Tuesday, April 22, 2014

Apabila menghampiri Alam Barzakh...



Assalamualaikum, minta maaf semua... ada rezeki kita jumpa lagi.

Peringatan bersama, tak guna kita kutuk wahabi, salafi, tabligh serta jemaah2 lain, PAS dan kuncu2nya, umno dan kuncu2nya, karpal, org kutuk karpal, tok guru, tok bomoh, wardina, ust don, dr maza dan semua isu2 berbangkit yang disumbat masuk dalam laman facebook ini sekiranya amal kebajikan dan amanah antara hubungan kita dgn Allah dan amal kebajikan serta amanah antara hubungan kita sesama manusia kita tak jaga. Surah Al-Baqarah ayat 177 menerangkan secara jelas dan lengkap, amanah serta kebajikan yang perlu kita fokus bersama "Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke barat, tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) org yg beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat2, kitab2, dan nabi2, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak2 yatim, org2 miskin, org2 yg dlm perjalanan (musafir), peminta2, dan utk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, org2 yang menepati janji apabila berjanji, dan org yg sabar dalam kemelaratan, penderitaan dan pada masa peperangan. Mereka itulah org2 yg benar, dan mereka itulah org2 yg bertaqwa".

trust me, apabila tuan2 menghampiri saat2 kematian, tak ada perkara lain yg lebih penting dalam hidup tuan2 melainkan utk menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Allah didalam AlQuran, bukan bermakna tuan2 kena habiskan masa di atas tikar sejadah, putus asa dan akhirnya terperdaya dgn tipuan syaitan.... tetapi banyak lagi perintah lain yg Allah senaraikan dalam AlQuran bagi memburu redha dan kasih Allah. And trust me, apabila tuan2 menghadapi saat2 kematian, hanya amalan yang Allah dan Rasul bagitau sahaja yg tuan2 rasa nak buat dan usahakan, but yet people of facebook love to label us many names ...."when we try to follow the real teaching of prophet Muhammad, we know that we can't make it perfect, but we really try with solat, doa and tawakkal to Allah .... but yet people will label us as you know who .... eventough we don't know who are those people really are".

Salam, sekian, jumpa lagi, InsyaAllah.
From: Farid Wajidi Ariffin. 

No comments: