Saturday, November 27, 2021

Jam menunjukkan pukul 2.19 pagi...

 Sebenarnya dah lama sungguh acik tak update blogspot ini. Maklumlah dikala ini acik sering melayari podcast Azri Walter dan juga Tik Tok Azri Walter yang berkisar tentang perjuangan didalam menjalan bisnes didalam kehidupan yang keras dan semestinya kena henyak sampai lunyai.. ha ha ha..

Pada mulanya acik memang tercari-cari seorang sifu bisnes untuk mengajar acik mengharungi suatu bisnes Networking yang sememangnya diketahui oleh semua rakyat jelata kerana lamanya bisnes ini bertapak dinegara kita dan dikenali sebagai Direct Selling no. 1 didunia.

Namun begitu sepertimana yang kita semua tahu... dalam berbisnes mencari networking ini, setiap langkah dan setiap tindakan kita memerlukan ketekunan dan kekuatan tersendiri. Suatu perkara yang boleh menyukarkan kita untuk memahami bisnes ini adalah dek kerana mindset kita yang dah lama kita gunapakai di kepala hotak kita ketika ini.

Rejection menjadi suatu proses biasa sebenarnya untuk berniaga namun disebabkan mindset kita belum lagi kental dan kukuh untuk menerima semua rejection ini maka adakalanya akan buat kira rasa down juga diwaktu-waktu tertentu.

Dan ketika itu, shaitan akan memastikan kita merasakan diri kita tak boleh bertahan dan tak boleh berjaya kerana proses permulaan untuk menjalankan bisnes ini memerlukan pengorbanan yang teramat besar. Bagaimana kita mampu meluangkan masa setiap malam berjumpa orang, membuat demo dengan orang, membuat panggilan-panggilan kepada orang yang kita kenal dan tidak kenal dan semuanya ini sememangnya adakalanya seperti mencurah air ke daun keladi..

Usaha begitu banyak... hasil masih kurang dan duit semakin lama semakin sikit dan kita dipenuhi dengan hutang?! Inilah antara perkara yang menyebabkan kadangkala kita buntu untuk memikirkan adakah kita berada dilandaxan yang betul.

Namun begitu, satu kata-kata mentor yang acik pegang ialah semua bisnes ada kepayahannya sendiri. Tak kisahlah kita buat bisnes konventional seperti menjual popia, membuat servis membaiki kereta dan sebagainya maka semua pasti ada kesusahan dan ganjarannya yang tersendiri.

Disinilah mindset kita berfungsi untuk mengatakan bahawa kita boleh atau tidak.. Walau apapun yang terjadi maka fikirlah bahawa untuk bergelar juara dan bergelar leader kita takkan mungkin boleh berjaya dengan membuat perkara-perkara biasa dan perkara-perkara yang kita suka..

Kita perlu buat suatu kerja yang luar biasa dari kerja-kerja biasa kita saban hari sebelum ini jika hendak kejayaan itu menerjah kehidupan kita. Kita mesti perlukan kekuatan dan henyak sampai lunyai semua perkara yang menjurus kepada kejayaan kita kelak.

Untuk masuk syurga Allah pun kita perlukan usaha dan istiqamah yang berterusan dan bukan terhenti ditengah jalan. Success is a journey not a destination... Teruskan melangkah sehingga kakimu berada disyurga Allah... Jangan pernah give up dan jangan takut untuk menderita dahulu sebelum kemanisan kejayaan menghampiri kita nanti..

Wallahu ' lam bisshawab.

8229246.

No comments: