Thursday, May 29, 2014

Isu Coklat Cadbury Ada DNA Khinzir...

As-salam...

Minggu ini dan minggu berikutnya satu Malaysia kecoh dengan isu penemuan DNA khinzir didalam coklat Cadbury yang begitu digilai oleh kebanyakkan umat di Malaysia Raya ini...


Isu mengenai haramnya babi ini masuk ke dalam makanan umat islam amatlah sensitif dan sentiasa dipandang berat oleh umat islam di Malaysia... Kadangkala isu mengenai DNA babi ini sememangnya lebih berat berbanding isu Rasuah... Riba... Arak... Judi... Buka Aurat termasuklah isu tak solat 5 waktu... 

Justeru itu, harapnya pihak pengeluar coklat Cadbury ini prihatinlah sikit dengan umat islam di Malaysia ini... kami tak mahu adanya DNA babi didalam makanan kami... kami tak mahu darah daging kami terkandung benda yang haram... namun kes² haram yang disebutkan tadi (Rasuah... Riba... Arak... Judi... Buka Aurat termasuklah isu tak solat 5 waktu...) kira bolehlah... tak perlu dikecohkan sangat hal ni... ianya sekadar dosa biasa sahaja... Hmmm alahai...

Wallahu a'lam bisshawab.

Thursday, May 22, 2014

Pengajaran dari suatu kursus...

Bebaru ini acik menghadiri suatu kursus mengenai Communication Skill dan ianya diajari oleh seorang wanita bernama Pn. Riena yang amat berpengalaman sekali... Antara lain ada beberapa perkara yang menarik perhatian acik untuk taipkan didalam blog ini.. mudah-mudahan kita dapat sama-sama mengambil pengajaran dan iktibar...

Pertama,

Beliau pernah berjumpa dengan seorang pemuda dari Pakistan yang mengambil kursus yang mempunyai matapelajaran bahasa inggeris didalamnya... Namun tahukah anda semua bahawa lelaki ini tadi sebenarnya adalah "zero with english".. bermakna kat sini.. bukan setakat hello dia tak faham apa maksudnya... perkataan good morning, shut up etc semua lagi laa dia tak pernah tau dan tak reti sebut...

Jadinya facilitator acik Pn. Riena nie memberikan sedikit motivasi kepadanya dan disebabkan semangat kental yang ada pada pemuda ini menyebabkan dalam masa setahun beliau mampu berbicara dengan fasih bahasa Amerika...Memang mengejutkan bilamana beliau mengatakan "youtube" merupakan guru terbaik baginya untuk berbicara didalam bahasa inggeris... Salah satu youtube tersebut adalah seperti dibawah ini:



Sunday, May 11, 2014

Hari Ibu... Wajarkah disambut?...



Saban tahun bila tiba sahaja Hari Ibu yang ditetapkan oleh orang bukan islam (Yahudi) maka akan kembalilah isu agar kita semua dilarang sambut hari ibu ni.. Tak boleh sambut hari ibu ni.. dan pelbagai lagi kenyataan yang pakar dari ahli-ahli agama...

Jadi jawabnya, tak bolehlah acik nak wish selamat hari ibu kepada ibu acik atas sebab ianya dilarang oleh agama... dan sebaiknya sebagai orang islam kita kena taat... kita kena patuh dengan seruan mereka yang tidak membenarkan kita menyambut hari Ibu ini...

Moga kita sentiasa tanamkan dijiwa kita bahawa setiap hari dalam setahun dan selamanya adalah hari Ibu dan kita kena taati ibu dan taati bapa kita dan dengan ketaatan tersebut jualah maka kita akan dapat taati perintah Allah dan Rasul...

Wallahu a'lam bisshawab.

Sunday, May 04, 2014

Ada Apa Dengan GST???



Biar gambar berbicara...


Credit to Wan Muhammad Akbar...

Seterusnya boleh google sini... Apabila Dunia Dah Akhir Zaman... Islam Pasti Gemilang...

Thursday, May 01, 2014

Semoga Tabah Menghadapi Ketentuan Illahi sahabatku... Sharidzal Shamsuri..

Petang tadi acik mendapat perkhabaran berita dari seorang sahabat karib acik yang dah acik anggap seperti abang kandung acik sendiri... Nama beliau Sharidzal Shamsuri... beliau bersama² acik belajar di UiTM Melaka dahulu dan beliau jualah yang turut mendapatkan acik pekerjaan dimana acik bekerja sekarang ini.

Ayah beliau Encik Shamsuri telah pun meninggal dunia pada pagi ini setelah dikhabarkan menghadapi penyakit cancer hati peringkat yang ke-3 dan terakhir sekali... Sungguhpun sharidzal pernah memaklumkan bahawa ayahnya dimaklumkan oleh doktor boleh bertahan dalam tempoh 2-3 bulan lagi namun inilah ketentuan Illahi... ayahnya pergi dalam masa yang begitu singkat sekali...

Dikesempatan ini acik mendoakan agar roh ayahanda sharidzal akan tenang dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman... Sesungguhnya kematian itu pasti mendatangi kita sungguhpun kita berada didalam benteng yang kukuh lagi kuat... Kepada shbt acik sharidzal.. moga tabah menghadapi ketentuan Illahi.. tahun 2014 merupakan tahun berdukacita buat keluargamu... Sabar dan teruskan bersabar sahabat... InsyaAllah ganjaran pasti akan diberikan nanti...

Wassalam.