Monday, May 29, 2006

Debat Kahwin Misyar...

Petikan jawapan dari saudara Tok Janggut-Moderator BDN a.k.a. pakar rujuk agama acik.

Assalamualaikum

Saya dah agak dah perkahwinan misyar nie akan diperdebatkan. Insya-Allah sedikti dari saya yang serba daif ini.

Apakah dia perkahwinan Misyar?

Perkahwinan Misyar atau perkahwinan jalanan atau nikah perantauan ini berlaku kepada mereka yang sering merantau. Sekurang-kurangnya yang berlaku kepada orang saudi atau orang kelantan atau pattani yang dahulunya gemar merantau. Mereka mempunyai istri tetapi tetapi apabila mereka sering merantau ke satu tempat yang lain mereka berkahwin satu lagi dan singgah hanya apabila mereka ke sana. Berdasarkan persetujuan suami, isteri dan walinya mereka mungkin memutuskan si suami tidak perlu memberi nafkah zhir, cukup dengan nafkah batin.




Apakah perkahwinan misyar itu valid?

dr Yusuf al qaradawi apabila di ajukan persoalan ini akan menjawab "jelaskan kepada saya apakah dia perkahwinan misyar itu? sekiranya ia memenuhi syarat-syarat syarak, maka ia adalah valid atau sah walau apa namanya sekalipun.

Apakah syarat-syarat perkawhinan?

Syarat-syarat perkahwinan ialah:

1. Offer (pelawaan) dan acceptance (penerimaan) atau akad dari kedua belah pihak dalam keadaan sedar tanpa paksaan.

2. ada mas kawhin yang ditetapkan dan dipersetujui seperti dalam surah an nisa :4

3. Perkahwinan ini mendapat kebenaran dan restu wali yang sah.

Pandangan ulama

a. Mufti Mesir, Dr nasyr Farid Washil mengatakan nikah ini sah di sisi syara' tapi Mesir belum bersedia meluluskannya sebelum mengkaji implikasi dari sudut tujuan2 kekeluargaan spt membina keluarga yang bahagia dan anak-anak yang mengenali dan mengasihi siapakah bapanya

b. Syaikh Muhammad Sayyid alTanthawi, Syaikh al-Azhar pula berkata, aku belum pernah mendengar nikah misyar ini, cuma jika ia menikah menepati lunas-lunas peraturan, maka akad nikahnya sah walaupun pihak isteri kehilangan beberapa hak.
(Majalah Akhir Sa'ah, Cairo edisi 29/10/1997)
Sumber: al ahkam.net

Pandangan saya

Ia adalah satu perkahwinan yang valid di sisi Islam. Ini kerana perkahwinan ini dipersetujui oleh wanita itu sendiri berdasarkan syarat-syarat yang diminta. Ia mestilah berlaku tanpa paksaan wanita tadi. Lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku kepada wanita yang kaya tetapi andartu atau janda yang sudah berusia yang tidak memerlukan harta tetapi teman hidup.

Tetapi valid tidak bermakna ia nya sesuatu yang boleh diterima oleh semua org. Malah poligami pun, yang valid dan sah dalam Islam tanpa khilaf pun orang kita tak boleh terima. Ini kan pula perkahwinan sebegini.

Bagi saya pula kewajipan suami ialah memberikan bantuan kepada isteri sama ada zahir (harta, perlindungan, tempat bergantung) dan batin (seks, tempat bermanja, tempat mencerita maslah, psikologi dll).

Bagi saya perkahwinan misyar ini valid selagi mana ia dilakukan dalam keadaan kedua pihak merasakan pada masa berlaku akad, mereka sudah tahu kesan akibat yang akan berlaku. Tetapi dari segi praktikalnya, idealnya si suami sepatunya menyediakan kemudhan utk isteri dan anak-anak kerana perkahwinan tidak sekadar utk menyekat maksiat tetapi bertujuan membina masyarakat.

wallahualam
TJ

2 comments:

Ibn Hussin said...

Hal ini tidak akan menjadi isu Besar sekiranya tiada campur tangan daripada golongan yg kurang ber'ilmu tapi gemar bercakap.

Walaubagaimanapun saya yakin Prof Mahmud Zuhdi terpaksa keluarkan kenyataan ini semata-mata utuk pengetahuan sesetengah pihak semoga boleh dijadikan jalan penyelesaian. Malangnya dijadikan isu.

Malaysia ni memang Kaki Heboh!

Acik fosilmitra said...

Aii... tak paham2 lagi saudara?... Sebab itu adenyer konsert jomheboh!... hehe...