Susahkah untuk bergelar khalifah di muka bumi ini?
Susah. Memang susah.
Dunia diciptakan untuk mengakhirkan kita kepada salah satu di antara 2. Syurga atau neraka. Jalan ke syurga tidak mudah. Jalan ke neraka tidak susah. Maka tidak ada pengakhiran yang lain melainkan syurga, maka kerana itulah kehidupan di dunia ini menjadi susah, tetapi tidak mustahil.
Kalau kita fikirkan adilkah Allah SWT memberikan kita kesusahan ini? Saya rasa amat adil. Kita disuruh susah 40, 50, 60, 70 atau paling-paling 100 lebih tahun. Tetapi dengan kesabaran hasil dari kesusahan ini kita mendapat ganjaran kesenangan di akhirat yang abadi ie infinity, selama-lamanya.
Kesenangan yang lebih hebat dari apa yang kita ada kat dunia ini. Kalau kita perumpamakan dengan menyusahkan diri sedikit dengan hanya menyimpan 10 sen di dalam bank akhirat kita, Allah kurniakan dividen berbillion-billion percent.
Macam mana? tak untung ke perniagaan ini? Maksud firman Allah SWT # Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (QS. 61:10)# (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya, (QS. 61:11).
Kalaulah kerana kesusahan sedikit ini saya dapat keuntungan yang berbillion2 percent tadi, why not.. besides, nothing is easy in this world. Nak jadi senang pun susah...
Justeru itu, mmg susah nak senang tapi tak senang nak susah... pinjam jer duit dari Ah Long maka susahlah hidup kita... namun begitu, nak mendapatkan ketenangan dan keredhaan dari Allah amatlah sukar... tapi tidaklah sampai kita tidak mampu melaksanakan perbuatan tersebut...
Terserah pada diri kita sekarang... hendak seribu daya tak hendak seribu dalih... Tetapkan semangat untuk berada dilandasan yang betul... walaupun hidup akan ada pelbagai rintangan namun kita harus tabah menghadapi segala kesukaran tersebut..
.
Nukilan Iswardy Morni.
No comments:
Post a Comment