entah2 dah lama diampun oleh Allah .... kita ni tanpa siasat terus sebarkan dalam facebook, membangkitkan fitnah yg telah terkubur mungkin 3 atau 4 atau 10 tahun yang lalu, mungkin dia bersalah, mungkin dia perlu dihukum, tapi kita?.... kenapa kita jugak mencari sebab utk Allah hukum kita kerana membangkitkan fitnah yg telah terkubur.... jgn mudah share, jgn mudah utk comment, siasat lah dulu atau diam.... dalam perkara fitnah, diam adalah lebih baik.



Ini berdasarkan sepotong hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim seperti berikut:

انها ستكون فتنة القاعد فيها خير من القائم و القائم خير من الماشي و الماشي خير من الساعي

Sesungguhnya akan terjadi fitnah, orang yang duduk (diam) adalah lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri adalah lebih baik daripada orang yang berjalan. Dan orang yang berjalan adalah lebih baik daripada orang yang berlari.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12)

From fb Farid Wajidi...

No comments: