Bebaru ini acik menghadiri suatu kursus mengenai Communication Skill dan ianya diajari oleh seorang wanita bernama Pn. Riena yang amat berpengalaman sekali... Antara lain ada beberapa perkara yang menarik perhatian acik untuk taipkan didalam blog ini.. mudah-mudahan kita dapat sama-sama mengambil pengajaran dan iktibar...
Pertama,
Beliau pernah berjumpa dengan seorang pemuda dari Pakistan yang mengambil kursus yang mempunyai matapelajaran bahasa inggeris didalamnya... Namun tahukah anda semua bahawa lelaki ini tadi sebenarnya adalah "zero with english".. bermakna kat sini.. bukan setakat hello dia tak faham apa maksudnya... perkataan good morning, shut up etc semua lagi laa dia tak pernah tau dan tak reti sebut...
Jadinya facilitator acik Pn. Riena nie memberikan sedikit motivasi kepadanya dan disebabkan semangat kental yang ada pada pemuda ini menyebabkan dalam masa setahun beliau mampu berbicara dengan fasih bahasa Amerika...Memang mengejutkan bilamana beliau mengatakan "youtube" merupakan guru terbaik baginya untuk berbicara didalam bahasa inggeris... Salah satu youtube tersebut adalah seperti dibawah ini:
Disamping itu, Pn. Riena juga mengingatkan kepada kami semua agar sentiasa menjawab begini jika ada orang bertanyakan tentang "Berapakah umur anda?"... "Umur saya 25 tahun plus plus..." terpulang pada sipenanya untuk memikirkan berapa sebenarnya "plus" umur anda tersebut sebab dengan mengingatkan kita masih berada didalam 25 thn, maka kita sebenarnya dirangsang untuk mengatakan kepada dalam diri kita "Nothing is too late" untuk kita melakukan sesuatu...
kadangkala bila kita terkenang umur kita yang dah lanjut... maka dikala itu kita akan merasakan bahawa "aku dah tak layak lagi nak sambung belajar balik nie"... dalam mindset kita akan ada kata² tolakan dan penghalang menyebabkan kita akan sentiasa merasakan bahawa umur adalah penghalang utama bagi kita untuk berjaya...
Ingat... dengan mengatakan umur anda 25++ maka sebenarnya akan menyebabkan anda merasakan belum terlewat lagi untuk aku belajar berbicara bahasa inggeris... atau bertutur bahasa arab, mandarin, tamil dan sebagainya lagi. Jadi lupakan tentang umur anda jika hendak mara kehadapan... Teruskan niat anda untuk belajar apa sahaja yang anda impikan selama ini...
Kedua,
Anda perlukan perubahan yang drastik didalam hidup anda... perubahan yang cepat dan perubahan yang mempunyai jangka masa seminggu atau sebulan boleh menyebabkan anda segera mengingati akan matlamat anda.. Sebagai cth anda impikan tubuh yang langsing atau badan yang kurus maka anda kena start diet dari sekarang...
Jangan bertangguh-tangguh walau sesaat pun didalam mencapat impian anda... Pn. Riena pernah membelikan sehelai baju bersaiz 8 kepada seorang shabatnya yang teramatlah gemoknya... Kegemokannya adalah lebih kurang Syani (seorang perempuan yang mempunyai berat badan yang terlampau gemok) atau kalau anda masih ingat dengan angah Raja Lawak dan menjadi pengacara tempelan dalam siri Maharaja Lawak Mega 2014 baru-baru ini... maka begitulah kegemokan wanita tersebut..
Namun disebabkan keinginan untuk memakai baju yang diberikan oleh Pn. Riena itu tadi ditambah dengan hasutan kenkawan yang mahukan beliau bertubuh langsing maka kawan pn. riena tadi mampu memakai pakaian yang bersaiz 8 didalam masa setahun setengah... Bayangkan jikalau anda mempunyai keazaman dan tindakan mahu berubah secara drastik... ianya sememangnya menakjubkan!!!... Bagi penghisap rokok tegar sememangnya dinasihatkan agar berubah secara drastik dan bermula secepat mungkin.
Ketiga,
Memakai kasut bertumit tinggi merupakan satu kekuatan yang ada pada dalam diri pn. Riena ini... kemana beliau pergi, kemana saja kursus yang beliau hadiri maka beliau takkan terlepas untuk memakai kasut tumit tinggi... Pada beliau dengan memakai kasut tumit tinggi ini akan menyebabkan keyakinan beliau memuncak... Beliau berasa yakin dan tidak terasa terlalu rendah sangat.
Kadangkala kita perlu mencari sesuatu kekuatan yang ada pada dalam diri kita yang mampu kita lontarkan kepada semua orang agar semua yang mengenali kita akan secara tidak sengaja akan mengatakan "Awak ni memang kelakarlah!"... "Awak ni memang pandailah!"... "Awak ni sememangnya bijak!" dan pelbagai lagi kata positif yang mana didalam islam merupakan seperti suatu doa buat diri kita... Cuba mula mencari dimana kekuatan anda selama ini... hidung anda mancungkah.... suara anda sedapkah... atau tangan anda kuat dan sebagainya lagi...
Disamping itu, cuba untuk memakai pakaian yang berlainan jenis... cth kain tudung anda berwarna hitam, baju anda berwarna merah dan kain anda berwarna biru... Biasanya orang yang tidak memakai kain yang sama jenis cth bila baju warna hijau maka tudung pun akan berwarna hijau sedikit dan kain pun sama.. Walhal orang yang memakai kain, baju dan tudung yang berlainan warna ini sebenarnya menunjukkan bahawa mereka adalah seorang yang mempunyai prinsip dan amat berdedikasi sekali... Dia tidak terpengaruh dengan keadaan dan suasana sekitarnya.
Dan akhir sekali yang acik ingat... (maaf sebenarnya banyak lagi yang beliau maklumkan) namun pepahamlah disebabkan acik nie jenis pelupa sedikit orangnya maka yang diatas tersebut sahajalah yang acik teringat... InsyaAllah jika ada lagi info² dari kenkawan yang pergi kursus tempoh hari maka akan acik postkan semula disini.
Sekian, wallahu a'lam bisshawab.
No comments:
Post a Comment