Thursday, May 29, 2014

Isu Coklat Cadbury Ada DNA Khinzir...

As-salam...

Minggu ini dan minggu berikutnya satu Malaysia kecoh dengan isu penemuan DNA khinzir didalam coklat Cadbury yang begitu digilai oleh kebanyakkan umat di Malaysia Raya ini...


Isu mengenai haramnya babi ini masuk ke dalam makanan umat islam amatlah sensitif dan sentiasa dipandang berat oleh umat islam di Malaysia... Kadangkala isu mengenai DNA babi ini sememangnya lebih berat berbanding isu Rasuah... Riba... Arak... Judi... Buka Aurat termasuklah isu tak solat 5 waktu... 

Justeru itu, harapnya pihak pengeluar coklat Cadbury ini prihatinlah sikit dengan umat islam di Malaysia ini... kami tak mahu adanya DNA babi didalam makanan kami... kami tak mahu darah daging kami terkandung benda yang haram... namun kes² haram yang disebutkan tadi (Rasuah... Riba... Arak... Judi... Buka Aurat termasuklah isu tak solat 5 waktu...) kira bolehlah... tak perlu dikecohkan sangat hal ni... ianya sekadar dosa biasa sahaja... Hmmm alahai...

Wallahu a'lam bisshawab.

No comments: