Pada 12hb November 2013 yang lalu maka genaplah sudah acik berusia 10 tahun sebagai ahli senior di Forum Bincang.net... Acik mendaftarkan diri disana bermula pada
Daftar Pada:
12 Nov 2003
Terasa seakan dah tua sangat umur acik nie dikala ini namun kenangan bersama rakan² di Bincang.net sebenarnya seakan baru seminggu terasa... cewahhh...
Acik mula berjinak² dibidang foum bilamana mengunjungi sebuah medium chatting yang begitu terkenal suatu ketika dahulu dikenali sebagai mIRC... Yelah... dedulu kalau nak berchatting nie biasanya kita pergi kat cyber cafe atau dimana² CC yg berdekatan dengan rumah kita... namun acik sedikit beruntung kerana dibawa oleh abg sulung acik, diperkenalkan oleh beliau untuk berchatting di pejabatnya di UKM, Bangi... waktu itu acik mulalah berjinak² berchatting di channel Surau... channel masjid dan biasalah kalau tak channel Kampung yg bergitu famous dahulu...
Dari situ acik berkenalan dengan seorang teman yang memperkenalkan acik sebuah laman web iaitu di forum JAKIM iaitu suatu laman web yang dibuka oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai JAKIM. Dari situ acik menggunakan nama samaran "fosilmitra" dan bermulalah berjinak² dengan dunia perforuman... Namun forum JAKIM ini tidak kekal lama bila ianya ditutup beberapa tahun selepas itu... acik bermula berforum sekitar tahun 2000 dan 2001 acik dah mula aktif sebagai ahli senior forum JAKIM tersebut..
Ketika foru JAKIM terkubur tanpa sebarang alasan dan sebab musabab... acik terbawa ke forum MyMasjid dan disana acik ketemu dengan link atau pautan untuk ke forum Bincang.net ini... Di forum MyMasjid acik semamngnya mengenai admin dan moderator mereka dan atas sokongan seorang kawan lama yg juga ahli forum Bincang.net (namanya Humairah) maka acik mulalah bergiat aktif berforum disini pula...
Forum MyMasjid ketika itu agak suram kemungkinan kerana ahlinya yg agak kurang... yg agak aktif dengan ramainya ahli yang bijaksana ialah forum Bincang.net maka acik un aktiflah disana berbanding MyMasjid...
Setelah beberapa dekat berada disana, acik diberi mandat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang moderator di Bilik Bincang Muslimin dan Muslimah dan ianya kekal tidak begitu lama kerana kegagalan acik menjalankan tanggungjawab yang begitu berkesan disana...
Dikesempata ini, acik ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua rakan² disana yang samada mengenali atau tidak mengenali acik dari dekat dan segala kesalahan rakan² kepada acik telah lama acik maafkan...
Sememangnya acik hanyalah manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan ketidaksempurnaan selama ini... Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang keji dan jahat itu datangnya dari dalam diri acik sendiri...
Sekina, wabillahi taufik walhidayah wassalamu a'alaikum wbt.
Ikhlas,
Acik Fosilmitra
No comments:
Post a Comment