Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat acik sekali lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk menulis kata dan wadah di blogspot ini...
Semoga apa yang dapat acik sampaikan disini acik terlebih dulu dpt mengamalkan dan mudah mudahan perkongsian ilmu yang ada pada acik menerusi pembacaan, pendengaran, penglihatan dan sebagainya yang terhadam dalam diri acik dapat acik pulangkan kembali kepada masyarakat dan diri acik sendiri..
Sebenarnya kerinduan terhadap forum Bincang.Net memaksa acik menuliskan warkah disini.. Acik tertarik dengan sebaris kata kata ustaz Ebit Lew yang kini terkenal serata Malaysia dengan tazkirahnya..
"Sebaik-baik diriku, sebenarnya ada yang lebih baik lagi dan sejahat jahat manusia lain maka jahat lagi diri aku ini.."
Jika nak dihitungkan dan dituliskan kembali kejahatan yang pernah acik lakukan sepanjang 41 tahun acik menghirup udara segar kasih sayang Allah SWT kepada acik nescaya takkan habis sehingga akhir hayat acik.
Sungguhpun kebanyakan kejahatan yang acik telah lakukan dilindungi oleh Allah SWT dan aib acik sentiasa tidak terhidu dek manusia namun percayalah malaikat yang mencatit amalan acik pasti takkan lupa dan mencatatkannya untuk diberikan kepada Allah SWT untuk dihitungkan.
Adakalanya acik memang sedar akan kesalahan dan kesilapan yang acik telah lakukan, namun kesilapan itu dan kesalahan itu seringkali terasa hilang di jiwa acik.. Perasaan ini sebenarnya adalah godaan shaitonnn terhadap acik kerana sesungguhnya shaitonnn amat membenci akan perubahan acik menuju kebaikan.
Akhirulkalam, acik doakan agar acik mampu menyamai seorang sahabat acik yang telah pergi jauh meninggalkan acik dari dunia ini iaitu arwah Farid Wajidi Ariffin dan juga seorang sahabat lama yang selalu mengajak acik keluar berjemaah ke jalan Allah SWT selama 3 hari di Uitm Lendu Melaka dahulu bernama Barizi..
Acik rindukan mereka dan acik rasa sudah tiba masanya acik menjejak kembali kekuatan semangat islam mereka yang telah hilang dari jiwa acik ini.. Sesungguhnya hidayah milik Allah SWT.. Acik yakin dan percaya acik akan kembali kepada fitrah acik yang sebenarnya... InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment