Tuesday, August 16, 2005

Fakta Terkini... Britain Penipuk!!!

Assalamu'alaikum wbt.

Acik copy paste jer nie... bacalah yer...

Ramai yang terus menunding jari kepada Islam dan pejuang-pejuang Islam
apabila berlakunya pengeboman di London pada 7 Julai yang lalu, dan
seperti biasa media-media barat memainkan peranan mereka seperti yang
telah diaturkan dengan kemas dan teratur.

Dalam masa yang sama, banyak persoalan-persoalan lain yang masih belum
terjawab kini.

1. Ramai yang tidak mengetahui (atau tidak diberitahu media) bahawa
pada pagi 7 Julai tersebut pasukan keselamatan Britain sedang membuat
"Underground Bombing 'Exercises'" atau latihan menyelamat jika bandar
di London diserang oleh penganas. Yang peliknya, latihan seperti ini
tidak pernah dijalankan sebelum-sebelum ini di bandar London. Dan
bertambah pelik apabila kejadiaan pengeboman ini berlaku pada masa
yang sama dan tempat yang sama di mana latihan ini hendak dijalankan.
Perkara ini diberitahu sendiri oleh Peter Power, Pengarah Urusan Visor
Consultants (Syarikat yang mengendalikan latihan ini) kepada BBC radio
5 dan ITN TV pada hari kejadian (sila rujuk
http://www.prisonplanet.com/arti .... mbingexercises.htm )

2. Menurut laporan dari akhbar Britain, the Mirror pula pada 9 Julai,
menurut seorang pegawai atasan polis, keempat-empat camera CCTV yang
diletakkan dalam bas
bernombor 30 tersebut tidak berfungsi pada hari pengeboman tersebut.
CCTV dalam bas tersebut akan diperiksa setiap 2 hingga 3 kali dalam
masa seminggu. Alasan yang diberikan pula adalah kemungkinan pemandu
bas tersebut terlupa untuk mengaktifkan camera tersebut pada hari itu.
(sila rujuk http://www.mirror.co.uk/archive/ .... 4762-name_page.html
)

3. Kenyataan yang telah disiarkan dalam satu website kononnya
diterbitkan oleh "Kumpulan Rahsia Al-Qaeda di Eropah" mengandungi ayat
Al-Quran yang salah dan ini diakui sendiri oleh Jacob Keryakes
penterjemah saluran TV MSNBC dan beliau menambah bahawa kesalahan
seperti ini bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan oleh pertubuhan
Al-Qaeda dalam pengakuan-pengakuan sebelum ini. ( sila rujuk
http://www.msnbc.msn.com/id/8496293/ )

4. Tiada sebab untuk kesemua suspek yang dituduh melakukan pengeboman itu.
a. kesemua suspek telah membeli tiket pergi dan balik dan telahpun
membayar untuk meletakkan kereta di tempat letak kereta masing-masing.
b. kesemua suspek membawa bersama dompet beserta dengan kad bank,
lesen memandu dan lain-lain barangan peribadi (biasanya dalam
pengeboman berani mati, pengebom tidak akan membawa bersama barangan
peribadi supaya sukar dikesan pihak berkuasa.)
c. Dua daripada pengebom yang didakwa terlibat mempunyai sebab yang
sangat kukuh untuk hidup iaitu Jermaine Lindsay yang mempunyai seorang
anak berumur setahun dan menanti kedatangan anak keduanya dalam masa
terdekat. Mohammed Sidique Khan yang juga mempunyai anak berumur 14
bulan dan isterinya juga masih mengandung.

5. Pengebom keempat Hasib Hussain tidak meletupkan bomnya di
tengah-tengah bas dimana lebih ramai orang boleh terbunuh, sebaliknya
meletupkannya di bahagian belakang tingkat atas bas tersebut.

6. Matawang Pound telah jatuh kira-kira 6% dari nilai asalnya 10 hari
sebelum kejadian ini berlaku. Matawang sesebuah Negara yang stabil
seperti Britain tidak akan jatuh sebegitu dalam masa yang singkat
iaitu kira-kira 1.82 to 1.72 berbanding Dollar Amerika tanpa sesuatu
sebab yang kukuh. Ini menampakkan terdapat pihak yang sudah mengetahui
hal ini lebih awal dan mula menjual matawang Pound pada harga tinggi
untuk membelinya semula apabila telah jatuh. (sila rujuk graf di
http://www.x-rates.com/d/USD/GBP/graph120.html ) dan (
http://infowars..net/Pages/Jul05/170705pound.html )

7. Seperti biasa pihak berkuasa Britain memainkan drama yang sama
seperti yang berlaku pada 9/11 dahulu dimana mereka mendakwa menjumpai
barangan kepunyaan pengembom seperti pasport dan sebagainya. Yang
peliknya bagaimana dalam pengeboman yang begitu dasyat paspot dan
lesen memandu yang diperbuat dari kertas dan plastik tidak terbakar
atau hangus ? Samalah seperti cerita FBI semasa serangan 11/9 dimana
mereka mendakwa menjumpai paspot suspek yang berada di dalam kapal
terbang berdekatan dengan WTC.

8. Bob Kiley, Pengerusi pengangkutan London pernah bekhidmat dengan
CIA sebagai Pengurus operasi CIA dan kemudiannya sebagai Penolong
Eksekutif kepada Pengarah CIA (Manager of Intelligence Operations and
then as Executive Assistant to the Director.) (sila rujuk
http://www.tfl.gov.uk/tfl/chief_officers.shtml )

9. Akhir sekali, dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh
jurucakap Taliban Abdul Latif Hakimi kepada France-Presse melalui
percakapan telefon bahawa Taliban
tidak mempunyai sebarang kaitan dengan serangan tersebut. (sila rujuk
http://www.iii.co.uk/news/?type= ....&action=article )



Melalui semua bukti di atas kita dapat membuat kesimpulan bahawa
pengebobman ini didalangi pihak-pihak tertentu yang akan mendapat
mendapat keuntungan samada dari segi sokongan ataupun tindakan pihak
tertentu untuk menghina agama Islam. Alasan ini juga ada diguna untuk
menghambat orang-orang Islam dari Britain secara tidak langsung.

Wallahu a'lam bisshawab.

No comments: