Wednesday, May 31, 2006

Persoalan mengenai hukum melengah2kan solat...

Quote:
Originally Posted by Eastine_amilin
Asalamualaikum...

Nak tya korang,yg bekerjalah yg duk kat opis dri kul 9 smpai kul 5 petang

B]1.Korang solat zohor pukul berapa biasanya?

2.Korang solat ASAR kat opis ke kat umah?[/

"MELAMBAT2KAN SOLAT/SOLAT DI HUJUNG WAKTU itu umpama kita TIDAK BERSEMBAHYANG waktu itu"

sESAPE ADA INFO BOLEH KONGSI

Soklan ni terjadi sebab East tgok opismate east(ppuan) suka solat zohor dah masuk kul empat pas tu tunggu smapai waktu solat asar masuk,semayang sekali SOLAT ASAR tu..

BERSUBAHATKAH EAST YG HARI HARI BERSAMA GOLONGAN2 INI?


Jawapan

S: Apakah HARAM bersolat dihujung waktu atau melewat2kan solat?

J: Hukum melewat2kan solat tetapi tidak lah sampai masuk waktu seterusnya adalah harus (fiqh Islami wahbah az zuhaili). Simple reason Allah yang memberikan kita time frame dan range ini. Kira zalim la Allah pada kita kalau dia bagi time frame waktu zohor dari 1.20 sampai 4.30 katakan tapi kalau solat 4.20 kita berdosa. tak gitu?

S: Bagaimana hadis afdal solat di awal waktu?
J: HAdis itu menerangkan afdal solat di awal waktu tetapi tidak menyatakan haram melewatkannya.

S: BAgaimana ttg ayat quran yang mencela orang yang melalaikan solat?

J: Ayat tersebut apply utk mereka yang melewatkan solat sehingga masuk waktu seterusnya. Bukan mereka yang melewatkan solat tetapi masih dalam waktu solat tersebut.

S: Apakah terdapat hadis nabi melewatkan solat?
J: Terdapat hadis nabi menyatkan bahawa solat isya' elok ditakhirkan (dilewatkan) kerana boleh terus qiyam. Tetapi kalau menyukarkan jemaah utk solat, maka elok di awalkan.

Kesimpulan: dibolehkan utk melewatkan solat kalau utk maslahah umum. Contohnya kalau solat pukul 1.20 tak ramai datang jamaah. tapi kalau buat pukul 2.30 ramai akan solat jamaah. Maka solat 2.30 adalah lebih baik.

wallahualam
TJ


p/s: Mcm dah jadi web blog Tok Janggut ler pulak... hehe

No comments: