Tuesday, March 26, 2019

Mengapa e-money dan kapitalisma bahaya pada ummat islam..

Saya ingin menggariskan beberapa isi penting, mengapa wang elektronik (e-money) dan kapitalisma bahaya kepada manusia dan ummat Islam:

1) Asas kedua-dua perkara ini ialah riba. Kita sudah tahu riba itu haram. Namun ada banyak cabang riba. Salah satunya ialah matawang kertas yang sudah tidak dipeg dengan emas atau perak, sejak tahun 1960an. Malah, ianya dijadikan komoditi untuk dijual dan dibeli (FOREX). Walhal ianya hanyalah "kertas" yang tak bernilai (kalau terbakar - rugi, dibanding emas yg tak akan hilang walau terbakar. Paling tidak hanyalah lebur). Nilai wang kertas hanya bergantung kepada kesepakatan umum bahawa ianya bernilai. Jika umum bersepakat yang ianya tiada nilai (tiada demand), maka ia akan susut nilai.

2) Wang kertas yang tiada nilai ini, dinilai menggunakan konsep "supply and demand". Jika ianya dipeg menggunakan emas dan perak, maka nilai wang kertas 'constant' atau sekata dengan nilai emas dan perak. Namun ini sudah tidak berlaku. Ianya bergantung kepada pemintaan orang ramai. Jika orang tak mahu ringgit (atas sebab tak nak datang Malaysia sebab industri pelancongan merudum, atau sebab tak mahu beli barangan buatan Malaysia, sebab kualiti teruk, atau tak mahu trade barang2 melalui pelabuhan Malaysia, sebab banyak sangat port dan karenah birokrasi) maka nilai ringgit akan jatuh. Jika Amerika ada minyak dan gas sebab fenomena shale gas, maka nilai dollar akan mengukuh. Ini adalah asas "ekonomi baru" yg dipelopori barat menggunakan riba sehabis boleh untuk kepentingan mereka (segelintir pihak / for the benefit of the few up there).

3) Masalah ini semakin meruncing apabila matawang telah dianggap sebagai wang. Malah, menjadi lebih parah apabila matawang ditukar melalui alat elektronik seperti e-banking dan telegraphic transfer. Nilai atau jumlah wang berlipat ganda dalam bentuk digital. Kalau dahulu kita tanya, mana emas dan perak? Sekarang kita sudah lebih jauh dari nilai wang sebenar, dengan bertanya, mana kertas nya? Atau mana "pitih" nya?

4) Wang semakin tiada nilainya. Maka manusia berebut-rebut untuk membeli harta bagi disimpan untuk kebahagiaan anak cucu cicit serta untuk memuaskan nafsu bagi mereka yang cintakan dunia. Harta juga dapat dilihat dan dirasa. Berbanding wang yang hanya berbentuk digital atau nombor. Walau, rumah diperlukan hanya satu, tapi sanggup berhutang untuk memiliki lebih dari satu. Kereta, barang kemas dan sebagainya. Perkara perlu menjadi wajib, perkara mustahak menjadi terabai. Zakat dilupakan, derma disedikitkan, ibadat dilengahkan. Isu utama diabaikan, isu hiburan diutamakan. Melepaskan "stress" menjadi alasan utama masyarakat untuk berbelanja seperti bercuti, bershopping dan makan di luar. Dalam hal "pelanggan suka berbelanja" pula, maka ini pasti akan menggembirakan puak kapitalis. Kapitalis memang suka jika kita banyak berbelanja dan berhutang. Mengapa ya?

5) Kapitalis bermaksud mereka yang memiliki wang yang lebih dan mahukan wang lebih lagi, setiap saat, masa dan selama-lamanya. Sesiapa sahaja yang ada keinginan sedemikian (greed) bermakna, dia telah ada sifat pro-kapitalisma. Niat kita yang membezakan.

6) Kapitalisma tidak memerlukan wang, tetapi memerlukan pelanggan atau manusia yang cintakan wang. Wang atau kertas (atau nombor digit) hanyalah ilusi untuk menjadikan sistem kapitalisma itu terus hidup. Apakah ianya sistem kapitalisma? Iaitu sistem memberikan hutang kepada mereka yang mampu berhutang, dan menggalakkan mereka berbelanja dengan hutang yang semakin bertambah.

7) Mereka yang sanggup hidup sederhana semata-mata untuk tidak berhutang maksudnya, mereka bukan sahaja bijak, malah menentang kapitalisma. Pihak kapitalisma akan berusaha keras memastikan mereka yang menyokong kapitalisma kekal berkuasa. Dan berusaha keras bagi memastikan mereka yang anti-kapitalisma kekal "tidak berkuasa" atau kalah. Jika berkuasa sekalipun, mereka akan dicatat sebagai gagal atau bermasalah (seperti tiada pembanggunan atau tiada kemajuan).

Maka dengan ini kita hendaklah menilai diri kita sendiri. Adakah kita ke arah kapitalisma atau anti-kapitalisma.

- Admin Ekonomis.

Tuesday, March 12, 2019

Mcm ada problem je blogspot acik ni..

Bila nak buka menggunakan laptop seakan ada masalah yang tidak dapat dipastikan sebab apa.. Jika dibuka menggunakan browser chrome jugak bermasalah.. Sabau jelaa..

Saturday, February 23, 2019

Cerita dari PRK SEMENYIH

Seorang suami yang berumur 60 tahun ingin menguji tahap pendengaran isterinya yang berumur 55 tahun.

Dari jarak 10 meter suami mulakan :

Suami : Awak masak apa hari ni..?
Dia dapati isterinya senyap.

Dari jarak 7 meter pula.
Suami : Awak masak apa hari ni..?
Dia dapati isterinya senyap.

Dari jarak 5 meter pula.
Suami : Awak masak apa hari ni..?
Dia masih dapati isterinya senyap.

Dari jarak 3 meter pula.
Suami : Awak masak apa hari ni..?
Isterinya senyap jugak.

Dari jarak 1 meter...dengan suara yang lebih kuat.
Suami : Awak masak apa hari ni..?

Kali ni isteri terus menjawab.
Isteri : Awak ni dah pekak ker...dah 5 kali saya jawab...awak tanya gak lagi..😂😂😂

Kadang-kadang kita rasa kita saja yang betul..
Sebenarnya orang lain lebih betul tanpa kita sedar.

Friday, February 22, 2019

Program PROKIDS di SK Semenyih bersama Ustaz Ebit Lew


Program PROKIDS di SK Semenyih bersama Ustaz Ebit Lew di Sekolah Anak Suluh Acik suatu ketika dulu… Sekolah Kebangsaan Semenyih...

Friday, February 15, 2019

Suatu nukilan berharga dari Al-Imran...

Assalamu'alaikum wbt.

Bagus nukilan dari saudara Al-Imran BDN nie... Sila baca sama2...

Maaf pada semua, posting saya mengenai aqeedah tak bersambung2. Insya' Allah saya akan sambungkan dalam masa terdekat.

En. buildtem tak bagikan statistics jadi saya tak tau sama ada posting tu bersandarkan pengalaman peribadi ataupun apa yang dibaca dalam media. Dalam pandangan saya agama yang paling pesat berkembang adalah agama Islam dari segi kualiti dan juga kuantiti. Apakah yang saya maksudkan dengan kualiti? Kualiti adalah apabila seseorang itu menganuti Islam setelah mengkaji agama2 lain, bukan kerana terikut2 atau terpaksa.

Dalam posting yang pendek ini saya nak membawa sekalian pembaca supaya menganalisikan fakta2 yang saya berikan. Mari kita bandingkan konsep2 ketuhanan dalam Al-Quran dan dalam bible.

Dalam Islam konsep Rabb, Illah, KeEsaan Allah, sifat2 dan nama2 Allah, perhubungan Allah dengan makhlukNya di terangkan dengan jelas dalam Al-Quran. Makna linguistik perkataan Al-Rabb dari buku Lisan-al-Arab (Ibn Mandhur 711H) yang memberi makna kepada semua istilah di dalam Al-Quran.
Al-Rabb: pemilik mutlak, pencipta segala sesuatu, pentadbir, pemelihara, pemberi rezeki, pelindung, pengatur.

Kebanyakan agama terpesong dan tersangkut oleh sebab tidak dapat menjelaskan satu konsep yang penting: “Tuhan berupaya berkuasa melakukan segala apa jua pun.”, “Inna Allah ha ala kulli syai in qadir”. Apakah maksud sebenar “Allah berkuasa melakukan segala sesuatu?” Bolehkah Tuhan bertukar menjadi makhlukNya? Agama2 lain tidak dapat menjawap soalan ini yang boleh diterima akal. Satu ayat dalam Al-Quran yang ada dijiwa setiap umat Islam yang dididik dengan agama Islam yang sempurna: "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya" [Surah Al-Ikhlas ayat 4]
Surah Al-Ikhas amat pendek namun membacanya adalah seperti membaca 1/3 Al-Quran [Bukhari], menjelaskan semua sifat kesempurnaan Allah Ta'ala. Tiada satupun yang menyerupai Allah dalam segala hal, kerena andaikan ada sesuatu yang menyerupai Allah, maka Dia bukan lagi Maha Esa. Dia amat jauh berbeza dengan makhluk-Nya. Dan juga dalam ayat lain: “Tiada sesuatupun yang sebanding denganNya dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. [Surah As-Syura ayat 11]

“Allah berkuasa melakukan segala sesuatu” juga tidak bermaksud Allah boleh menjadi sesuatu yang membuat Allah itu bukan lagi bertaraf Tuhan dan menjadi makhluk. Kebanyakan agama mempunyai konsep dimana tuhan menjadi makhluk, termasuk agama Kristian. Zat2 Allah berbeza dari makhlukNya. Manusia mencipta dengan memanipulasi benda2 yang sedia ada, manakala Allah tidak perlu benda untuk mencipta, jika Allah berkata “jadi” maka jadilah, “kun faya kun”.

Jika Al-Quran kata “Allah tiada permulaan” [Surah Hadid ayat 3], bolehkah kita tanya “bolehkah tuhan dilahirkan?” Itu adalah soalan yang tidak boleh diterima akal. Jika Al-Quran kata “Allah tiada penghujung” [Surah Hadid ayat 3], bolehkah kita tanya “bolehkah tuhan mati?” Semua ini diterangkan dalam Al-Quran dengan jelas. Agama buatan manusia tidak akan dapat menjawab soalan2 tersebut.

Orang kristian mengaku mereka percaya pada 1 tuhan tapi dalam 3. Macam mana boleh 1+1+1 = 1? Mereka akan memberi banyak perumpamaan pokok la (dahan, cabang, akar), perumpamaan air la (cecair, wap, ais), perumpamaan telur la (kulit, putih telur, kuning telur), dll. Kita jawab itu pokok, air, atau telur yang kamu perkatakan itu bukan tuhan. Apa yang dinyatakan dalam Al-Quran? “Tiada sesuatupun yang sebanding denganNya”, amat jelas sekali.

Cuba kita bandingkan apa tertulis dalam bible. Ada seorang raja (Melchizedek) tidak berbapa, tidak beribu, tidak bersilsilah, harinya tidak berawal dan hidupnya tidak berkesudahan. (Hebrews 7:3) Tidak berawal, tidak berkesudahan – hmmm, itu bukan lagi manusia namanya, itu sifat2 Tuhan. Ini satu contoh bagaimana bible memberikan sifat2 tuhan kepada makhluk. Ada juga dalam bible yang memberi sifat2 manusia kepada tuhan, contohnya, dalam Genesis 2:2, “Dan pada hari ketujuh setelah menghabiskan ciptaannya; dia berehat pada hari ketujuh dari segala kerja yang telah dibuat.”, memberi sifat kepenatan kepada tuhan. Juga dalam bible tuhan meminta maaf dan keampunan (Genesis 6:6) memberi sifat membuat kesilapan kepada tuhan, dalam bible juga tuhan berjalan dengan tapak kakinya yang berbunyi dan mencari Adam lalu bertanya, “Adam dimana kah engkau?” (Genesis 3:8-9). Tanya pada orang kristian “itu kah ciri2 wahyu yang tulin?”

Kita perlu membaca Al-Quran dan memahami apa yang Allah beritahu tentang diriNya, contohnya dalam Ayatul Kursi yang ada dihati sanubari setiap muslim:
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)” [Al-Baqarah 255]

Dalam Islam KeEsaan Allah adalah unik, tidak seperti makhluk. KeEsaan Allah tidak boleh dipecah2kan menjadi dua, tiga atau pun lebih. Atom yang dulunya saintis kata tidak boleh dipecah2kan lagi, sekarang ada elektron, proton, neutron. Lepas tu, eh boleh pecah lagi, leptons, quarks. Kemudian pecah lagi matter, anti-matter dsb. Insya' Allah kita sambungi lagi sifat2 Allah (swt) dalam forum yang lain.

Jadi apa kesimpulannya? Tanggung jawab siapakah untuk menyampaikan risalah ini? Tak perlu tunjuk jari tu kearah mana2, tak perlu tengok jauh2, lihat di dalam cermin. Rasulullah (saw) adalah nabi terakhir dan tugas memyebarkan risalah ini adalah di atas bahu setiap umat Islam! Ada yang berkata, “aku tak cukup ilmu untuk menyebarkan Islam.” Tanya pada mereka, “kamu tau surah Al-Fatihah?”, “kamu tau surah Al-Ikhlas?”. Bersabda Rasulullah (saw): “Ballighu anni walau ayah” - Sampaikan apa yang kau dapat dariku walaupun satu ayat.

Wallah hu alam

Thursday, February 14, 2019

Posting bulan Februari 2019

Dikala acik menuliskan kata-kata disini, sebenarnya acik berada didalam keadaan yang kurang sihat.. Nak dikata slipped disc, doctor pakar tak jumpa lagi... nak dikatakan sakit pinggang belakang, ianya seperti kesakitan yg hamper serupa (kemungkinan) pernah ditanggung oleh seorang shbt karib acik yang telah dulu meninggalkan acik disebabkan cancer ..

Sebenarnya tujuan acik kemari... yakni menaip buat seketika disini... adalah kerana memori yang diimbau kembali oleh saudara Tok Janggut atau nama sebenarnya Iswardi Morni... Ianya berkenaan Forum Komuniti Bincang.net yang suatu ketika dulu begitu gah sebanding dgn forum-forum seperti lowyatt.net, ah-ahkam.net dan sebagainya lagi...

Ilmu itu suatu cahaya dalam kehidupan manusia... Tatkala berforum sebenarnya kita memperkayakan akal fikiran kita ini dengan suatu baja yang menyemai benih kebahagiaan didalam kehidupan kita semua... Acik sebenarnya terlalu rindu untuk berforum semula sungguhpun acik bukanlah org yg sebijak saudara Tok Janggut malah sdr Morpheoneo dan semua nickname-nickname lama yg acik dah ingat-ingat lupa...

Jadi, semoga ilham dan cetusan idea dari tok Janggut kita berhasil dan dengan era media social seperti facebook, twitter, Instagram, WhatsApp dan sebagainya lagi yang tak sama dengan dunia forum dulu... acik kira inilah cabaran yang perlu kita hadapi dan ayuhlah kepada semua ahli-ahli forum yang pernah menghuni teratak buruk bincang.net agar kembali semula kita berforum dan mengembalikan zaman kegemilangan "Dimana Bumi Dipijak, Disitu ISLAM dijunjung!!!!"

Sunday, January 27, 2019

Posting bulan Januari 2019..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat acik sekali lagi menukil kata di blog ini..

Sebenarnya tidak banyak perkara yang berlaku di dalam kehidupan acik sekeluarga.. Begitupun tidak banyak benda yang acik nak perkatakan disini..

Acik harap blogspot ini akan tetap menjadi santapan ilmu untuk mereka diluar sana yang dahagakan ilmu ukhrawi dan duniawi..

Segala perkongsian di blog ini bukanlah kesemuanya nukilan acik sendiri namun acik suka juga ingin memaklumkan bahawa perkongsian ilmu yang ada disini diambil dari kalangan mereka yang benar-benar berilmu pengetahuan yang jelas tentang sesuatu isu..

Acik amat rindukan zaman sewaktu tiadanya Facebook dan yang ada adalah forum Bincang. Net yang suatu ketika dulu begitu riuh gegak gempita kehebatannya sama seperti Al-Hamka Kereta mayat dan AL-AHKAM. NET