Saturday, November 27, 2021

Dingin malam menerjah blogspot acik fosilmitra...

 Keindahan itu dingin

Kebetulan tah kenapa hari ini dimalam yang dingin acik terasa bagai disapa sesuatu untuk menerjah blogspot seperti diatas...

Kepada penulisnya yang masih lagi aktif.. Acik mendoakan agar beliau akan terus berkarya dan akan terus menukil kata yang terbaik untuk tatapan manusia yang masih dahagakan ilmu penerang jiwa dan hati.

Acik terkenang suatu ketika dulu ketika masih bersama dengan Tok Janggut (sdr Iswardy Morni) mengepalai Bincang Muslimin dan Muslimah di Bincang.net.

Setiap malam pasti akan ada ilmu baru yang acik dan kenkawan perolehi diruang udara Bincang Muslimin dan Muslimah itu. Ketika itu sdr Iswardy Morni atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut sering berkarya di bilik tersebut menjawab beberapa persoalan tentang agama dan isu semasa.

Ketika itu kadangkala acik begitu terpesona dengan jawapan yang diberikan oleh sdr TJ tersebut disebabkan ilmu yang beliau ada sememang nya amat mengujakan sesiapa yang membaca nukilan beliau.

Seringkali terdetik difikiran acik bagaimana beliau begitu cepat menukilkan kata kadangkala melebihi ribuan kata dalam masa yang begitu singkat.

Beliau juga mampu memberikan ayat-ayat yang mudah faham iaitu kita boleh memahami kata-katanya dengan hanya sekali bacaan sahaja. Begitulah kehebatan beliau tatkala itu.

Semoga perjuangan yang beliau sedang cuba untuk perjuangankan diterima oleh Allah SWT dan semoga segala kebaikan yang pernah beliau berikan ketika berkarya di Bilik Bincang Muslimin dan Muslimah dulu mendapat pahala yang berterusan hendakNya..

Wallahu'alam bisshawab.

No comments: