Saturday, April 05, 2014

Sayangkan anak tangan-tangankan...


Teringat acik sewaktu di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dahulu... seakan mengimbau sejarah bagaimana teruknya acik dipukul... acik ditangan... acik dicubit (kat perut)... dikoyakkan buku latihan acik sambil melemparnya ke muka acik sebabkan tak buat kerja sekolah... dan macam-macam lagi deraan yang acik rasa kalaulah dizaman ini berlaku seperti itu, dah tentu press conference lama dibuat oleh mak pak acik...



Susahnya nak menangani masalah dengan ibu bapa yang terlalu over protective dan terlalu risau sangat dengan keadaan anak mereka sampaikan tak boleh lagi disentuh dan dicubit walaupun sedikit...Yaa... kadangkala bila kita melihat corak pembelajaran dan cara pendidikan dizaman sekarang berbanding dizaman sewaktu acik masih kecil dulu... kelihatan anak-anak kecil dizaman sekarang ni terlalu cepat belajar sesuatu.

Acik kadangkala terkejut melihatkan anak acik yang telah berada di tahun 2 telah pun belajar Bahasa Arab yang seingat acik tak pernah langsung acik pelajari melainkan kalau mengambil Diploma Business Banking dan mengambil subject Bahasa Arab berbanding Bahasa Mandarin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tempoh hari...

Laa nie anak acik baru darjah satu dan dua dah belajar subject tersebut... dan beberapa subject yang dulunya tak pernah acik pelajari... disamping topik matapelajaran matematik misalnya dan perlu mendarah, membahagi, mengira sampai seribu... hai... rasa-rasa acik dah tingkatan baru acik nak belajar agaknya... Hmm... tak tahulah sebab dah lama sangat tak sekolah... hehehe...

Apapun, moga-moga jadi satu pengajaran dan iktibar buat kita sebagai ibu bapa yang prihatin agar janganlah terlalu memikirkan tentang ilmu dunia semata-mata dan melupakan ilmu diakhirat sana... Ingatan untuk acik dan tuan puan semua... InsyaAllah...

Wallahu a'lam bisshawab.

No comments: