Tuesday, August 16, 2005

Isu Ayah Pin (AP) vs AP Rafidah Aziz... mana lebih berat?

Assalamu'alaikum wbt.

Tergerak plak acik nak mengupas sikit mengenai isu Ayah Pin dgn kerajaan langit beliau tersebut... Hmm...raser2nyer ramai yg dah tak ambik pusing lagi dgn isu Ayah Pin nie disebabkan ianyer seakan takde kena mengena dgn kehidupan masyarakat... Suka jugak acik membawakan kenyataan daripada saudara Tok Janggut iaitu:

Assalamualaikum

Setelah saya berfikir seketika, saya terdetik hendak menulis bahawa ajaran ayah pin nie sebenarnya tak merbahaya. Jangan salah anggap. Saya tidak katakan ianya tidak sesat, cuma ia tidak lah terlalu merbahaya. Pada pendapat saya jika tidak kerana media yang menghebohkan kisah ayah pin nie 99 peratus dari kita tak tahu.

Bagi saya ajaran ayah pin tak merbahaya sebab dia dah declare awal-awal dia sesat dan menyesatkan. So hanya yang botoh tolol sahaja akan mengikutnya. Bodoh tolol bukan dari aspek cergas atau lembabbya otak, tapi dari aspek tinggi atau rendahnya ilmu yang membentuk keimanan. Tengok berapa sahaja pengikut ayah pin.

Tapi yang lebih merbahaya yang meracuni kita secara senyap-senyap yang mengubah akidah dan pegangan kita setelah sekian lama itu yg kita tak nampak. Ia bermain-main di dada akhbar, di media2 tv, di corong-corong radio. Ia juga berada di buku-buku dan ceramah-ceramah malah di serata apa yang disajikan kepada kita seharian. Pengikut 'ajaran' ini terlalu ramai sehingga kita sendiri sebenarnya secara tidak sedar telah terikut dengannya.

Untuk menyatakan apakah ia, kerana bahayanya perkara ini saya tak berani nak sebut. Tapi kita boleh fikir sendiri.

Kebodohan orang yang mengikuti ajaran ayah pin nie sebenarnya adalah hasil tusukan dan ajaran dari didikan perkara yang lebih merbahaya ini. Jadi, jangan mudah tertipu dengan kuman diseberang laut, jeling-jelinglah gajah didepan mata.

Wallahualam
TJ


Mmg tampak seakan isu ini tak perlu digembar gemburkan lagi... Tapi acik pelik jugak... siap ada org yg mencipta sebuah laman blog utk Ayah Pin, ini disini:

http://ayah-pin.blogspot.com/

walaupun nak dibandingkan ayah pin (seorg yg biasa berbanding seorg Menteri) tetapi pengaruh yg beliau bawa sampaikan org agama Budhha, Hindu, Kristian dan Islam pun boleh terjebak dah terpengaruh dgn kegiatan kesesatan beliau ini... bagaimanalah agaknyer sekiranyer kegiatan beliau tidak dibenteras sehingga ke akar umbi?... Kiter lihat & tunggu...

wallahu a'lam bisshawab.

No comments: