Saturday, July 20, 2013

Penghinaan yang dilakukan oleh Alvin & Vivian Terhadap Islam.. apa pandangan islam?

"apa yg hangpa nak defend sgt org bukan Islam tu!... agama lain nak defend, agama sendiri di biar dihina!... habis tu hangpa nak suruh buat apa? takkan nak suruh dok diam saja!... bodoh.... bacul... dayus...."

tuan2 ikhwatul iman ... kalaulah perjuangan ini semudah bila kita menegur terus org tu berubah, maka tak adalah konsep jihad dan bersabar dalam perjuangan. Semua org pernah dengar cerita nabi bersama perempuan tua yahudi yg buta, sampai nabi wafat, perempuan yahudi tua tersebut tetap menghina nabi saw, adakah ini bermakna nabi gagal? tak... perjuangan dan usaha dakwah nabi akhirnya berhasil bila perempuan tersebut mengucapkan kalimah syahadah dihadapan Saidina Abu Bakar ra. Tak sempat pun nabi melihat hasil perjuangan beliau, tapi nabi tetap terus berusaha berjuang tanpa putus asa.

ada banyak konsep dakwah nabi saw bawak bagi mendekati org kafir terutamanya yg menghina Islam, namun begitu ada 2 konsep yg cukup besar yg ditunjukkan oleh nabi saw iaitu akhlak yg baik dan berdialog. Kita boleh baca dari sejarah nabi akhlak yg baik digunakan bagi mendekati org kafir setempat manakala konsep berdialog digunakan apabila berjumpa pemimpin2 dan org2 yg berpengaruh.



konsep akhlak yg baik ni termasuklah menunjukkan ciri kepimpinan Islam yg adil. Perasan tak kalau korang tengok komen2 dlm akhbar online dan dalam youtube sekarang ni, ada komen2 dari org2 bukan Islam yg dah menjurus kepada memahami Islam, malah ada diantara mereka yg terus menerus menyatakan sokongan kepada Islam dan ingin sekali berada dibawah kepimpinan Islam kerana melihatkan betapa indahnya akhlak dan keadilan yg ditunjukkan oleh seorang pemimpin ulama yg terkenal ini. Namun hati kita susah nak terima disebabkan adanya benteng perbezaan politik, oleh itu kita menutup mata utk melihat perubahan ini tetapi kita fokus kepada beberapa org bukan Islam yg menghina Islam. Maka dengan itu keluarlah segala caci maki, hina menghina, sentimen keagamaan mula memuncak, masing2 ingin menunjukkan kehebatan masing2 .... maka ciri2 mempertahankan Islam sekarang ialah menjarakkan sejauh jauhnya diantara org bukan Islam dan org Islam, biarlah org kafir benci pada sikap org muslim sekarang asalkan Islam tidak dihina, maka bermula lah ko maki aku, aku maki ko balik. If we want to play this game, maka ianya tak akan berakhir. Allah dah bagitau dalam AlQuran surah Al-An'am ayat 108

"Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka telah lakukan."

Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka Allah menurunkan laranganNya ini. Kalau lah nabi mengambil sikap sama seperti kita ingin cepat melihat hasil dakwah instead of terus berusaha berjuang dan bertawakkal pada Allah maka belum tentu perempuan yahudi buta itu akan memeluk Islam.

Dalam konsep berdialog, suka saya nyatakan penghinaan yg berlaku di malaysia dalam berbentuk gambar atau statement yg bersifat emosi. Kalau lah sekiranya ada seorang bukan Islam di negara kita yg mengeluarkan buku menghina Islam dan AlQuran, agak2 apa yg akan terjadi pada beliau? Sudah tentu kita akan bersikap lebih beremosi dgn kata2 kasar dan cercaan serta memaksa agar kerajaan menjatuhkan terus hukuman bunuh atau sebat kepada org yg mengeluarkan buku tersebut. Maka apa hasil yg kita dapat drpd konsep mempertahankan Islam tersebut, mungkin Islam tidak lagi dihina, mungkin org bukan islam menjadi takut pada org Islam kerana kuasa yg ada pada kita atau mungkinkah akan menambah burukkan lagi keadaan bila org kafir hilang kesabaran dan memulakan pemberontakan?.

Dr William Campbell pernah mengeluarkan buku yg menghina AlQuran, bukan setakat statement atau gambar, tapi buku, buku yg laris dipasaran. Saya suka dgn pendekatan yg diambil oleh org Islam disana, tak perlu kepada caci maki, tak perlu kepada pergaduhan kerana kita tahu tidak akan ada hasil yg baik drpd perbuatan membalas dendam. Mereka menganjurkan konsep berdialog dan perbahasan diantara Dr William Campbell dan jugak Dr Zakir Naik. Hasil drpd perbahasan tersebut, lebih ramai org bukan Islam terbuka mindanya terhadap keajaiban AlQuran, maka ramai yg mula menerima Islam. Perbahasan tersebut menjadi buah mulut ramai org sehingga org kafir sendiri hilang kepercayaan kepada agama mereka sendiri akibat drpd kebenaran AlQuran dan kepalsuan kitab yg mereka pegang selama ini. Adakah Dr Zakir Naik di kritik kerana membuat perbahasan ini? Jawapannya "Ya!", Dr Zakir Naik juga dikritik sehingga ada ulama yg mengeluarkan fatwa Dr Zakir Naik sesat dan kuffar kerana beliau telah menyebabkan lebih ramai org bukan Islam drpd menganuti agama wahyu (kristian) kepada menjadi atheist kerana bagi mereka lebih sesat atheist berbanding kristian. Namun apa tindakan Dr Zakir Naik, beliau tetap meneruskan konsep dakwah secara berdialog ini kerana beliau yakin hidayah adalah milik Allah kerana apa yg Allah suruh kita buat ialah "qul!" (katakan!) kebenaran, sampaikan tentang Islam, samada diorang mendapat hidayah utk terima Islam atau tak, itu adalah hak milik mutlak Allah SWT. Hasilnya bukan setakat Dr William Campbel terus menyepi drpd dunia mengkritik Islam, malah org bukan Islam dan org Islam sendiri seolah2 mendapat cahaya petunjuk baru drpd Allah SWT hasil drpd dakwah ini hanya dgn menegakkan kalimah yg ada dlm AlQuran.

Kita lihat konsep pendekatan dakwah yg dibuat oleh Dr Zakir Naik dan kita bandingkan konsep mempertahankan Islam yg cuba kita bawa di bumi kita Malaysia.

di negara kita, "MASALAH BERMULA DGN ORG MENGHINA ISLAM, MASALAH BERAKHIR DGN ORG MAKIN MEMBENCI ISLAM".

konsep Dr Zakir Naik,"MASALAH BERMULA DGN ORG MENGHINA ISLAM, MASALAH BERAKHIR DGN ORG MENERIMA ISLAM".

apakah konsep yg dibawa oleh kumpulan Dr Zakir Naik ini adalah konsep baru? tidak, ianya ada menyambung usaha dakwah yg juga di anjurkan oleh Nabi SAW. Apakah konsep mempertahanan Islam yg kita buat di Malaysia dgn mencaci dan mencerca adalah konsep yg dibawa oleh Nabi SAW? Saya nak ambik sikit ungkapan yg selalu digunakan oleh sahabat tabligh "DAKWAH CARA NABI MEMBAWA KEJAYAAN". Berapa banyak ustaz2 serta alim ulama yg kita ada di tanahair tercinta ini, yg hebat2 belaka, dan tak mustahil konsep berdialog ini boleh dijadikan satu agenda yg dilakukan dinegara kita ini.

Hukuman.... mungkin perlu mungkin tak perlu, kalau sekiranya perlu sekalipun kerana menghina Islam akan menimbulkan kekacauan kerana menyentuh sensitiviti umat Islam, maka berlaku adil lah. Kalau sekiranya bukan Islam dikenakan hukuman kerana menghina Islam, maka hukumlah juga org Islam yg menghina agama lain. Jika tidak, kita akan menunjukkan kepincangan dalam sistem pemerintahan Islam, tindakan kita akan membawa fitnah kepada gerak kerja dan dakwah Islam. Begitu juga dgn suara2 yg ingin menyekat kehadiran seorang paderi ke negara kita kerana menyokong penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam. Kita terus menyekat kedatangan beliau sedangkan inilah peluang utk diadakan dialog diantara paderi tersebut dgn ulama muktabar kita dibumi Malaysia ini, kalau sekiranya beliau takut utk berdialog atau berbahas maka ini dgn sendirinya akan menyebabkan beliau tidak mahu dtg ke malaysia tanpa perlu menyekat dgn undang2 negara kita. Tapi ini tidak, kita lantang menyekat mereka tetapi pada masa yg sama kita amat marah bila Dr Zakir Naik di sekat oleh UK utk masuk ke negara mereka. Kita buat boleh! Org buat tak boleh!. Jadi di manakah konsep keadilan dlm Islam yg cuba kita cerminkan kepada masyarakat bukan Islam?.

"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan".

(Surah al-Ma'idah ayat

Oleh itu, tak dinafikan sebenarnya sikap kita lah sebenarnya yg membawa fitnah kepada Islam serta dakwah dan gerak kerja Islam. Mentaliti skim cepat kaya masih banyak wujud dikalangan masyarakat kita sehingga membawa kepada konsep dakwah,.... semua benda kita nak hasil yg cepat, disebabkan kita malas nak buat dakwah cara yg nabi anjurkan maka kita terus mencaci dan mencerca serta menimbulkan pergaduhan atas nama mempertahankan Islam sambil mengharapkan org bukan Islam cepat2 takut dan tidak menghina Islam lagi, malah kita rasa dapat pahala pulak sebab cuba mempertahankan Islam. Malah ada di antara NGO Islam sendiri yg melabelkan mereka yg cuba menunjukkan kecantikan dan keindahan dalam dakwah gerak kerja Islam sebagai bodoh, bacul dan dayus sedangkan mereka tanpa sedar menimbulkan fitnah pada Islam dan membakar api kebencian dikalangan bukan Islam, dakwah mereka bukan mendekatkan org bukan Islam kpd Islam tapi dakwah mereka menjauhkan lagi org bukan Islam kepada Islam.

Akhir kata ingin saya sarankan kepada semua agar dalam bulan Ramadhan yg mulia ini agar kita menghayati ayat berikut.

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk." - An-Nahl 125.

sesungguhnya saya lah yg paling lemah diantara korang semua, banyaknya dosa saya pada Allah dan pada manusia hanya Allah yg Maha Mengetahui. Penulisan saya di atas tentulah banyak yg salah, kalau ada yg betul kita sama2 muhasabah, kalau tersalah harap dapat ditegur .... teguran tuan2 lah yg membuat diri menjadi semakin kuat dan semakin berilmu. Sekian. Assalamualaikum WBT.

Sumber dari facebook... Farid Wajidi Ariffin (Komanderwajdi)

No comments: